h1

2:00pagi…Di Tahun Baru #2013

January 1, 2013

Salam,

Tak terlintas nak menyambung mengadakan entry tahun baru 2013, tapi ada sesuatu sejak dari petang semalam bermain-main dan berlinang di dalam kotak pikiran aku. Jikalau begitu tu jom preview sikit apa aktiviti yang aku nak buat dalam tahun 2013 ni…

'langtang valley - foto oleh Google'

‘langtang valley – foto oleh Google’

Durbar Square - foto oleh Souvik Prometure

Durbar Square – foto oleh Souvik Prometure

Pertama sekali ada impian yang mungkin akan aku laksanakan tahun ni termasuklah trip solo ke Nepal(Entry Nepal terdahulu). Jika agak keberatan dan bagi mengelakkan kesukaran ketika trek, aku akan cari trekking partner sekurang-kurangnya seorang tak kisah siapa dia samada dari trekkingpartners.com ataupun dari kenalan rapat atau sesiapa saja yang berminat…Tiket pun dah confirmed cuma bila dan waktunya biarlah aku rahsiakan dulu dan yang pasti kenyataan insyAllah tetap akan menjadi kenyatan dengan izinNya.

Banyak perkara yang perlu aku buat sebelum ekspedisi ke Nepal bermula dari ketibaan di Kathmandu sehinggalah ke salah satu target trek iaitu Annapurna ataupun Langtang valley..keputusan akan dibuat dalam tempoh terdekat selepas melihat dan mengkaji kesesuaian dan ketahanan fizikal aku untuk meredah National Park Nepal ni. Latihan setiap minggu amat penting kerana ini bukan tempat untuk bermain-main semata-mata, banyak yang perlu dikaji termasuk fizikal & mental, trekking suit, tea house, makanan halal, transport, permit dan sebagainya.

Semoga perjalanan aku selamat pergi dan pulang nanti serta perancangan permulaan ini berjalan lancar…amin

'larian yang akan aku sertai march nanti'

‘larian yang akan aku sertai march nanti’

'larian kompetitif aku'

‘larian kompetitif aku’

'melawati 10k run'

‘melawati 10k run’

Seterusnya aktiviti 2013…ujung minggu ni bulan Januari aku akan join MPIB Run, race pertama aku dalam acara larian. ada entry berkenaan MPIB RUN #2013 (Entry MPIB terdahulu). Bagi bulan Febuari pula aku akan join MELAWATI 10K RUN #2013, pada 3hb nanti serta BROOKS HALF MARATHON #2013 pada 3hb Mac pula. Nampak gayanya tahun 2013 akan membawa cabaran besar dalam acara larian dan setiap bulan pasti ada race yang aku sertai.

Graphic by : Kevin Lunsong

Graphic by : Kevin Lunsong

Selain dari itu tak lupa juga…jeng jeng jeng…EKSPEDISI Gunung Kinabalu (Entry Ekspidisi Kinabalu) yang akan aku tawan May nanti. Lambat lagi tapi aku tetap excited nak bump ekspedisi ini selagi tak tiba masanya…dah lama plan mestilah aku terlebih sudah..hehe.

Ok lahh, untuk permulaan #2013 diharapkan aku tidak merasa jemu dan diberi kekuatan untuk senantiasa meng-update blog kecilku ini untuk rujukan masa akan datang walaupun masih dalam mode Beta…yakni belum didedahkan secara rasmi kepada sahabat dan taulan. Tunggu tiba masanya pasti aku akan share blog tak seberapa ni…sekian dulu

Salam,

HAPD

h1

My First Run…MPIB 2013

December 10, 2012
'larian kompetitif aku'

‘larian kompetitif pertama aku’

Salam,

MPIB atau Multipurpose Insurans Berhad menganjurkannya buat kali kedua kalau tak silap aku..yang pertama tahun lepas dan oleh kerana penyertaan sungguh memberangsangkan maka MPIB telah menjadikan acara ini berjalan setiap tahun atau kata mudah, acara tahunan mereka.

Sekarang ramai sungguh acara-acara running di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur bermacam-macam program sukan larian berlangsung…kalau nak tengok jadual tahunan boleh tengok kat pautan di Sports.My dan kalau nak tahu details berkenaan pendaftaran, kategori, yuran, dan lain-lain terus ke pautan MPIB RUN 2013…dan untuk makluman oleh kerana penyertaan telah mencapai 4850 orang maka pendaftaran  telah pun ditutup 16 November lalu…confirm sesak la trek tu nanti.

'registration closed'

‘registration closed’

Yang aku nak ceritakan kat sini bukan pasal MPIB run ni sangat tapi sebaliknya macam mana aku boleh join larian ni sebagai peserta….dulu aku kat sekolah memang seorang runner terutama kategori merentas desa..kalau aku join merentas desa sekolah tu mesti larian aku dapat top 5. tapi masa tu mana la aku tau ada bakat nak lari jauh-jauh ni. just join sebab semua satu sekolah kena lari..lepas lari dapat result habis  macam tu saja…sampai masuk u pun memang aku selalu lari dan jogging walaupun sebulan sekali tapi tetap ada namun tak pernah aku join pertandingan larian langsung…sampai dah kerja beranak umur 30-an sekali pun tak pernah…jadi MPIB RUN adalah larian kompetitif pertama aku setelah berumur 34 tahun…pathetic kan hahaha.

Dipendekkan cerita dalam tempoh 4-5 tahun kebelakangan ini aku selalu trail ke bukit-bukit sekitar kuala lumpur dan kawasan sekitar. dalam waktu tu aku banyak online dan googling sehingga satu ketika trail walk adalah menjadi kebiasaan bagi aku sehingga aku terjumpa satu page trail running yang lebih ekstrim yang aku rasa lagi best kalau aku try…nak tahu siapa?  Killian Jornet Burgada dari team Solomon Running. kini dia dah jadi idola aku dan bukan bermaksud aku nak jadi macam dia…cumanya aku dah mula suka sangat aktiviti running terutama trail running, sky running, sky marathon dan sebagainya…sebab dengan cara ini aku boleh berpeluh dan menikmati alam dari kawasan tanah tinggi terutama bergunung-ganang…dan dari situ jugak aku dah mula  berjogging seminggu 2 kali hanya untuk merasai kembali perasaan berlari yang bagi aku sangat best dan sukar untuk diterangkan.

'kinabalu climbathon - are you tough?'

‘mt. kinabalu international climbathon – are you tough enough?’

Jika diikutkan trail running kat malaysia ni masih kekurangan sumber terutama trek yang bersesuaian namun sudah ada beberapa tournament bertaraf antarabangsa yang juga disertai oleh Killian dan menjuarai tournament seperti Sky Runner World Series baru-baru ini di Kinabalu International Climbathon 2012 serta yang akan datang lebih ekstrim iaitu Sabah Adventure Challenge 2013 dan jika berjaya menamatkan mengikut ketetapan masa 100km dalam tempoh 30 jam akan layak menyertai North Face Ultra Trail Mount Blanc 2014….100km tuuu..kalau aku memang susah nak layak la 12km pun masih terhegeh-hegeh nak habis…huhu

Jadi sebagai permulaan aku telah sah mendaftar MPIB RUN 2013 pada 4 November yang lalu di mana jadual tournament adalah pada 6 Januari 2013…12km tuuu agak-agak lepas tak qualification 1 jam 30 minit tu??….Aku sahut!

Order No : 332012012110404183J
Transaction ID : T3183564100
Transaction Date : 4-Nov-2012 12:36:37 PM
Transaction Amount : MYR 48.00
Payment Type : Maybank2u
Product Description : A – Men Open 12km / 14 – 100 / 12KM

Tunggu update selepas tournament tu nanti ok…

Salam,

HAPD

h1

Solo Backpack ke Hong Kong dan Macau…Dari Mata Aku.

November 28, 2012
Hong Kong dimalam hari..

Hong Kong dimalam hari..

aku..pertama kali berbackpack jauh independently

aku..pertama kali berbackpack jauh independently

Salam,

Jika 24-28hb Oktober yang lalu bersempena Aidiladha aku ke Negara Brunei tapi kali ini pula terbang menuju ke kota Hong Kong & Macau bergerak secara solo antara berani atau tidak. Ya impian aku sekian lama ingin bergerak solo melihat dunia luar selain Malaysia tercinta. Alhamdulillah akan aku coretkan tips dan rentetan perjalanan ketat ke sana dari 10-15hb November yang lalu untuk tatapan malah boleh menjadi rujukan buat semua.

Untuk memudahkan ini aku attachkan list itinerary aku sepanjang berbackpack 5 hari ke Hong Kong.

DAY 1 (SATURDAY 10th nov 2012)

11:30 lrt to kl sentral…

12:15 menunggu aerobus rm8 ke lcct.

1:30 sampai ke lcct dan perkara pertama buat adalah menimbang luggage serta check status flight. Dah open di R18. Mkn dulu di merrybrown masih ada 3 jam before depature. Selagi boleh save makan pun x order air…mineral masih ada.

2:30 masuk depature hall alhamdulillah sehingga kini flight mengikut jadual.

5:00 missed flight atas kesilapan staf atau nak senang pak gad entrance sebab allow aku masuk ke boarding hall tanpa tengok gate mana yang perlu masuk…walaupun dan ada notice di depature board R18 tapi masih tak betul..wtf!…AA replace new tix tapi flight esok pagi…isunya mudah dan aku malas nak terangkan secara detail kesilapan bodoh itu.

6:25 clear imegresen dan melepak kat luar dulu sehingga esok.

*Agak frust missed flight ni, rugi masa di buang kat airport berbanding sepatutnya di hk.

Kos : untuk harini saja kat airport… lunch merrybrown =rm9 cable usb =rm30(lupa bawak) twist cone =rm1.80 ticket bus =rm8 ticket lrt =rm2.2

Akibat mengantuk tidur saja berlapikkan paper tapi sebelum tu revised itinerary untuk 2nd day. Sempat terlelap tidur ayam walaupun sejuk. Harapnya perjalanan lancar dan itinerary baru dapat digunakan sepenuhnya.

'hari pertama sampai airport terus ke ngong ping village di lantau island..naik crystal cabin'

‘hari pertama sampai airport terus ke ngong ping village di lantau island’

'antara scenery yang memukau hati aku'

‘antara scenery yang memukau hati aku’

'kelihatan big budha dari kejauhan...statue budha terbesar dunia dibuat dari tembaga setinggi 34 meter & seberat 250 tan'

‘kelihatan big budha dari kejauhan…statue budha terbesar dunia dibuat dari tembaga setinggi 34 meter & seberat 250 tan’

'po lin monastery..salah satu structure temple yang unik di lantau island'

‘po lin monastery..salah satu structure temple yang unik di lantau island’

DAY 2 (SUNDAY 11th nov 2012)
4:50 bangun untuk bersedia checkin di gate Y1 dan solat subuh. Moment paling best dpt menyaksikan sinaran bulan sabit ketika kaki melangkah ke flight. Ada hikmah disebalik kejadian terlepas flight aku semalam. Syukur.

10:00 landing n chop imigresen terus ke counter mrt beli octopus card hkd150..ambik bus S1 ke tung chung…

11:00 beratur panjang hampir satu jam setengah menunggu ngong ping cable car di lantau island…entrance fee hkd168

1:00 sempat menaiki cable car 25min perjalanan…sepanjang perjalanan disajikan panorama indah hk airport dan pergunungan yang aku rasa sangat best jika dapat trekk di situ..kelihatan ramai juga trekkers sedang naik…ronda sampai big buddha then turun jam 2:00…

2:30 masuk citygate outlet..ronda tengok columbia sale..memang orang hong kong banyak pakai columbia..:)

3:10 bergerak ke disneyland..entrance fee hkd399…mrt to sunny bay hkd12..

*Enjoy dalam disneyland antara yang best teater sinba, roller coaster, jungle boat safari dan fireworks.

8:45 gerak ke tsim tsa tsui…mtr dari disneyland, sunny bay, lai king dan last pit stop tsim tsa tsui hkd17.90

10:00 lepas mandii turun level bwh makan beriyani turkish di kedai halal hkd43

12:00…tidor ngantuk sangat

Kos : octopus card hkd150…ngong ping cable car entrance fee hkd168…disneyland entrance fee hkd399…mrt hkd12…mrt ke kowloon hk17.90…nasi beriyani turkish hkd43

'destinasi pertama hari kedua, Ocean Park'

‘destinasi pertama hari kedua, Ocean Park’

'perkara pertama lepas masuk snap gamba sendiri dengan bantuan tourist..maklumla solo traveler'

‘perkara pertama lepas masuk snap gamba sendiri dengan bantuan tourist..maklumla solo traveler’

'antara big aqua yang terdapat di op'

‘antara big aqua yang terdapat di op’

'area old hong kong ni memang unik'

‘area old hong kong ni memang unik’

DAY 3 (MONDAY 12th nov 2012)

7:45 bangun n fresh lega dari letih semalam…mandi dan charge bat camera..jap lagi nak shoot.

9:00 layan street nathan road. terus ambik mtr ke admiral dan ambik exit B..naik citybus route 629 ke ocean park…etrance fee hkd280 termasuk bus tix dari admiral ke op.

10:00 entrance gate open main sampai muntahhh

5:00 penat letih bermain dan berjalan time to go the peak pulak…naik bus return ke admiral station

3:35 sedang di kaunter tram untuk naik ke the peak…tiket hkd65 dan sangat teruja nak view hong kong dari atas…sampai dalam masa 15 min sahaja..perut pun lapar…mengisi perut dgn snickers n mineral water hkd22

4:30 layan trail lugard road jauh gila..kat sini aku stay sehingga malam sebab nak shoot antara landscape paling indah di hongkong…hampir cover 95% kawasan sekitar…time berjalan tu sakit lutut tapi berbaloi dapat view kota hong kong…tergamam dibuatnya. sambung melepak di the peak jam 7:30 malam sementara menunggu symphony of light jam 8:00…ketika di the peak aku berkenalan dengan 1 keluarga cina bersama sorang anak dari wangsa maju…mereka dah 3 hari di hk dan bari saja balik dari macau selama 2 hari di sana…tak kisah sebab trip sampai 7 hari semuanya tak macam aku 5 hari saja lagipun missed flight lagi.

8:45 turun ke bawah menaiki tram…berjalan sepanjang stesen tram menuju ke terminal ferry…naik ferry ke tsim tsa tsui sambil shoot nightscape hong kong island..terus jalan sehingga ke arena of stars…penat dah kaki masuk stesen mrt east jalan kaki hingga isquare

11:00..sampai chung king mansion..singgah kedai turkish untuk makan. nasi putih dengan kari ayam 3 ketul tak terkata banyaknya..hkd65.

Kos : ocean park etrance fee hkd280…the peak tram dan sky terrace package hkd65…snickers dan mineral water hkd22…dinner hkd65

DAY 4 (TUESDAY 13th nov 2012)
Prepare nak ke macau…

8:30 turun ke tempat dinner smlm sarapan roti canai + teh tarik..hkd35. Gerak ke china ferry terminal melalui kowloon park…dalam masa yang sama aku rasa berjalan paling laju namun orang hk lagi laju memotong aku..hairann.

10:00 selesai beli tiket hkd151 dan urusan imegresen cotaijet to macau outer harbour ferry terminal ready to depart.

11:00 satu hari berpusing di grand lisboa sbb dari terminal naik shuttle bus ke situ..sampai ja sgt impress dengan casino kat situ..then ronda sekitar wynn dan science museum..taman macau dan kembli ke lisboa..lepas tu ke senado square berjalan lagi.

4:00 ke the venetian, the canal n hard rock macau..sempat aku beli tshirt macau hkd299..shoot scape mlm then masuk ke venetian entrance.

7:00 ke bus depot naik shuttle ke fery terminal..kalau tadi cotaijet kalini turbojet…depart time 8:00 sampai kowloon jam 9.

9:30 berjalan kaki ke mrt terus ke ladies market sempat beli fridge magnet untuk kenangan.

11:00 return to hostel by mrt then mkn nasi briyani ayam hkd45

kos : breakfast roti canai & teh tarik hkd35…cotaijet ferry hk-macau hkd151…hrc tshirt hkd299…turbojet macau-hk hkd179..magnet fridge hkd30…dinner nasi beriyani hkd45

"antara bangunan kebangaan orang macau & china...the grand lisboa pusat perjudian terbesar macau"

“antara bangunan kebangaan orang macau & china…the grand lisboa pusat perjudian terbesar macau”

'sculpture yang sungguh unik termasuk stainless steel dan juga gelas hijau'

‘sculpture yang sungguh unik termasuk stainless steel dan juga gelas hijau’

'facade grand lisboa casino'

‘facade grand lisboa casino’

Aku...berdiri dihadapan st. paul ruin...salah satu gereja peninggalan portugal di Macau.

Aku…berdiri dihadapan st. paul ruin…salah satu gereja peninggalan portugal di Macau.

DAY 5 (WEDNESDAY 14th nov 2012)
8:00 wakeup n packing

10:30 breakfast kat tmpt biasa..capati pulak dgn tea…hkd45

11:00 ronda area museum dan naik wan chai ferry ke hong kong island…naik tram ke causeway bay dan patah balik ke central…perjalanan yg best..hkd2.30/ride x 2.

1:20 naik ferry ke tsim tsa tsui. hkd3.60/ride x 2.

2:00 naik bas A21 dkt ckm ke airport..babai hk..will missed this city..Flight delay dari 4:45 ke 7:15…shopping disneyland scaft gift untuk aryisha hkd229

6:00 masuk ke gate 46 for departure…pengalaman solo backpack yg tak dilupakan.

‘view dari menara Ocean Park…jika ada masa ingin berada di sini lebih lama..scenery yang bestt!’

‘ini aku…menyaksikan keindahan landscape Macau’

‘city of dreams…shot malam di Macau’

‘the venetian Macau…view dari street market’

"the grand canal"

‘the grand canal’

…bersambung

h1

Pertama Kali Ku Lihat Negara Brunei Darussalam.

November 8, 2012
'Mencelah Awan Biru Menerjah Negara Brunei"

‘Mencelah Awan Biru Menerjah Negara Brunei”

Salam,

Sekian lama mencuba untuk mengemaskini sesuatu dalam entry ini setiap bulan namun apakan daya. Ingatan aku lebih tertumpu pada perjalanan hari-hari mendatang apa dan mengapa aku perlu buat untuk menjadikan hidup ni lebih menarik. Hampir dua minggu perjalanan ke Negara Brunei baru harini berkesempatan nak dikongsikan bersama…pemalas teruk.

Persiapan dah lama dibuat…kalau diikutkan tiket flight saja yang dibeli awal namun itineray sepanjang di Brunei sehari dua sebelum tu baru nak kelam kabut.

“Mengisi Borang Ketibaan”

Day 1 (WEDNESDAY 24th OCTOBER 2012)

7:00 flight from k.l dan mengisi borang kemasukan ke Brunei bersama declaration form…

9:00 flight arrived di airport Bandar Seri Bengawan…Afzan dan abangnya menjemput kami..sangat menghargai bantuan mereka.

9:30 makan direstoran faiz berdekatan anggerik $33.60

11:00 singgah di giant time square berhampiran airport mall membeli barang makanan ringan dan roti $29.00

12:00 checkin hostel di kiulap dan membayar fullpayment untuk 5 hari 4 malam $300.00

Solat dan berehat sementara menunggu jam 4 untuk keluar.

4:30 afzan bawa kami berjalan sekitar BSB dan menaiki bot laju bersiar ke Kg. Air. Oleh kerana Aufa baru ja seminggu umurnya maka Ibu dan baby tidak ikut sekali dikhuatiri hentakkan bot laju membahayakan perut Ibu yang baru dioperate tu. Dalam masa yang sama kami diceritakan dengan kisah orang dulu-dulu berkenaan Kg. Air dan antara yg menarik perhatian ialah uri penduduk Kg. Air yg melahirkan bayi diletakkan ke dalam tin dan plastik lalu disangkut di atas pokok bakau di pulau berdekatan(Pulau Sibungur).Juga terdapat pulau kecil yg dikatakan tidak akan tenggelam walaupun air pasang dan jika tenggelam didakwa sultan akan mangkat.

6:05 singgah di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien untuk solat maghrib. Sempat bersalaman dengan imam insyaAllah mengambil berkat.

7:30 kami dibawa mengelilingi kawasan BSB untuk mengenal jalan sekitar antara yang dilalui ialah sekitar Gadong, Istana Nurul Iman dan Kiulap.

9:00 pulang ke hostel dan berehat.

'rekabentuk dalaman masjid jame asr hassanil bolkiah'

‘rekabentuk dalaman masjid jame asr hassanil bolkiah’

"Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien...Masjid Yang Indah Mampu Membuat Aku Terpegun"

“Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien…Masjid Yang Indah Mampu Membuat Aku Terpegun”

'tempat berwuduk berpili keemasan..kagum sekejap tengok warna emas tu'

‘tempat berwuduk berpili keemasan..kagum sekejap tengok warna emas tu’

Day 2 (THURSDAY 25th OCTOBER 2012)

Hari kedua kami tidak lagi ditemani afzan sebaliknya kami dipinjamkan innova abangnya..maka pandai-pandailah untuk explore sekitar BSB dan sebelum aku ke sini memang dah study jalan sekitar…tidak susah mana alik-alik ke tempat yang sama. penting jika kita nak mengembara ke mana-mana untuk tahu dahulu laluan satu tempat ke tempat yang lain dan bukan main redah. boleh untuk redah tapi biar dengan cara bijak. Selidik dahulu zaman sekarang mudah, google earth, wikimap, garmin semua tersedia. ok sambung cerita hari kedua kami.

9:45 bersiar-siar serta singgah makan di medan selera jalan dato mohammad taib…dekat sahaja dengan bandar dan bersebelahan
bangunan mahkamah syariah bsb $9

10:30 melawat balai alat kebesaran diraja

11:30 ke masjid Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien dan zohor.

12:30 meronda sekitar bandar melalui airport highway, serusop, manggis, sungai akar, belimbing dan kg. subok.

3:00 singgah di muzium brunei

4:30 menuju ke pasar gadong memborong nasi katok, kuih-kuih dan makan malam

6:00 balik ke hostel dan berehat

'ruang legar pintu masuk tengah masjid jame asr hassanil bolkiah'

‘ruang legar pintu masuk tengah masjid jame asr hassanil bolkiah’

'air pancut masjid jame asr hassanil bolkiah'

‘air pancut masjid jame asr hassanil bolkiah’

'aku..dihadapan istana'

‘aku..dihadapan istana’

'salah satu crest di muzium pameran alat kebesaran'

‘salah satu crest di muzium pameran alat kebesaran’

Day 3 (FRIDAY 26th OCTOBER 2012)

6:00 pagi…solat subuh n semayang Hari Raya Aidiladha bersama Mak Mertua di Masjid Jame’ Asr…kebetulan Sultan Hassanal Bolkiah pun ada. Tengah hari berehat di hostel dah sebelah petang bersiar sekitar BSB.

4:30…ke pasar Gadong membeli makan malam. Menu utama dan menjadi kebiasaan kami adalah nasi katok yang sangat sedap bersama sambal bilis dan ayam goreng..kelebihan nasi katok ialah tidak mudah basi sehingga keesokan paginya. boleh dibuat sarapan..

7:00 malam…kami sekeluarga dijemput ke rumah afzan untuk makan malam. Di rumah afzan banyak bercerita berkenaan saudara mara sebelah Ibu dan
tak dijangka kami rupanya bersaudara sepupu sepapat lebih kurang macam tu. nak diceritakan detail pun aku tak berapa pandai maklumlah cerita orang
dulu-dulu. mulanya lucu juga.

Day 4 (SATURDAY 27th OCTOBER 2012)

Pagi berehat di hostel sementara menunggu tengah hari..

12:30…memulakan perjalanan ke daerah muara dan singgah di pantai muara. Dari sini kelihatan Pulau Labuan yang tidak jauh dari Brunei…rehat seketika sebelum memandu mengelilingi pekan muara dan pulang mengikut laluan Kota Batu melalui Mentiri, Serdang, Dato Gandi dan Kg. Selambayan menuju BSB…

3:30 tiba di BSB untuk membeli sedikit cenderamata

5:00 ke Pasar Gadong membeli nasi katok lagi dan pulang ke hostel untuk berehat

6:30 bersiap ke Jerudong Park bersama afzan dan adik-adik..hujan namun sempat lepak seketika melihat sekitar.

9:30 pulang ke hostel dan berehat serta berkemas untuk pulang k.l esok.

Day 5 (SUNDAY 28th OCTOBER 2012)

6:00…berkemas ke airport untuk pulang k.l….ditemani afzan dan ayah. Terima kasih banyak-banyak semoga jumpa lagi…airport tax $72.00

Salam,

HAPD

h1

My New Born…Selamat Datang Sayang!

October 11, 2012
'Aufa dah berusia 2 bulan'

‘Aufa dah berusia 2 bulan’

OWN_5676

‘Aufa B&W’

'selamat tidur sayang'

‘selamat tidur sayang’

 

Salam,

Alhamdulillah syukur di atas kuniaannya…

DOB : 10-10-2012

Type of Birth : Caeserean

Name : Ku Aufa Umaiza Ku Hairul Anuar

h1

Videolog Aidilfitri Cara Kami…MOH LERR NENGOK!!

September 12, 2012

Salam,
Kali ini entry melibatkan aktiviti cuti Hari Raya Aidilfitiri aku yang lalu. kebanyakkannya adalah klip-klip pendek yang di merge menjadi satu untuk simpanan peribadi dan juga untuk dikongsi bersama-sama rakan semua.

Enjoy…

HAPD

h1

Videolog Jelajah Takkan Henti – Keretapi Tenom…720p

September 10, 2012

*Maaf jika anda pening ketika melihat video ini…amatur sangatt lagipun majoriti shot dari atas train. 🙂

Siri menaiki keretapi Sabah yang bermula dari Beaufort ke Tenom melalui beberapa hentian dan terminal kecil seperti Saliwangan Baru, Halogilat, Rayoh & Pangi. Rayoh & Pangi merupakan hentian utama pelancong untuk aktiviti lasak water rafting & canoeing di Sungai Padas. Pengalaman yang patut dicuba memandangkan sistem pengangkutan ini masih menggunakan cara lama.

h1

Travel masa lalu.. – Hatyai, Thailand.

September 9, 2012

Salam,

Hari ini Syawal yang ke-22, aktiviti hujung minggu aku diisi dengan menulis blog berkenaan travel yang lalu dan kali ini aku pilih trip ke Hatyai menyambut tahun baru 2011.

Trip bersama rakan-rakan HKC LK (Hijaukuning.com Lembah Klang) disusun bermula pada malam 30 Disember dari kuala lumpur.  Perjalanan sejauh 1066 kilometer pergi dan balik dirancang bagi menyambut tahun baru dengan cara yang berlainan iaitu di negara luar selain Malaysia tercinta. Aku dan keluarga bertolak tengah malam dan tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam sekitar jam 8:00 pagi dan ketika itu rakan lain masih lagi di Alor Setar memandangkan mereka lebih awal 2-3 hari pulang ke kampung bercuti.

Setelah kesemua tiba iaitu hampir 15 orang kesemuanya kami bersegera menuju ke kompleks imigresen & kastam untuk pengesahan dokumen. Menaiki van yang boleh memuatkan 12 orang kami berpecah menggunakan 2 biji kenderaan itu untuk keselesaan dan luggage. Perjalanan ke Hatyai mengambil masa 1 jam setengah dari BKH dan tiba di Kosit hotel untuk malam tahun baru kami iaitu berdekatan dengan pusat bandar di mana perayaan tahun baru akan di adakan.

Aktiviti pertama tentulah mandi dan bersedia untuk makan iaitu kedai yang menjadi tumpuan jika ke Hatyai iaitu Nest Home yang menyediakan tomyam ala Thai yang terbaik dan harus dilawati jika ke sini. Setelah perut kenyang lalu bersedia untuk menerjah sekitar hatyai dan ketika ini hujan turun dengan lebat namun kami lebih banyak meng-ekplorasi sekitar kawasan shoplot untuk meninjau dan shopping kompleks. Untuk makluman, jalan-jalan utama sekitar Hatyai ditutup dan kami bebas melakukan apa saja terutama berjalan di tengah-tengah jalan raya dan bergambar. memang sangat best ketika itu dengan keadaan cuaca yang semakin pulih dan mendung.

Jadual sehari kami memang penuh dengan meronda sekita Hatyai dan antara tempat yang kami lawati adalah seperti di Central dan banyak lagi kawasan sekitar. Kebanyakkan habis masa dengan bergambar dan bergambar hahaha…

Sebelah malam kebanyakan kaum lelaki mengambil kesempatan untuk bersegera ke lokasi perayaan sambutan tahun baru. Manakala kaum ibu hanya berehat di hotel akibat keletihan perjalanan dari BKH serta menghabiskan masa berpusing ke di sekitar bandar. Aku walau keletihan  ku lupakan sementara untuk tidak terlepas peluang pertama kali melihat cara orang Thai menyambutnya.

Memang menarik memandangkan di Thailand, perayaan bergini amat sinonim dengan pertunjukkan bunga api dan mereka tidak di haramkan untuk beramai-ramai bermain  mercun dan sebagainya. Bunyi letupan di mana-mana dan antara yang paling best adalah tibanya detik 12:00 malam. Yang peliknya selepas 15-20 minit keadaan menjadi lengang dan aku merasakan kemeriahan yang dari mula seawal jam 6 petang tu nampaknya sudah berakhir. Rupanya ketika itulah mereka betul-betul berpesta dan kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel selepas beberapa ketika menyaksikan gelagat orang ramai.

Keesokan hari perjalanan diteruskan ke pasar terapung dengan menaiki tut-tut mengambil masa 45 minit untuk tiba. konsep perniagaan traditional yang sangat menarik. lama juga kami di sini untuk menikmati makanan dan juadah yang dijual termasuk air kelapa di dalam cawan buluh panjang. Terdapat jugak makanan eksotik seperti belalang, ulat dan cengkerik goreng dan aku hanya melihat sedikit pun tak berani nak merasa…huhuh.

Aktiviti kami selepas itu adalah melawat Hatyai Ice Dome yang juga tidak jauh dari bandar Hatyai, tempat yang mesti dilawati menyediakan pelbagai aktiviti menarik terutama Lantern Festival 2011 di sebelah malam yang bersebelahan sahaja dengan Hatyai Ice Dome. Tiket harga masuk pun sudah aku lupa memandangkan sudah hampir 2 tahun kami ke Hatyai…Kami menghabiskan masa malam kami di sini termasuk meredah mengelilingi tasik yang dihiasi cahaya lampu yang sangat cantik. Setelah penat apa lagi misi mencari lagi kedai-kedai tomyam terbaik dan kali ni kami pilih restoran Chekkar sebagai destinasi pilihan. Menu pertama yang di order adalah tomyam seafood.

Baki satu malam menetap di rumah abang kepada kawan kami dan di situ sudah dapat jimat satu malam bayaran untuk hotel penginapan. Beliau sendiri mencadangkan untuk tinggal sahaja di sana sebelum pagi nanti terus berangkat pulang. Travel ke Hatyai merupakan kali kedua bagi kami memandangkan sebelum ini kami pernah ke sini untuk beberapa siri lawatan perlawanan persahabatan bolasepak antara HKC LK dan juga kelab dari Hatyai. Memang sangat menghiburkan dan menarik jika ke Hatyai terutama bagi yang meminati hiburan malam dan paling best pusat urut @ massage yang sangat banyak serta popular di hatyai.

Sebelah pagi kami bersiap untuk pulang dan perjalanan kali ini lebih kurang 2 jam sebelum tiba di BKH. Singgah di Danok iaitu pekan berhampiran dengan BKH untuk sekali lagi menikmati Tomyam terbaik masakan Thailand. bagi yang tidak tahan pedas memang pasti tak akan dapat makan tomyam sebegini. terbaekkk!….

‘dari k.l ke hatyai melalui jalan darat’

"ketika di sempadan bukit kayu hitam"

“ketika di sempadan bukit kayu hitam”

"menunggu cop pengesahan passport"

“menunggu cop pengesahan passport”

"nest home, destinasi tomyam pertama kami di pekan hatyai...terbaik"

“nest home, destinasi tomyam pertama kami di pekan hatyai…terbaik”

"water lily di kaki lima jalan hatyai"

“water lily di kaki lima jalan hatyai”

'decorative shop lot sekitar hatyai"

‘decorative shop lot sekitar hatyai”

"nest home tomyam terbaik hatyai"

“nest home tomyam terbaik hatyai”

"kelaku anak aku si aryisha"

“kelaku anak aku si aryisha”

"aryisha tak sabar nak merasa tomyam"

“aryisha tak sabar nak merasa tomyam”

"kawan-kawan trip...sempoi depa ni semua"

“kawan-kawan trip…sempoi depa ni semua”

"lagi water lily"

“lagi water lily”

"musim tahun baru jalan-jalan utama hatyai ditutup untuk sambutan ambang tengah malam nanti..jadi kami berpesta"

“musim tahun baru jalan-jalan utama hatyai ditutup untuk sambutan ambang tengah malam nanti..jadi kami berpesta”

"acara lompat adalah wajib bila ramai-ramai ni"

“acara lompat adalah wajib bila ramai-ramai ni”

"dari kecik sampai besar semua size ada...bayar dan bakar"

“dari kecik sampai besar semua size ada…bayar dan bakar”

"sambutan ambang tahun baru di hatyai"

“sambutan ambang tahun baru di hatyai”

bunga api merata-rata"

bunga api merata-rata”

'melawat kawasan pasar terapung"

‘melawat kawasan pasar terapung”

ikan laga atau ikan karin siam..orang kedah cakap macam tu"

ikan laga atau ikan karin siam..orang kedah cakap macam tu”

"makanan bergoreng rangup eksotik..berani try la"

“makanan bergoreng rangup eksotik..berani try la”

"uniknya pasar terapun gklong hae"

“uniknya pasar terapun gklong hae”

"lagi unik"

“lagi unik”

'air minuman dalam buluh dan pasu tanah liat"

‘air minuman dalam buluh dan pasu tanah liat”

"aku..mencuba air kelapa dalam buluh...biasa ja tadak rasa sedap pun...cuma feel tu lain"

“aku..mencuba air kelapa dalam buluh…biasa ja tadak rasa sedap pun…cuma feel tu lain”

"sekitar pasar terapung klong hae"

“sekitar pasar terapung klong hae”

"salah satu stall barangan hiasan"

“salah satu stall barangan hiasan”

"bergambar kenangan dihadapan gong rasaksa"

“bergambar kenangan dihadapan gong rasaksa”

"kesejukan yang teramat sejuk di ice dome hatyai"

“kesejukan yang teramat sejuk di ice dome hatyai”

"dinner terakhir sebelum esok pagi pulang"

“dinner terakhir sebelum esok pagi pulang”

"athif bermain selepas dinner dan keletihan seharian berjalan"

“athif bermain selepas dinner dan keletihan seharian berjalan”

"lunch terakhir kami di norlaila tomyam pekan danok berhampiran sempadan BKH..terbaik lagi"

“lunch terakhir kami di norlaila tomyam pekan danok berhampiran sempadan BKH..terbaik lagi”

Sekian sehingga jumpa lagi di entry akan datang…

Salam,

HAPD

h1

Travelogue Photo – Desa Dairy Farm, Kundasang.

September 6, 2012

‘kepak ayam terbaik di pekan kundasang, acara wajib jika melawat ke sini’ ❤

‘perahan susu menggunakan machine…pantas dan cepat’
‘lembu berehat sementara menunggu giliran acara perahan susu beramai-ramai’
‘lagi selftpotrait… 😀
‘Jump Photo ke dalam kandang lembu, nasib lah tak ada najis kat situ’ 🙂

‘Dihadapan Entrance Gate Serta Kaunter Tiket’

h1

My Story – Jelajah Takkan Henti…Tenom

September 1, 2012

‘kepala keretapi dari beaufort-halogilat’

Salam,

Hampir jam 5:45 pagi harini baru ada masa terluang dan mood untuk menulis entry seterusnya. Itupun berkenaan cuti hari raya yang lepas. Kali ni aku nak bercerita pengalaman ketika travel di Sabah iaitu menaiki “enjin”(nama panggilan orang tempatan). trip train legenda ini adalah dari Beaufort ke Tenom via Bongawan-Membakut-Beaufort-Saliwangan Baru-Halogilat-Rayoh-Pangi-Tenom.

‘agak adventure jika dapat duduk di atas kepala train tu…aku tak berkesempatan :|’

‘stesen/terminal beaufort’

‘seawal jam 6 pagi ramai sedia menunggu membeli tiket’

‘aku – self potrait kali pertama menjelajah beaufort-tenom’

‘lelap seketika sementara train tiba destinasi’

Bongawan ke Beaufort tu tak thrill sangat sebab train baru so sama jugak naik kat k.l ni macam komuter, lrt & klia ekspress semua tu. Hari Khamis, 23 Ogos aku tak ada perancangan lain dan dari awal pagi aku dah bersedia ke terminal di Pekan Bongawan. hampir jam 9:20 pagi baru train sampai tidak mengikut jadual jam 9 seperti tertera di jadual ketibaan. Apa yang menarik pegawai terminal mengatakan train ke Tenom dari Beaufort hanya 2 kali satu hari iaitu 7:30 pagi dan 1:30 petang vice versa.

‘stesen akhir di Tenom’

‘ruang gerabak bertempat duduk…ada gerabak mempunya kerusi seperti bench sahaja selebihnya duduk bersila’

🙂

‘masih berkeadaan baik dan sangat kuat’

‘sungai padas ketika arus bertambah kuat kerana air dari empangan dilepaskan…dalam perjalanan pulang sahaja dapat menikmati suasana begini’

‘keretapi tolak yang sangat efektif bagi penduduk’

‘ada tersentak di dalam hati ketika melihat mereka…bersama 4 orang anak kecil menaiki train untuk berjual ikan’

hurmm…kalau macam tu macam mana aku nak balik ke Beaufort dalam masa 1 hari sudah tentu kena stay overnight di Tenom kan??…perah otak lagi untuk return nanti macam mana dan dia juga mengatakan ada bas dari Tenom ke Keningau dan Kimanis seterusya ke Kota Kinabalu. Jadi aku terpaksa turun di Kimanis jika ingin kembali ke Bongawan….Makanya di situ dah ada penyelesaian dan aku meneruskan perjalanan.

Panjang pulak rasanya nak bercerita pengalaman aku ni….so better buat point saja berkenaan trip jelajah Tenom ni untuk memudahkan.

  • 9:50 tiba di Beaufort sambil check tiket ke Tenom dan membeli dengan harga rm2.75 sehala. Bertolak jam 1:30 petang so aku masih ada masa untuk berkeliaran dahulu di pekan Beaufort sambil street shooting.
  • 10:00-12:00 membuang masa di Beaufort, sambil melihat kerenah penduduk tempatan serta sempat minum & makan di Zulfia Curry House.
  • 12:30 solat Zohor di Masjid Daerah Beaufort
  • 1:30 menaiki train dan tepat bergerak menuju Tenom
  • dalam perjalanan pelbagai aksi sempat dirakam untuk koleksi peribadi
  • train berhenti-henti menurunkan penduduk kampung dan ada yang naik menuju ke Tenom
  • 2:45 part paling lucu dalam sejarah aku menaiki train…ketika ini train sampai di Pangohilat iaitu separuh perjalanan sebelum sampai ke Tenom…ketika sampai aku kehairanan tetiba ramai orang sedang menunggu di terminal dan yang paling pelik ramai juga yang berpusu-pusu turun dan aku tak pasti apa yang berlaku..dalam sekelip mata terminal kosong  dan di hujung train kelihatan kepala train meluncur menukar rail dan bergerak ke belakang gerabak. aku segera pasti yang aku telah melakukan kesilapan dengan tidak menukar gerabak seterusnya. Untuk makluman, penukaran train ini memang tidak dimaklum oleh pegawai train atau tertulis di mana-mana terminal jadi bagi sesiapa rakan yang nak mencuba train ini suatu hari nanti pastikan menukar gerabak anda supaya kejadian berpatah balik aku tidak berlaku kepada anda semua.
  • 4:00 sampai ke terminal di beaufort….2 jam setengah aku di dalam train ketika itu menyesali apa yang berlaku…apapun ada hikmah apa yang terjadi. so aku redha dan aku harap dapat kembali lagi meneruskan perjalanan ke Tenom.
  • 5:00 meneruskan perjalanan ke Bongawan dan sampai di rumah jam 6 petang.

Ketika malam aku memikirkan waktu yang sesuai untuk kembali ke Tenom dan terus aku nekad 2 hari selepas itu iaitu hari Sabtu tetapi kali ini menaiki kereta selepas subuh ke Beaufort untuk mendapatkan train ke Tenom. Apa yang best menaiki train seawal jam 7:30 pagi ianya lebih sesak dengan pelancong untuk aktiviti rafting sekitar sungai padas.

Perjalanan yang  menyegarkan dan sepanjang perjalanan pelbagai aksi dirakam terutama penduduk yang berpusu-pusu membawa hasil hutan untuk dijual antaranya getah sekerap dan anak pokok serta ikan-ikan sungai yang ditangkap sepanjang sungai padas. Tak dilupa bau kedurau(skunk tak silap aku) yang sangat busuk memecah suasana perjalanan aku ke Tenom.

Tiada apa aktiviti yang dapat di buat di Tenom cuma aku sempat berpusing-pusing melihat kawasan sekitar sebelum memasuki KFC untuk mengisi perut yang lapar…Urusan seperti biasa di mana-mana pekan lain di Sabah ni dan tidak mengambil masa yang lama untuk kembali ke terminal Tenom untuk kembali ke Beaufort.

Apa yang aku ingin dan mencuba di sini adalah pengalaman menaiki train yang begitu usang dan memang ianya bukan untuk tujuan pelancongan semata-mata tetapi lebih kepada menghubungkan penduduk di sepanjang sungai pada ke Beaufort mahupun Tenom itu sendiri. Apapun aku sangat berpuas hati trip kali ini walaupun terpaksa 2 kali dan bergerak solo sahaja menyusuri perjalanan 3 jam ke Tenom ni.

Tips untuk rakan-rakan yang nak mencuba menaiki Train ke Tenom dan dalam sehari.

1. dapatkan train seawal jam 7:30 pagi dan pulang dari tenom jam 1:30 petang. sehari hanya 2 kali train.

2. dapatkan tiket dan masuk awal sejurus gate dibuka untuk mendapatkan seat. sangat limited dan kebiasaanya berdiri sahaja sehingga ke Pangohilat.

3. harga tiket rm2.75 sahaja sehala.

4. dapatkan seat sebelah kanan ke Tenom dan seat kiri ke Beaufort sebabnya view sungai padas lagi best dari view dinding gunung ganang sepanjang perjalanan tu. 🙂

5. nak lagi best duduk sahaja dekat tangga dapat rasa lebih thrill dan adventure perjalanan 3 jam tu.

6. nak best berbual lah dengan orang tempatan kerana ada cerita yang lagi best akan dorang katakan selain dari mata kita yang melihat. (berbual dengan makcik tinggal di rayoh dan dia tanya aku dari rancangan t.v mana dengan kamera ambil gambar semua ni).

7. pastikan merakam aksi penduduk tempatan menaiki keretapi tolak buatan sendiri yang diharamkan tapi masih digunakan sampai sekarang.

8. kalau berani mintak dengan driver train tu nak duduk atas bumbung kepala keretapi tu untuk lagi best…aku tak sempat sedikit ralat.. 😦

Sekian sehingga berjumpa di entry akan datang termasuk trip aku ke Kundasang melawat Tenusu Desa yang sejuk tu…macam kat New Zealand lak rasanya..best!

Salam,

HAPD

Dynafit Tromsø Skyrace

Pure skyrunning above the Arctic Circle

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

A Travel, Culture & Design Blogazine

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Through My Lens

... look, focus, click.! Some of my travel experiences, photography, fitness motivation, amusing life experience & food

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world

M.Khalid Ibrahim

soul . heart

IAN CORLESS

Photographer specialising in the world of Mountain, Ultra, Trail and Skyrunning.