Archive for the ‘Travel Tips’ Category

h1

LOG – EXO Roadtrip Krabi, Thailand land of smiles…

May 5, 2016

*Note : kos roadtrip yang aku attach ni berpandukan kepada 6 orang sekeluarga…jika anda ingin tengok rate yang lebih murah sila bahagikan…tak semua.

Day 1 (30th April 2016)-Saturday
(KUALA LUMPUR-BKH-PATTHALUNG-TRANG-KRABI-AONANG) -837KM TOTAL
-Drive 11:30pm ke BKH dan sampai 6:00am, trafik jamm area Rawang, Slim River, Simpang Pulai. Singgah RTC untuk rest dalam sejam. Kos tol RM61.50 + RM2 Duke
-7:00am prepare beli insurance kereta thai yang banyak dijual sebelum border termasuk whitecard. RM17 insurance & RM2 setiap 1 untuk white card, Isi minyak topup full tank RM70 kat BH Petrol & terus masuk que kat Imigresen Malaysia, sesak 1 jam setengah.
-Singgah The Zone cari ATM dan terus ke Imigresen Thai, waktu ni jangan takut pada kenkawan yang bawak kereta terus ja drive seberang ke pekan Danok untuk cari parking. Lajak terus ke Norlaila Tomyam pun boleh lepastu order menu terus hihihi…jangan lupa chop passport lak ya..
-Sesak waktu cuti memang biasa kalau di BKH, jangan panik kalau nak cepat cari pemudahcara, brader settle, bro baik hati atau apa saja hangpa nak label. Letak RM15 setiap passport untuk ‘melicinkan’ urusan passport dan yang pasti tak perlu que. Tapi kalau yang nak que 4 jam silakan.
-Lepas settle chop passport bawak insurance ke kaunter Custom Declaration bawak kereta masuk Thailand. Dia akan print dan kasi satu kertas lepas tu que lagi kat kaunter sebelah untuk chop & sign. Sertakan sekali RM5 dan salinan tu ambil dan simpan rapi sebab nak keluar Malaysia nanti nak kena bagi balik, bukannya simpan buat harta. Denda menanti jika ingkar atau lupa dan kereta anda pasti diharamkan terus dari masuk lagi ke Thailand.
-10:30am Tadaa…urusan dokumen settle dan cari port makan sebelum sambung trip, bawak family ni kena check status kelaparan anak-anak selalu. 380 Baht brunch.
-Beli tourist sim card 350 Baht ada 1GB internet untuk memudahkan GPS waze apa bagai nanti. Kalau ada standalone GPS lagi bagus laa…takyah susah-susah nak internet lagi.
-Tukar duit dengan rate 8.85 kat Danok, sama ja kalau di The Zone tu. Tapi kalau di Aonang rate 8.70 dan kalau guna debit atau credit card exchange rate dalam 8.11…pilih.
-11:00am start trip Danok-Hatyai-Pattalung-Trang-Krabi, aku berhenti sekali sebab drive panas-panas antara jam 12-3 petang ni halwa dia semacam menangkap kat mata…mengantuk sebab belum tidoq semalaman. Adrenaline ketika memandu waktu ni sangat best sebab first time explore.
-Sedap-sedap drive nampak signboard ‘Welcome to Krabi’….hurmm dah sampai 837km tak terasa habaq hang.
-4:30PM @ 3:00PM Local time tiba di Krabi & checkin kat bajet Aonang Guest Home. Dekat dengan pantai jalan kaki 10 minit sampai. RM280 untuk 2 hari.
-9:00PM keluar area Aonang untuk cari pakej 4 island tour dengan Longtail boat…jumpa satu booth dan dapat harga 3000 Baht untuk 6 orang termasuk Park Entry fees. 500 Baht/person include lunch & 1 snorkle point kat Chicken Island. 4 island termasuk Pranang Cave, Tup Island, Chicken Island & Poda Island. Dinner cari pancake Rotee Yamilah yang top tu…
-Rest

TOTAL SPEND : Minyak KL-BKH RM60, Tol RM 63.50 Topup kat BH RM70, Insurance Thai RM17 Passport RM15 x 6 = RM90, Custom Declaration RM5, Tourist Sim RM38, Brunch RM43, Dinner at Aonang RM30 = RM416.00

Day 2 (31st April 2016)-Sunday
(4 ISLAND TOUR)
-9:20am Standby 4 Island Tour pickup kat hotel…Barracudas Tour datang collect termasuk guess dari hotel lain…terus ke port depan Aonang Beach area Merlin statue. Register nama & collect sticker tampal kat baju…tak berguna pun benda tu kejap ja hilang.
-Island tour start gerak naik  boat jam 10:30am, 1st singgah kat Pranang Beach dan kat situ dia kasi masa 1 jam sahaja…ok la atleast sempat anak-anak nak main air, dah tak sabar sangat tu. Aku? Apa lagi cari port nak shoot photo la termasuk cave shrine yang unik penuh dengan statue alat sulit lelaki berkhatan, size macam-macam ada bro. apapun kena hormati sebab aku tengok ramai yang datang menyembah kat situ. Nak tahu? Pi click sini dan bila dah baca baru rasa puas, knowledge is king.
http://www.travelfish.org/sight_profile/thailand/southern_thailand/krabi/railay_beach/1841
-Ada juga rock climbing dan aku pasti ada package tu kalau nak, sempoi juga. Ralat sebab plan awal nak hike ke Railay Viewpoint tapi tak apalah, next time aku datang ambik long tail bayar 50 Baht ke Phranang saja then hike tunggu sunset.
-Tour 2nd ke Tup Island, pulau ni kecik ja sebab kalau air surut boleh bersambung dengan Chicken Island, waktu ni sama macam Phranang dengan ramai orang, panas dan sesak sampai nak park boat pun kena selit rapat…air? Jernih takyah ceritalah biru lagi tu. Kat sini pun sama takleh nak lelama sebab tight untuk cover 4 island yang cuma ada masa 5 jam. 40 minit saja sempat lah nak shoot photo sambal rendam kaki anak-anak.
-Tour bersambung ke Chicken Island & Snorkle area situ, tak berbaloi pun kalau nak layan coral sebab kat Tioman lagi awesome kut kalau nak banding sini, beza dia air tu cristal clear sangat tapi kalau coral dia kalah. Tak tahu la kalau ada tempat lain yang lagi best sekitar krabi ni. Share please
-Setengah jam masa untuk snorkel, ikan pun takat jenis hijau belang hitam tu apa jenis tah. Nemo tak nampak langsung.
-Last island singgah kat Poda, sini ada 2 jam sebabnya nak lunch sekali termasuk main pantai. Waktu ni aku dah burn habis tapi still ada manis-manis lagi.
-Tepat jam 3:00PM tour boat gerak ke Aonang…tamat
-Balik hotel & Rest.
-8:00PM gerak ke pekan Krabi nak gi Night Market, drive hampir 30 minit. Pusing-pusing cari Takoyaki, Ice blended, Pulut Ayam untuk dinner. Sempat singgah kat Crab Statue untuk bergambar.
-11:00PM Dinner kat Aonang Rohanee Seafood 760 Baht.
-12:00PM Rest

TOTAL SPEND : Package 4 Island Barracudas RM341, Dinner RM30, Dinner RM86 = RM457

Day 3 (1st May 2016)-Monday
(AONANG-PREMIUM OUTLET-EMERALD POOL-HATYAI) -360KM TOTAL
-10:30AM Checkout hotel & gi breakfast kat Pancake Rotee Yamillah, ngam-ngam baru nak buka so order memacam pancake untuk brunch sesiap. Sebab harini plan nak ke Emerald Pool dan turun terus ke Hatyai.
-On the way singgah kat Premium Outlet, shopping baju untuk Aryisha, Athif & Aufa…sebab cash dah low aku terpaksa guna debit card so charge 1200 Baht.
-Aku pun terjebak beli juga tapi murah ja lah dalam 450 Baht selepas diskaun 70%…puas hati.
-Isi minyak thai buat pertama kali kat Shell 560 Baht dengan rate 35.060/L untuk minyak GSH91…Nampak tu bukan 95 tau…mampus harga minyak siam ni boleh bankrupt aku huhu.
-3:00PM arrived Emerald Pool dan berjalan masuk ke dalam sejauh 2.5km macam tu…entrance fee 200 Baht/person Total 700 Baht. Sayang masa ni Blue Pool tutup so aku sempat hanya ke Emerald lepastu tak bajet nak mandi, memang dah agak manusia memang ramai.
-5:30PM Exit terus gerak drive ke Hatyai…ada satu bro dari KL drive Honda CRV tetiba berhenti sebelah tanya jalan shortcut dan nak follow aku ke Hatyai…aku iyakan saja sebab katanya dia rasa jauh sangat masa nak ke Krabi semalam. Sampai junction Patthalung aku stop dan sempat berborak..bagitau dengan dia jalan ni terus ke Hatyai sebab aku nak kena berhenti R&R dulu anak-anak semua memasing dah ‘full tank’.
-9:30PM sampai Hatyai singgah di Kelantan Restaurant bebetul dekat Lee Gardens…rasa? AAA 560 Baht.
-Bawa anak-anak layan Gajah sambil hulurkan tebu dekat area Lee Gardens 100 Baht. Dan yang paling best lepas check in Florida Hotel 1000 Baht terus ke port massage, amik package Foot Massage setengah jam 200 Baht. Kalau ikutkan sejam tapi dah lewat kedai nak tutup dah.
-2:00AM Rest

TOTAL SPEND : Premium Outlet RM186, Minyak Thai RM63, Emerald Pool RM80, Dinner RM63, Tebu Gajah Rm11, Florida Hotel 1 night RM113, Foot Massage RM22 = RM538

Day 4 (2nd May 2016)-Tuesday
(HATYAI-PADANG BESAR-KANGAR-KODIANG-MEGAT DEWA-KUALA KEDAH-K.L) –602KM TOTAL
-9:45AM Checkout Florida pegi breakfast & terus jenjalan kat Santisuk Market, macam-macam gajet ada. Tak beli apa sangat pun sebab ekonomi dah tak mengizinkan.
-12:00PM get ready nak balik dan masa ni minyak pun tak sempat dah nak lepas border Padang Besar so terpaksa isi lagi 600 baht. Drive 45 minit ke border PB.
-1:00PM chop passport & serah Custom Declaration kat border so wehuuu aku selamat kembali ke bumi Malaysia. Singgah lagi kat Padang Besar untuk tengok-tengok dan jamu mata…On the way balik aku lalu Kangar dan Kodiang…singgah lunch sebab dah lapar sangat sambal pekena nasi kuning lauk sotong.
-5:00PM Singgah kampung ziarah Abang…tak lama cuma 2 jam sebab terpaksa gerak ke K.L, esoknya dah nak kerja sempat bercerita sikit sebanyak bersama. Laluan kalini aku ikut Kuala Jerlun nak tunjuk pada anak-anak view sawah padi kat kampung tu.
-7:00PM berhenti nak pekena Laksa Teluk Kechai…yang tak bestnya kuah dah pekat macam dulu apa pun layankan aja lah…dah datang.
-8:00PM masuk highway maka ada lagi 5-6 jam perjalanan aku sebelum sampai K.L
-2:00AM selamat sampai Alhamdulillah maka selesai sudah roadtrip aku kalini…lama dah merancang cuma baru berkesempatan nak jengah.
SEKIAN.

TOTAL SPEND : Minyak Thai Shell RM68, Minyak Petronas PB RM68, Lunch Kodiang RM35, Laksa Teluk Kechai RM32, Tol AOR-KL RM 63.50 = RM203

OWN_0138

 

OWN_0205

OWN_0199

OWN_0190

OWN_0187

OWN_0180

OWN_0175

OWN_0156

OWN_0228

OWN_0226

OWN_0213

OWN_0209

OWN_0207

OWN_0918

OWN_0901

OWN_0876

OWN_0867

OWN_0864

OWN_0844

OWN_0828

OWN_0808

OWN_0804

OWN_0781

OWN_0774

OWN_0735

OWN_0729

OWN_0716

OWN_0713

OWN_0703

OWN_0701

OWN_0693

OWN_0685

OWN_0662

OWN_0655

OWN_0653

OWN_0633

OWN_0591

OWN_0559

OWN_0538

OWN_0531

OWN_0522

OWN_0517

OWN_0509

OWN_0502

OWN_0497

OWN_0493

OWN_0484

OWN_0478

OWN_0477

OWN_0474

OWN_0454

OWN_0453

OWN_0431

OWN_0417

OWN_0399

OWN_0395

OWN_0393

OWN_0391

OWN_0390

OWN_0378

OWN_0366

OWN_0363

OWN_0358

OWN_0355

OWN_0353 OWN_0332

OWN_0329

OWN_0328

OWN_0323

OWN_0318

OWN_0317

OWN_0300

OWN_0266

OWN_0243

OWN_0235

Advertisements
h1

Persediaan & Tips Trekking Annapurna Sanctuary a.k.a ABC

July 27, 2013

Salam,

Tinggal 15 hari lagi trip solo ke Nepal akan tiba…persediaan dokumen perjalanan serta hal berkaitan sedikit demi sedikit berjalan lancar sepertimana yang aku rancang, rasa berdebar dan risau pun ada nak ke Nepal ni, dah la secara solo dah tu pulak nak pergi trekking lagi tu…bukan calang-calang tempat Annapurna Base Camp…fiiiuuuuh!

Bulan August adalah musim monsoon di Nepal dan ketika ini kebanyakkan trekkers agak kurang kerana mengikut kebiasaan peak season adalah antara november-december dan jugak mac-may yang mana waktu ini kawasan sekitar tempat trekking samada ABC, Lantang, ataupun EBC mempunyai langit yang sangat cerah dan kebiruan..dah nasib aku dapat tiket murah AA diwaktu monsoon apapun masih boleh trek cuma ianya bergantung pada nasib dan aku pernah tengok video dari youtube ada juga orang yang trek diwaktu monsoon dan view tidak menghampakan…jadi apa salahnya aku mencuba cuma persediaan trek ketika hujan sangat penting jugak tu..

Untuk setiap travel aku ke mana saja semua aku lakukan sendiri bak kata orang putih, I am independent traveler…padahal bukan nya ada duit sangat nak berpakej-pakej jadi tourist dan aku bukan dalam golongan tu…dengan cara ini lah aku nak jimat kan duit selagi boleh…antara bahan rujukan aku termasuklah bacaan dari blog dan jugak dari buku lonely planet…itupun download saja .pdf format tak mampu nak beli buku original yang beratus harga tu. maklumat dari lonely planet memang memuaskan hati aku bermula dari sampai airport sehinggalah cadangan aktiviti-aktiviti mengikut kemahuan kita. Semuanya aku kena buat sendiri dari A sampai Z…penat pun ada best pun ada.

Study lonely planet Nepal punya magazine, download pdf dari internet jimat $$$

Study lonely planet Nepal punya magazine, download pdf dari internet jimat $$$

Ok, kat sini aku nak terangkan sikit keperluan wajib sebelum korang atau sesapa yang folo blog aku yang berkeinginan sangat nak ke Nepal atas urusan trekking atau backpacking…ya lah kat Nepal apa lagi yang paling best selain trekking kan?…nak shopping kain-kain dan barang-barang outdoor pun banyak…tapak UNESCO pun berlambak-ambak ada cerita tersendiri macam durbar square, monkey temple and so on…kalau nak tahu korang google lah apa best kat Nepal tu…Syurga juga bagi peminat photoghrapher seluruh dunia termasuk landscape serta keunikan di setiap bandar utama Nepal seperti Kathmandu dan juga Pokhara.

Perkara pertama yang korang perlu ada adalah entry visa ke Nepal…apply saja di embassy Nepal kat Wisma MCA Jalan Ampang. Dibuka setiap hari waktu pejabat 9:30-4:30…sebelum tu nak memudahkan sila download form dari website dan isi beserta sekeping gambar ukuran pasport, salinan passport dan yuran sebanyak RM95.00 untuk visa selama 15 hari…kalau nak stay lagi lama kena bayar lebih lagi la mengikut jadual seperti didalam website embassy http://nepalembassy.com.my/en/index.html. Aku apply 2 minggu lepas, hantar di kaunter 1 dan collection di kaunter dua…settle dua hari saja sebelah pagi hantar dan untuk collection, esok dah  boleh ambik tapi harus diingat sebelah petang sahaja antara 2:30-4:30ptg…

Address Suite 13A.01, 13th A Floor, Wisma MCA,
163 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Office Tel No. 03-2164 5934
03-2164 9653
Fax No. 03-2164 8659
Email info@nepalembassy.com.my or khotange@gmail.com
Working Hour 09:00am to 05:00pm, Monday – Friday
01:00pm to 02:00pm (Lunch Break)
Document Submission 09:30am to 12:30pm
Document Collection 02:30pm to 04:30pm

Nepal embassy di wisma MCA

Nepal embassy di wisma MCA

Visa approved

Visa approved

Perkara kedua yang perlu korang ambik berat adalah travel insurance…dulu masa ke Hong Kong aku tak beli pun sebabnya aku tak ambik port sangat isu-isu kesihatan selain hal berkaitan kelewatan penerbangan atau jatuh sakit dan sebagainya…almaklumlah Hong Kong agak sedikit ke depan nak dibandingkan dengan Nepal tu. Kebersihan agak merisaukan di Nepal terutama bab makanan yang perlu diambil perhatian…jadi untuk ke Nepal aku dah beli travel insurans dari Etiqa Maybank dengan bayaran RM90 meliputi coverage selama 2 minggu aku di sana…risau jugak takut jadi apa-apa nanti solo pulak tu tadak siapa nak peduli nanti…semuanya aku apply online via maybank2u.com tak sampai 5 minit selesai.

Beli Insurans

Beli Insurans

Penginapan juga penting dah aku dah pun booked beberapa hotel murah dan bajet dan memang tak dinafikan penginapan di Kathmandu dan Pokhara memang murah sangat dibandingkan tempat-tempat negara lain yang korang pernah pergi…selagi boleh jimat kita akan jimat asalkan dapat lelapkan mata serta berehat pun dah cukup. aku rekomenkan pada korang yang nak book boleh ke booking.com, hostelworld dan juga agoda…ketiga-tiga site ni memang dah mencukupi untuk korang gugel search mencari tempat penginapan berbaloi dan murah serta mempunyai review yang boleh dirujuk…nak memudahkan pastikan tempat penginapan berdekatan dengan kawasan pelancong serta mempunyai access dengan public transport samada dari airport atau ke bandar-bandar sekitar nepal…aku pilih sekitar thamel road dan mmg banyak hotel dikawasan tersebut. rate teksi pun tidak mahal dari airport dalam lingkungan 10-20 ringgit sehala..kalau pandai nego lagi murah lagi bagus.

Antara list persediaan lain yang dah aku marked dan beli adalah memory card Sandisk Extreme 32GB untuk SLR aku tu…walaupun dah ada 16GB masih tak mencukupi dan memang perlu untuk tujuan backup ataupun overflow…besar kemungkinsn video pun akan banyak nanti.

Untuk peralatan trekking InsyAllah tak perlu banyak pun, cukuplah tshirt dryfit, long pants, kasut trek, sleeping bag, down jacket, thermal shirt, stocking fast dry, head lamp, polarized sunglasses…equipment ni semua akan aku beli nanti di Kathmandu kerana kat sana barang-barang trek murah gila nak banding dengan yang dijual kat negara kita ni…apapun bergantung kepada gred jugak dan boleh dikatakan quality yang amat memuaskan.

Perubatan atau aid kit juga tak boleh dilupakan dan itu memang termasuk dalam list compulsory korang yang kena ada untuk trek di Nepal…antara yang penting termasuk water purification tablet, panadol, minyak panas, ubat luka, minyak kapak dan yang berkaitan. Lagi penting dari tu adalah pil AMS (accute mountain sickness) dan ianya sangat bahaya…pil ni kena beli kat Nepal sebabnya kat Malaysia kita jarang dijual.

Harus diingat, nak trek di Nepal pun kena ada permit dan permit ni ada dua iaitu TIMS & ACAP, TIMS adalah Trekkers Information Management System manakala ACAP adalah Annapurna Conservation Are Project yang perlu kita bayar jika ingin trekking di Nepal…kalau tak bayar tak boleh masuk ke kawasan trek kerana disetiap pintu masuk trail head terdapat pegawai yang akan menjaga dan menahan para trekker serta memeriksa dokumen sebelum membenarkan meneruskan perjalanan. lagipun ini untuk memudahkan mereka mengesan sekiranya berlaku kejadian para trekker tidak melaporkan diri mengikut jadual dan disyaki dalam bahaya…senang mereka mengadakan misi mencari dan menyelamat. permit ni boleh apply nanti di Nepal Tourism Board di Kathmandu ataupun melalui Trekking Agencies yang berdaftar sekitar Kathmandu dan Pokhara.

image
image

Peralatan lain yang perlu dan sangat sesuai yang korng ada adalah GPS, aku gunakan jam Suunto Ambit untuk membantu aku jika sesat nanti dan trek laluan trekking aku juga telah aku imnport ke dalam jam Suunto ni untuk membantu navigation aku nanti sekiranya tersesat selain aku akan buat log untuk trekking 9-10 hari ni..

gps route yang aku set dalam Suunto Ambit

gps route yang aku set dalam Suunto Ambit

Ok lah setakat ini dulu beberapa tips dan perancangan yang telah aku buat untuk persediaan aku ke Annapurna, Nepal…diharap semuanya berjalan dengan lancar nanti.

Salam,

HAPD

Attila Ovari

Loving Life and Inspiring Others

it's all about the vertical

the race is made on the ups and won on the downs

Tromsø Skyrace

soul skyrunning between the sea and the sky

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

The Nomad Notes

Adventure and Travel Blog

It Started in Oxford

Lifestyle posts from a Brit in Georgia

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

TRAVEL.CULTURE.LIFESTYLE

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

Rojakfeet

by Marshnaz

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Ultra168

The ultra running community

Through My Lens

... look, focus, click.!

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

Hiking Photography

Beautiful photos of hiking and other outdoor adventures.

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world