*Note : kos roadtrip yang aku attach ni berpandukan kepada 6 orang sekeluarga…jika anda ingin tengok rate yang lebih murah sila bahagikan…tak semua.
Day 1 (30th April 2016)-Saturday
(KUALA LUMPUR-BKH-PATTHALUNG-TRANG-KRABI-AONANG) -837KM TOTAL
-Drive 11:30pm ke BKH dan sampai 6:00am, trafik jamm area Rawang, Slim River, Simpang Pulai. Singgah RTC untuk rest dalam sejam. Kos tol RM61.50 + RM2 Duke
-7:00am prepare beli insurance kereta thai yang banyak dijual sebelum border termasuk whitecard. RM17 insurance & RM2 setiap 1 untuk white card, Isi minyak topup full tank RM70 kat BH Petrol & terus masuk que kat Imigresen Malaysia, sesak 1 jam setengah.
-Singgah The Zone cari ATM dan terus ke Imigresen Thai, waktu ni jangan takut pada kenkawan yang bawak kereta terus ja drive seberang ke pekan Danok untuk cari parking. Lajak terus ke Norlaila Tomyam pun boleh lepastu order menu terus hihihiā¦jangan lupa chop passport lak ya..
-Sesak waktu cuti memang biasa kalau di BKH, jangan panik kalau nak cepat cari pemudahcara, brader settle, bro baik hati atau apa saja hangpa nak label. Letak RM15 setiap passport untuk āmelicinkanā urusan passport dan yang pasti tak perlu que. Tapi kalau yang nak que 4 jam silakan.
-Lepas settle chop passport bawak insurance ke kaunter Custom Declaration bawak kereta masuk Thailand. Dia akan print dan kasi satu kertas lepas tu que lagi kat kaunter sebelah untuk chop & sign. Sertakan sekali RM5 dan salinan tu ambil dan simpan rapi sebab nak keluar Malaysia nanti nak kena bagi balik, bukannya simpan buat harta. Denda menanti jika ingkar atau lupa dan kereta anda pasti diharamkan terus dari masuk lagi ke Thailand.
-10:30am Tadaaā¦urusan dokumen settle dan cari port makan sebelum sambung trip, bawak family ni kena check status kelaparan anak-anak selalu. 380 Baht brunch.
-Beli tourist sim card 350 Baht ada 1GB internet untuk memudahkan GPS waze apa bagai nanti. Kalau ada standalone GPS lagi bagus laaā¦takyah susah-susah nak internet lagi.
-Tukar duit dengan rate 8.85 kat Danok, sama ja kalau di The Zone tu. Tapi kalau di Aonang rate 8.70 dan kalau guna debit atau credit card exchange rate dalam 8.11ā¦pilih.
-11:00am start trip Danok-Hatyai-Pattalung-Trang-Krabi, aku berhenti sekali sebab drive panas-panas antara jam 12-3 petang ni halwa dia semacam menangkap kat mataā¦mengantuk sebab belum tidoq semalaman. Adrenaline ketika memandu waktu ni sangat best sebab first time explore.
-Sedap-sedap drive nampak signboard āWelcome to Krabiāā¦.hurmm dah sampai 837km tak terasa habaq hang.
-4:30PM @ 3:00PM Local time tiba di Krabi & checkin kat bajet Aonang Guest Home. Dekat dengan pantai jalan kaki 10 minit sampai. RM280 untuk 2 hari.
-9:00PM keluar area Aonang untuk cari pakej 4 island tour dengan Longtail boatā¦jumpa satu booth dan dapat harga 3000 Baht untuk 6 orang termasuk Park Entry fees. 500 Baht/person include lunch & 1 snorkle point kat Chicken Island. 4 island termasuk Pranang Cave, Tup Island, Chicken Island & Poda Island. Dinner cari pancake Rotee Yamilah yang top tuā¦
-Rest
TOTAL SPEND : Minyak KL-BKH RM60, Tol RM 63.50 Topup kat BH RM70, Insurance Thai RM17 Passport RM15 x 6 = RM90, Custom Declaration RM5, Tourist Sim RM38, Brunch RM43, Dinner at Aonang RM30 = RM416.00
Day 2 (31st April 2016)-Sunday
(4 ISLAND TOUR)
-9:20am Standby 4 Island Tour pickup kat hotelā¦Barracudas Tour datang collect termasuk guess dari hotel lainā¦terus ke port depan Aonang Beach area Merlin statue. Register nama & collect sticker tampal kat bajuā¦tak berguna pun benda tu kejap ja hilang.
-Island tour start gerak naikĀ boat jam 10:30am, 1st singgah kat Pranang Beach dan kat situ dia kasi masa 1 jam sahajaā¦ok la atleast sempat anak-anak nak main air, dah tak sabar sangat tu. Aku? Apa lagi cari port nak shoot photo la termasuk cave shrine yang unik penuh dengan statue alat sulit lelaki berkhatan, size macam-macam ada bro. apapun kena hormati sebab aku tengok ramai yang datang menyembah kat situ. Nak tahu? Pi click sini dan bila dah baca baru rasa puas, knowledge is king.
http://www.travelfish.org/sight_profile/thailand/southern_thailand/krabi/railay_beach/1841
-Ada juga rock climbing dan aku pasti ada package tu kalau nak, sempoi juga. Ralat sebab plan awal nak hike ke Railay Viewpoint tapi tak apalah, next time aku datang ambik long tail bayar 50 Baht ke Phranang saja then hike tunggu sunset.
-Tour 2nd ke Tup Island, pulau ni kecik ja sebab kalau air surut boleh bersambung dengan Chicken Island, waktu ni sama macam Phranang dengan ramai orang, panas dan sesak sampai nak park boat pun kena selit rapatā¦air? Jernih takyah ceritalah biru lagi tu. Kat sini pun sama takleh nak lelama sebab tight untuk cover 4 island yang cuma ada masa 5 jam. 40 minit saja sempat lah nak shoot photo sambal rendam kaki anak-anak.
-Tour bersambung ke Chicken Island & Snorkle area situ, tak berbaloi pun kalau nak layan coral sebab kat Tioman lagi awesome kut kalau nak banding sini, beza dia air tu cristal clear sangat tapi kalau coral dia kalah. Tak tahu la kalau ada tempat lain yang lagi best sekitar krabi ni. Share please
-Setengah jam masa untuk snorkel, ikan pun takat jenis hijau belang hitam tu apa jenis tah. Nemo tak nampak langsung.
-Last island singgah kat Poda, sini ada 2 jam sebabnya nak lunch sekali termasuk main pantai. Waktu ni aku dah burn habis tapi still ada manis-manis lagi.
-Tepat jam 3:00PM tour boat gerak ke Aonangā¦tamat
-Balik hotel & Rest.
-8:00PM gerak ke pekan Krabi nak gi Night Market, drive hampir 30 minit. Pusing-pusing cari Takoyaki, Ice blended, Pulut Ayam untuk dinner. Sempat singgah kat Crab Statue untuk bergambar.
-11:00PM Dinner kat Aonang Rohanee Seafood 760 Baht.
-12:00PM Rest
TOTAL SPEND : Package 4 Island Barracudas RM341, Dinner RM30, Dinner RM86 = RM457
Day 3 (1st May 2016)-Monday
(AONANG-PREMIUM OUTLET-EMERALD POOL-HATYAI) -360KM TOTAL
-10:30AM Checkout hotel & gi breakfast kat Pancake Rotee Yamillah, ngam-ngam baru nak buka so order memacam pancake untuk brunch sesiap. Sebab harini plan nak ke Emerald Pool dan turun terus ke Hatyai.
-On the way singgah kat Premium Outlet, shopping baju untuk Aryisha, Athif & Aufaā¦sebab cash dah low aku terpaksa guna debit card so charge 1200 Baht.
-Aku pun terjebak beli juga tapi murah ja lah dalam 450 Baht selepas diskaun 70%…puas hati.
-Isi minyak thai buat pertama kali kat Shell 560 Baht dengan rate 35.060/L untuk minyak GSH91ā¦Nampak tu bukan 95 tauā¦mampus harga minyak siam ni boleh bankrupt aku huhu.
-3:00PM arrived Emerald Pool dan berjalan masuk ke dalam sejauh 2.5km macam tuā¦entrance fee 200 Baht/person Total 700 Baht. Sayang masa ni Blue Pool tutup so aku sempat hanya ke Emerald lepastu tak bajet nak mandi, memang dah agak manusia memang ramai.
-5:30PM Exit terus gerak drive ke Hatyaiā¦ada satu bro dari KL drive Honda CRV tetiba berhenti sebelah tanya jalan shortcut dan nak follow aku ke Hatyaiā¦aku iyakan saja sebab katanya dia rasa jauh sangat masa nak ke Krabi semalam. Sampai junction Patthalung aku stop dan sempat berborak..bagitau dengan dia jalan ni terus ke Hatyai sebab aku nak kena berhenti R&R dulu anak-anak semua memasing dah āfull tankā.
-9:30PM sampai Hatyai singgah di Kelantan Restaurant bebetul dekat Lee Gardensā¦rasa? AAA 560 Baht.
-Bawa anak-anak layan Gajah sambil hulurkan tebu dekat area Lee Gardens 100 Baht. Dan yang paling best lepas check in Florida Hotel 1000 Baht terus ke port massage, amik package Foot Massage setengah jam 200 Baht. Kalau ikutkan sejam tapi dah lewat kedai nak tutup dah.
-2:00AM Rest
TOTAL SPEND : Premium Outlet RM186, Minyak Thai RM63, Emerald Pool RM80, Dinner RM63, Tebu Gajah Rm11, Florida Hotel 1 night RM113, Foot Massage RM22 = RM538
Day 4 (2nd May 2016)-Tuesday
(HATYAI-PADANG BESAR-KANGAR-KODIANG-MEGAT DEWA-KUALA KEDAH-K.L) ā602KM TOTAL
-9:45AM Checkout Florida pegi breakfast & terus jenjalan kat Santisuk Market, macam-macam gajet ada. Tak beli apa sangat pun sebab ekonomi dah tak mengizinkan.
-12:00PM get ready nak balik dan masa ni minyak pun tak sempat dah nak lepas border Padang Besar so terpaksa isi lagi 600 baht. Drive 45 minit ke border PB.
-1:00PM chop passport & serah Custom Declaration kat border so wehuuu aku selamat kembali ke bumi Malaysia. Singgah lagi kat Padang Besar untuk tengok-tengok dan jamu mataā¦On the way balik aku lalu Kangar dan Kodiangā¦singgah lunch sebab dah lapar sangat sambal pekena nasi kuning lauk sotong.
-5:00PM Singgah kampung ziarah Abangā¦tak lama cuma 2 jam sebab terpaksa gerak ke K.L, esoknya dah nak kerja sempat bercerita sikit sebanyak bersama. Laluan kalini aku ikut Kuala Jerlun nak tunjuk pada anak-anak view sawah padi kat kampung tu.
-7:00PM berhenti nak pekena Laksa Teluk Kechaiā¦yang tak bestnya kuah dah pekat macam dulu apa pun layankan aja lahā¦dah datang.
-8:00PM masuk highway maka ada lagi 5-6 jam perjalanan aku sebelum sampai K.L
-2:00AM selamat sampai Alhamdulillah maka selesai sudah roadtrip aku kaliniā¦lama dah merancang cuma baru berkesempatan nak jengah.
SEKIAN.
TOTAL SPEND : Minyak Thai Shell RM68, Minyak Petronas PB RM68, Lunch Kodiang RM35, Laksa Teluk Kechai RM32, Tol AOR-KL RM 63.50 = RM203