Posts Tagged ‘Malaysia’

h1

Vlog – Gunung Tahan, Ada masa untukmu.

March 11, 2015

Salam,

Sebelum aku cerita bergambar mengenai siri adventure aku yang lain termasuk EBC yang belum habis-habis, aku attachkan di sini vlog ekspedisi 9 hari 5 malam menjelajah Puncak Tahan & menyusuri Sungai Tahan sehingga ke Air Terjun 4 Tingkat a.k.a 4 Steps Waterfall…Tak mudah & tak semudah disangka, bermacam halangan namun kami menempuhnya dengan sabar dan selamat sepanjang 9 hari tersebut…trip kelolaan Nature Explore diketuai Abang Sham & Kak Syida antara yang pertama & kini terciptalah memori baru buat kami…terima kasih jom kita layan vlog aku ni…

Info Trip :

“GUNUNG TAHAN & 4 STEPS WATERFALL”

-via Merapoh-Puncak Tahan-4 Steps Waterfall-Kuala Tahan [13-22hb. Febuari 2015]

-26 orang line up super power ultraman & ultragirl termasuk 2 guide
-9 hari 8 malam ekspedisi
-Jarak melebihi 110km
-Jam trek melebihi 72 jam
-Superb view
-Priceless experience
-Thousand of photos
Ekpedisi ‘of the year’ aku untuk tahun 2015, Jumpa kawan baru, pengalaman baru, pembelajaran baru dalam dunia pergunungan…terima kasih kawan-kawan yang memberikan dorongan.

Info & fakta pasal trip air terjun 4 steps:

1. tinggi melepasi 1000++meter dari aras laut…kalau dari kolam ke puncak anggaran aku ialah setinggi bangunan 30 tingkat.
2. perlu melintasi sungai bermacam kedalaman & arus sebanyak 42 kali pergi dan balik tidak termasuk dari kem teku ke kuala tahan sebanyak 8 kali.
3. dari kem teku dan balik semula mengambil masa 3 hari.
4. pesta pacat satu badan tidak termasuk tempat sulit.
5. terkena kepala air semasa on the way crossing terakhir turun ke camp site, sebelah malam o.t pulak tu.
6. semasa turun & o.t 5 orang terakhir iaitu, abg sham, azam, big, uncle bear & lisa mengalami detik cemas off track disebabkan paras air sungai tinggi.
7. camp site rebah disebabkan hujan hari kedua….untuk rekod tiada hujan sepanjang 9 hari trek kecuali semasa turun dari 4 steps.
8. kami adalah group pertama dalam rekod trek naik ke 4 steps dari merapoh-puncak tahan-4 steps-kuala tahan.
9. trip ke 4 steps adalah kategori rintis sebab trek lama sedikit lost disebabkan tumbuhan baru & balak tumbang selain hakisan.
10. boleh dikategorikan sebagai the lost world of tahan & purely animal kingdom kerana setiap 1-2 ratus meter akan ada tapak & najis gajah on trek.
11. ini yang tak boleh blah…’kami sudah ke 4 steps, anda bila lagii?’

 

h1

Travel masa lalu…-Tioman, Panuba Inn

February 13, 2013

Salam,

Kali ini aku ingin menceritakan berkenaan perjalanan travel aku selama ini yang masih belum dipublish atau diceritakan samada melalui wordpress atau lain-lain blog. jadi untuk entri ni aku pilih dulu Panuba inn, Pulau Tioman, Malaysia.

Untuk permulaan, travel 2 hari 2 malam bermula tengah malam dari K.L memasuki plus highway ke Air Hitam Johor seterusnya ke Mersing melalui jalan lama Kluang-Kahang-Jemaluang pada malam hari 1hb. 4 2011 dan tiba di jeti mersing sekitar jam 5 pagi.

Seperti biasa target aku kali ini setelah diselidik di internet aku memilih Panuba Inn sebagai tempat tujuan dan dari awal sudah pun menempah bilik tanpa sebarang bayaran deposit pun…mudah kan kalau macam ni?.. 🙂

Hampir dua jam menaiki feri ke destinasi dengan tambang RM70 pergi balik aku sampai di jeti Panuba dan satu ja impresi aku ketika itu…..hijauuunya air laut ituuu! rasa macam nak terjun teruss takyah salin baju bagai. apapun sabar kerana aku ada 2 hari kat sini jadi bergegas ke kaunter untuk checkin bilik dengan bayaran Rm85 sahaja semalam di bilik D-Belimbing dengan double bed berserta balkoni melangit view ke pantai…

Waktu berikutnya apa lagi kalau bukan bersnorkling berejam-rejam sekitar pantai Panuba yang bagi aku sangat privasi serta tak sesak dengan pengunjung…seronok meredah kesana-kemari menyaksikan karang serta ikan-ikan kecil serta besar didasar laut. nak tengok banyak ikan silalah snorkle sehingga ke jeti tu dan pasti anda akan jumpa segerombolan ikan besar yang pada satu ketika aku pula ketakutan nak pergi dekat….Yang aku tahu snorkle snorkle dan snorkle sampai hitam habis kulit yang dah sedia maklum sedikit hitam ni…Sampai esok pagi hingga ke tengahari pun aktiviti snorkle sahaja yang aku buat.. 🙂

Rasanya tak perlu bercerita panjang saksikanlah sendiri gambar-gambar yang sempat aku snap tempoh hari untuk tatapan mana tahu kalian berkeinginan sangat nak mencuba..tak rugi pun menikmati alam!

sebelum tu ini aku shortlist kan bajet untuk reference pada hampa yang berminat nak ke sini…

-travel by car kl-mersing via air hitam : tol rm32.40 + rm50 minyak
-feri bluewater express : rm70 return
-panuba inn per night : rm85 + breakfast & lunch
-snorkling gogles : rm15 sehari
-travel mersing-karak-kl : rm50 minyak + rm16.90 tol gambang-karak-kl
-misc : rm50

TOTAL : RM369.00…amacam bajet tak?

HAPD

"Breathtaking view dari balkoni"

“Breathtaking view dari balkoni”

“Jeti Panuba Inn”

"Diving Course antara yang menarik perhatian peminat scuba di sini...Bali Hai Divers"

“Diving Course antara yang menarik perhatian peminat scuba di sini…Bali Hai Divers”

"Diver baru balik diving"

“Diver baru balik diving”

"Panuba Inn private beach"

“Panuba Inn private beach”

"view dari balkoni yang pasti mengujakan"

“view dari balkoni yang pasti mengujakan”

"Antara view yang menarik di Panuba"

“Antara view yang menarik di Panuba”

"Menikmati..."

“Menikmati…”

"Ready to Dive"

“Ready to Dive”

"Untuk ke sini aku perlu menyusuri trail hutan hampir 500m dari Panuba Inn"

“Untuk ke sini aku perlu menyusuri trail hutan hampir 500m dari Panuba Inn”

"Monkey Beach...sangat sesuai untuk yang mementingkan privasi"

“Monkey Beach…sangat sesuai untuk yang mementingkan privasi”

"Segerombolan ikan"

“Segerombolan ikan”

h1

Pertama kali…Travelog selepas -Part 1

May 30, 2012

Salam,

Harini ini entry adalah berkenaan travelog aku yang pertama selepas blog ini mula dikeluarkan…perjalanan menuju ke sebuah pulau di hujung Borneo, Mabul.

Sebelum tu jam 10:30 malam kami sudah berangkat ke LCCT bagi mengelakkan tambang teksi mahal dan risau terlepas flight 7:15 pagi. 3 jam perjalanan mendarat di Sandakan termasuk perjalanan darat memandu 4 jam ke Lahad Datu dan 3 jam ke Tawau. Ini adalah sebahagian tentatif kami sebelum ke Mabul. Sangat memenatkan sehingga tidak perlu lama untuk lelapkan mata ketika check-in di bajet hotel pekan Tawau.

Ini adalah perjalanan kedua paling jauh aku memandu bersama saudara yg lain di sekitar Sabah selepas travelog ke Simpang Mengayau september tahun lalu. Apapun banyak pengalaman yang aku dapat dari travel ini.

Bersambung…

Salam

HAPD

h1

Kembara…Travelog menjadi minat yang mendalam.

May 25, 2012

Assalamualaikum….

Pertama kali harini aku cuba untuk memasukkan entry baru berkenaan perjalanan terkumpul hidup aku yang lalu dan yang akan datang. Umpama penulisan diary bertulis yang pernah seketika dulu aku buat di dalam buku kecil ketika sekolah, entry ini aku mulakan dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim. segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Maha mencipta dan Maha di atas segala-galanya.

Aku sebenarnya suka mengembara, mengambil foto, menghayati alam namun tidak pernah dalam hidup terfikir ingin berkongsi dengan sesiapa melalui blog atau sumber lain sebenarnya. Boleh dikatakan sejak tahun 1995 aku mula mengenal internet sehingga sekarang tidak terlintas untuk berbuat begitu. Namun semenjak setahun dua ini berbekalkan sedikit ilmu dalam fotografi minat untuk membina blog sendiri mula bercambah. Berbagai-bagai sumber inspirasi diperoleh di internet dan blog-blog online.

Gambar kenangan ketika backpack ke Langkawi tahun 1998.

Aku mula mengembara tak kira samada secara solo, bersama keluarga dan juga rakan-rakan bermula tahun 1998 (umur 20 tahun) ketika mula menjejahkan kaki di menara gading UITM Shah Alam. Ketika cuti semester aku mengembara (kick start) sebagai backpackers ke Langkawi bersama 2 orang sahabat bilik yang lain selama 4 hari. Semuanya melalui jalan darat dari Shah Alam ke Kuala Perlis. Dan seterusnya menaiki bot ke Langkawi.

Kami berkhemah di Pantai Chenang selama 3 malam berbekalkan makanan ringan termasuk sardin, meggi, keropok dan makanan lain. Semuanya dimasak sendiri. Ini pengalaman pertama aku sebagai pengembara. Walaupun hanya ke Langkawi namun pengalaman hidup begini memang tidak dilupakan sampai ke akhir hayat aku.

Sehingga tahun-tahun seterusnya aku mula menjejakkan menjelajah seluruh pelosok semenanjung Malaysia antaranya Mersing, Johor. selepas itu Kota Bharu, Kelantan. Dan banyak lagi yang aku rasa hampir lupa untuk disenaraikan.

Jadi bermula harini, InsyaAllah dengan kuasaNya aku akan cuba untuk mecatatkan travelog aku ini untuk tatapan diri sendiri dan juga mungkin akan menjadi rujukan rakan-rakan yang lain dimasa akan datang.

Salam,

HAPD

h1

Assalamualaikum salam sejahtera, salam satu dunia.

May 21, 2012

Dengan rasminya aku ingin memulakan karya kehidupan aku dalam bentuk fotografi, videologging, kembara dan blog. Ingin berkongsi pengalaman sepanjang hidup untuk kemudahan bersama dan juga sebagai catatan peribadi.

Salam.

HAPD

Dynafit Tromsø Skyrace

Pure skyrunning above the Arctic Circle

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

A Travel, Culture & Design Blogazine

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Through My Lens

... look, focus, click.! Some of my travel experiences, photography, fitness motivation, amusing life experience & food

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world

M.Khalid Ibrahim

soul . heart

IAN CORLESS

Photographer specialising in the world of Mountain, Ultra, Trail and Skyrunning.