Posts Tagged ‘backpackers’

h1

VLOG ANNAPURNA BASE CAMP 2013 -PART 1

June 10, 2014

Full version Part 1 vlog aku yang dah lama up di youtube tapi terlupa untuk share di blog…layan dulu kalau yang masih belum sementara aku menyiapkan catatan perjalanan trekking ke Gunung Mahameru, puncak tertinggi Tanah Jawa.

 

h1

VLOG – ANNAPURNA BASE CAMP 2013 -PART 1 Teaser

March 13, 2014

Salam,

Baru berkesempatan minggu lepas menyiapkan vlog part 1 untuk versi video…kalau ada kekurangan harap dimaafi…(*edited : sebenarnya ini adalah teaser)

h1

Persediaan & Tips Trekking Annapurna Sanctuary a.k.a ABC

July 27, 2013

Salam,

Tinggal 15 hari lagi trip solo ke Nepal akan tiba…persediaan dokumen perjalanan serta hal berkaitan sedikit demi sedikit berjalan lancar sepertimana yang aku rancang, rasa berdebar dan risau pun ada nak ke Nepal ni, dah la secara solo dah tu pulak nak pergi trekking lagi tu…bukan calang-calang tempat Annapurna Base Camp…fiiiuuuuh!

Bulan August adalah musim monsoon di Nepal dan ketika ini kebanyakkan trekkers agak kurang kerana mengikut kebiasaan peak season adalah antara november-december dan jugak mac-may yang mana waktu ini kawasan sekitar tempat trekking samada ABC, Lantang, ataupun EBC mempunyai langit yang sangat cerah dan kebiruan..dah nasib aku dapat tiket murah AA diwaktu monsoon apapun masih boleh trek cuma ianya bergantung pada nasib dan aku pernah tengok video dari youtube ada juga orang yang trek diwaktu monsoon dan view tidak menghampakan…jadi apa salahnya aku mencuba cuma persediaan trek ketika hujan sangat penting jugak tu..

Untuk setiap travel aku ke mana saja semua aku lakukan sendiri bak kata orang putih, I am independent traveler…padahal bukan nya ada duit sangat nak berpakej-pakej jadi tourist dan aku bukan dalam golongan tu…dengan cara ini lah aku nak jimat kan duit selagi boleh…antara bahan rujukan aku termasuklah bacaan dari blog dan jugak dari buku lonely planet…itupun download saja .pdf format tak mampu nak beli buku original yang beratus harga tu. maklumat dari lonely planet memang memuaskan hati aku bermula dari sampai airport sehinggalah cadangan aktiviti-aktiviti mengikut kemahuan kita. Semuanya aku kena buat sendiri dari A sampai Z…penat pun ada best pun ada.

Study lonely planet Nepal punya magazine, download pdf dari internet jimat $$$

Study lonely planet Nepal punya magazine, download pdf dari internet jimat $$$

Ok, kat sini aku nak terangkan sikit keperluan wajib sebelum korang atau sesapa yang folo blog aku yang berkeinginan sangat nak ke Nepal atas urusan trekking atau backpacking…ya lah kat Nepal apa lagi yang paling best selain trekking kan?…nak shopping kain-kain dan barang-barang outdoor pun banyak…tapak UNESCO pun berlambak-ambak ada cerita tersendiri macam durbar square, monkey temple and so on…kalau nak tahu korang google lah apa best kat Nepal tu…Syurga juga bagi peminat photoghrapher seluruh dunia termasuk landscape serta keunikan di setiap bandar utama Nepal seperti Kathmandu dan juga Pokhara.

Perkara pertama yang korang perlu ada adalah entry visa ke Nepal…apply saja di embassy Nepal kat Wisma MCA Jalan Ampang. Dibuka setiap hari waktu pejabat 9:30-4:30…sebelum tu nak memudahkan sila download form dari website dan isi beserta sekeping gambar ukuran pasport, salinan passport dan yuran sebanyak RM95.00 untuk visa selama 15 hari…kalau nak stay lagi lama kena bayar lebih lagi la mengikut jadual seperti didalam website embassy http://nepalembassy.com.my/en/index.html. Aku apply 2 minggu lepas, hantar di kaunter 1 dan collection di kaunter dua…settle dua hari saja sebelah pagi hantar dan untuk collection, esok dah  boleh ambik tapi harus diingat sebelah petang sahaja antara 2:30-4:30ptg…

Address Suite 13A.01, 13th A Floor, Wisma MCA,
163 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Office Tel No. 03-2164 5934
03-2164 9653
Fax No. 03-2164 8659
Email info@nepalembassy.com.my or khotange@gmail.com
Working Hour 09:00am to 05:00pm, Monday – Friday
01:00pm to 02:00pm (Lunch Break)
Document Submission 09:30am to 12:30pm
Document Collection 02:30pm to 04:30pm

Nepal embassy di wisma MCA

Nepal embassy di wisma MCA

Visa approved

Visa approved

Perkara kedua yang perlu korang ambik berat adalah travel insurance…dulu masa ke Hong Kong aku tak beli pun sebabnya aku tak ambik port sangat isu-isu kesihatan selain hal berkaitan kelewatan penerbangan atau jatuh sakit dan sebagainya…almaklumlah Hong Kong agak sedikit ke depan nak dibandingkan dengan Nepal tu. Kebersihan agak merisaukan di Nepal terutama bab makanan yang perlu diambil perhatian…jadi untuk ke Nepal aku dah beli travel insurans dari Etiqa Maybank dengan bayaran RM90 meliputi coverage selama 2 minggu aku di sana…risau jugak takut jadi apa-apa nanti solo pulak tu tadak siapa nak peduli nanti…semuanya aku apply online via maybank2u.com tak sampai 5 minit selesai.

Beli Insurans

Beli Insurans

Penginapan juga penting dah aku dah pun booked beberapa hotel murah dan bajet dan memang tak dinafikan penginapan di Kathmandu dan Pokhara memang murah sangat dibandingkan tempat-tempat negara lain yang korang pernah pergi…selagi boleh jimat kita akan jimat asalkan dapat lelapkan mata serta berehat pun dah cukup. aku rekomenkan pada korang yang nak book boleh ke booking.com, hostelworld dan juga agoda…ketiga-tiga site ni memang dah mencukupi untuk korang gugel search mencari tempat penginapan berbaloi dan murah serta mempunyai review yang boleh dirujuk…nak memudahkan pastikan tempat penginapan berdekatan dengan kawasan pelancong serta mempunyai access dengan public transport samada dari airport atau ke bandar-bandar sekitar nepal…aku pilih sekitar thamel road dan mmg banyak hotel dikawasan tersebut. rate teksi pun tidak mahal dari airport dalam lingkungan 10-20 ringgit sehala..kalau pandai nego lagi murah lagi bagus.

Antara list persediaan lain yang dah aku marked dan beli adalah memory card Sandisk Extreme 32GB untuk SLR aku tu…walaupun dah ada 16GB masih tak mencukupi dan memang perlu untuk tujuan backup ataupun overflow…besar kemungkinsn video pun akan banyak nanti.

Untuk peralatan trekking InsyAllah tak perlu banyak pun, cukuplah tshirt dryfit, long pants, kasut trek, sleeping bag, down jacket, thermal shirt, stocking fast dry, head lamp, polarized sunglasses…equipment ni semua akan aku beli nanti di Kathmandu kerana kat sana barang-barang trek murah gila nak banding dengan yang dijual kat negara kita ni…apapun bergantung kepada gred jugak dan boleh dikatakan quality yang amat memuaskan.

Perubatan atau aid kit juga tak boleh dilupakan dan itu memang termasuk dalam list compulsory korang yang kena ada untuk trek di Nepal…antara yang penting termasuk water purification tablet, panadol, minyak panas, ubat luka, minyak kapak dan yang berkaitan. Lagi penting dari tu adalah pil AMS (accute mountain sickness) dan ianya sangat bahaya…pil ni kena beli kat Nepal sebabnya kat Malaysia kita jarang dijual.

Harus diingat, nak trek di Nepal pun kena ada permit dan permit ni ada dua iaitu TIMS & ACAP, TIMS adalah Trekkers Information Management System manakala ACAP adalah Annapurna Conservation Are Project yang perlu kita bayar jika ingin trekking di Nepal…kalau tak bayar tak boleh masuk ke kawasan trek kerana disetiap pintu masuk trail head terdapat pegawai yang akan menjaga dan menahan para trekker serta memeriksa dokumen sebelum membenarkan meneruskan perjalanan. lagipun ini untuk memudahkan mereka mengesan sekiranya berlaku kejadian para trekker tidak melaporkan diri mengikut jadual dan disyaki dalam bahaya…senang mereka mengadakan misi mencari dan menyelamat. permit ni boleh apply nanti di Nepal Tourism Board di Kathmandu ataupun melalui Trekking Agencies yang berdaftar sekitar Kathmandu dan Pokhara.

image
image

Peralatan lain yang perlu dan sangat sesuai yang korng ada adalah GPS, aku gunakan jam Suunto Ambit untuk membantu aku jika sesat nanti dan trek laluan trekking aku juga telah aku imnport ke dalam jam Suunto ni untuk membantu navigation aku nanti sekiranya tersesat selain aku akan buat log untuk trekking 9-10 hari ni..

gps route yang aku set dalam Suunto Ambit

gps route yang aku set dalam Suunto Ambit

Ok lah setakat ini dulu beberapa tips dan perancangan yang telah aku buat untuk persediaan aku ke Annapurna, Nepal…diharap semuanya berjalan dengan lancar nanti.

Salam,

HAPD

h1

Febuari hingga ke Julai 2013…pemalas update!

July 2, 2013

Salam,

….tak tahu macam mana nak mula dan recycle balik event, aktiviti & race selama 5 bulan ni, selama yang aku tahu pengalaman baru sangat banyak dan manis untuk diingati dan untuk update blog ni bukan perkara yang mudah untuk aku…malass dan malass…malu sungguh orang nak blog dia nak blog, orang nak vlog dia nak vlog. apapun seriously aku memang suka berblogging dan sepanjang 5 bulan ni sentiasa aku ingat bila nak login dan update.

Nahhh, harini dah jadi sejarah aku kembali login and please welcome me back!…antara log yang akan aku buat termasuk race Brooks Half Marathon, Makna’s Founders Run & Mount Berembun Challenge pada bulan March. KL 10K Rodrace & Xterra Malaysia on April, paling best untuk 5 bulan tu adalah Trekking Mount Kinabalu dan KL Tower Run pada bulan May, manakala June juga penuh dengan aktiviti running terutama trail running termasuk, Mount Jerai International Challenge, Mount Stong International Challenge serta Standard Chartered KL Marathon(organizer postponed ke 1 September disebabkan jerebu melanda KL sejak 3 minggu yang lalu sehingga diiystihar darurat dibeberapa kawasan selatan semenanjung).

Sehingga harini aku tengah prepare beberapa hal berkaitan trip besar solo aku selepas raya nanti. trip kedua selepas Hong Kong november tahun lalu dan kini sekali lagi ‘away from home’ untuk aktiviti trek ke Nepal. so far preparation agak tersusun dan aku dah draft trekking route dan paling penting permulaan mendapatkan visa di kedutaan Nepal Jalan Ampang. Doakan aku….

…gambar di bawah adalah event trekking Gunung Kinabalu awal May yang lalu.

'at top of highest south east asia mountain'

‘at top of highest south east asia mountain’

'memulakan trek dari mensilau'

‘memulakan trek dari mensilau’

'trekking buddy dari ORA'

‘trekking buddy dari ORA’

'sillouhete dari laban rata'

‘sillouhete dari laban rata’

'milky way, subhanAllah'

‘milky way, subhanAllah’

'view alexandra peak @4003m '

‘view alexandra peak @4003m ‘

'view st. johns peak @4091m '

‘view st. johns peak @4091m ‘

'view south peak @3922m '

‘view south peak @3922m ‘

h1

Travel masa lalu…-Tioman, Panuba Inn

February 13, 2013

Salam,

Kali ini aku ingin menceritakan berkenaan perjalanan travel aku selama ini yang masih belum dipublish atau diceritakan samada melalui wordpress atau lain-lain blog. jadi untuk entri ni aku pilih dulu Panuba inn, Pulau Tioman, Malaysia.

Untuk permulaan, travel 2 hari 2 malam bermula tengah malam dari K.L memasuki plus highway ke Air Hitam Johor seterusnya ke Mersing melalui jalan lama Kluang-Kahang-Jemaluang pada malam hari 1hb. 4 2011 dan tiba di jeti mersing sekitar jam 5 pagi.

Seperti biasa target aku kali ini setelah diselidik di internet aku memilih Panuba Inn sebagai tempat tujuan dan dari awal sudah pun menempah bilik tanpa sebarang bayaran deposit pun…mudah kan kalau macam ni?.. 🙂

Hampir dua jam menaiki feri ke destinasi dengan tambang RM70 pergi balik aku sampai di jeti Panuba dan satu ja impresi aku ketika itu…..hijauuunya air laut ituuu! rasa macam nak terjun teruss takyah salin baju bagai. apapun sabar kerana aku ada 2 hari kat sini jadi bergegas ke kaunter untuk checkin bilik dengan bayaran Rm85 sahaja semalam di bilik D-Belimbing dengan double bed berserta balkoni melangit view ke pantai…

Waktu berikutnya apa lagi kalau bukan bersnorkling berejam-rejam sekitar pantai Panuba yang bagi aku sangat privasi serta tak sesak dengan pengunjung…seronok meredah kesana-kemari menyaksikan karang serta ikan-ikan kecil serta besar didasar laut. nak tengok banyak ikan silalah snorkle sehingga ke jeti tu dan pasti anda akan jumpa segerombolan ikan besar yang pada satu ketika aku pula ketakutan nak pergi dekat….Yang aku tahu snorkle snorkle dan snorkle sampai hitam habis kulit yang dah sedia maklum sedikit hitam ni…Sampai esok pagi hingga ke tengahari pun aktiviti snorkle sahaja yang aku buat.. 🙂

Rasanya tak perlu bercerita panjang saksikanlah sendiri gambar-gambar yang sempat aku snap tempoh hari untuk tatapan mana tahu kalian berkeinginan sangat nak mencuba..tak rugi pun menikmati alam!

sebelum tu ini aku shortlist kan bajet untuk reference pada hampa yang berminat nak ke sini…

-travel by car kl-mersing via air hitam : tol rm32.40 + rm50 minyak
-feri bluewater express : rm70 return
-panuba inn per night : rm85 + breakfast & lunch
-snorkling gogles : rm15 sehari
-travel mersing-karak-kl : rm50 minyak + rm16.90 tol gambang-karak-kl
-misc : rm50

TOTAL : RM369.00…amacam bajet tak?

HAPD

"Breathtaking view dari balkoni"

“Breathtaking view dari balkoni”

“Jeti Panuba Inn”

"Diving Course antara yang menarik perhatian peminat scuba di sini...Bali Hai Divers"

“Diving Course antara yang menarik perhatian peminat scuba di sini…Bali Hai Divers”

"Diver baru balik diving"

“Diver baru balik diving”

"Panuba Inn private beach"

“Panuba Inn private beach”

"view dari balkoni yang pasti mengujakan"

“view dari balkoni yang pasti mengujakan”

"Antara view yang menarik di Panuba"

“Antara view yang menarik di Panuba”

"Menikmati..."

“Menikmati…”

"Ready to Dive"

“Ready to Dive”

"Untuk ke sini aku perlu menyusuri trail hutan hampir 500m dari Panuba Inn"

“Untuk ke sini aku perlu menyusuri trail hutan hampir 500m dari Panuba Inn”

"Monkey Beach...sangat sesuai untuk yang mementingkan privasi"

“Monkey Beach…sangat sesuai untuk yang mementingkan privasi”

"Segerombolan ikan"

“Segerombolan ikan”

h1

Videolog…Solo backpack to Hong Kong.

January 18, 2013

Salam,

Kalini aku nak attach videolog solo tempoh hari…enjoy geng!

Salam,

HAPD

h1

Solo Backpack ke Hong Kong dan Macau…Dari Mata Aku.

November 28, 2012
Hong Kong dimalam hari..

Hong Kong dimalam hari..

aku..pertama kali berbackpack jauh independently

aku..pertama kali berbackpack jauh independently

Salam,

Jika 24-28hb Oktober yang lalu bersempena Aidiladha aku ke Negara Brunei tapi kali ini pula terbang menuju ke kota Hong Kong & Macau bergerak secara solo antara berani atau tidak. Ya impian aku sekian lama ingin bergerak solo melihat dunia luar selain Malaysia tercinta. Alhamdulillah akan aku coretkan tips dan rentetan perjalanan ketat ke sana dari 10-15hb November yang lalu untuk tatapan malah boleh menjadi rujukan buat semua.

Untuk memudahkan ini aku attachkan list itinerary aku sepanjang berbackpack 5 hari ke Hong Kong.

DAY 1 (SATURDAY 10th nov 2012)

11:30 lrt to kl sentral…

12:15 menunggu aerobus rm8 ke lcct.

1:30 sampai ke lcct dan perkara pertama buat adalah menimbang luggage serta check status flight. Dah open di R18. Mkn dulu di merrybrown masih ada 3 jam before depature. Selagi boleh save makan pun x order air…mineral masih ada.

2:30 masuk depature hall alhamdulillah sehingga kini flight mengikut jadual.

5:00 missed flight atas kesilapan staf atau nak senang pak gad entrance sebab allow aku masuk ke boarding hall tanpa tengok gate mana yang perlu masuk…walaupun dan ada notice di depature board R18 tapi masih tak betul..wtf!…AA replace new tix tapi flight esok pagi…isunya mudah dan aku malas nak terangkan secara detail kesilapan bodoh itu.

6:25 clear imegresen dan melepak kat luar dulu sehingga esok.

*Agak frust missed flight ni, rugi masa di buang kat airport berbanding sepatutnya di hk.

Kos : untuk harini saja kat airport… lunch merrybrown =rm9 cable usb =rm30(lupa bawak) twist cone =rm1.80 ticket bus =rm8 ticket lrt =rm2.2

Akibat mengantuk tidur saja berlapikkan paper tapi sebelum tu revised itinerary untuk 2nd day. Sempat terlelap tidur ayam walaupun sejuk. Harapnya perjalanan lancar dan itinerary baru dapat digunakan sepenuhnya.

'hari pertama sampai airport terus ke ngong ping village di lantau island..naik crystal cabin'

‘hari pertama sampai airport terus ke ngong ping village di lantau island’

'antara scenery yang memukau hati aku'

‘antara scenery yang memukau hati aku’

'kelihatan big budha dari kejauhan...statue budha terbesar dunia dibuat dari tembaga setinggi 34 meter & seberat 250 tan'

‘kelihatan big budha dari kejauhan…statue budha terbesar dunia dibuat dari tembaga setinggi 34 meter & seberat 250 tan’

'po lin monastery..salah satu structure temple yang unik di lantau island'

‘po lin monastery..salah satu structure temple yang unik di lantau island’

DAY 2 (SUNDAY 11th nov 2012)
4:50 bangun untuk bersedia checkin di gate Y1 dan solat subuh. Moment paling best dpt menyaksikan sinaran bulan sabit ketika kaki melangkah ke flight. Ada hikmah disebalik kejadian terlepas flight aku semalam. Syukur.

10:00 landing n chop imigresen terus ke counter mrt beli octopus card hkd150..ambik bus S1 ke tung chung…

11:00 beratur panjang hampir satu jam setengah menunggu ngong ping cable car di lantau island…entrance fee hkd168

1:00 sempat menaiki cable car 25min perjalanan…sepanjang perjalanan disajikan panorama indah hk airport dan pergunungan yang aku rasa sangat best jika dapat trekk di situ..kelihatan ramai juga trekkers sedang naik…ronda sampai big buddha then turun jam 2:00…

2:30 masuk citygate outlet..ronda tengok columbia sale..memang orang hong kong banyak pakai columbia..:)

3:10 bergerak ke disneyland..entrance fee hkd399…mrt to sunny bay hkd12..

*Enjoy dalam disneyland antara yang best teater sinba, roller coaster, jungle boat safari dan fireworks.

8:45 gerak ke tsim tsa tsui…mtr dari disneyland, sunny bay, lai king dan last pit stop tsim tsa tsui hkd17.90

10:00 lepas mandii turun level bwh makan beriyani turkish di kedai halal hkd43

12:00…tidor ngantuk sangat

Kos : octopus card hkd150…ngong ping cable car entrance fee hkd168…disneyland entrance fee hkd399…mrt hkd12…mrt ke kowloon hk17.90…nasi beriyani turkish hkd43

'destinasi pertama hari kedua, Ocean Park'

‘destinasi pertama hari kedua, Ocean Park’

'perkara pertama lepas masuk snap gamba sendiri dengan bantuan tourist..maklumla solo traveler'

‘perkara pertama lepas masuk snap gamba sendiri dengan bantuan tourist..maklumla solo traveler’

'antara big aqua yang terdapat di op'

‘antara big aqua yang terdapat di op’

'area old hong kong ni memang unik'

‘area old hong kong ni memang unik’

DAY 3 (MONDAY 12th nov 2012)

7:45 bangun n fresh lega dari letih semalam…mandi dan charge bat camera..jap lagi nak shoot.

9:00 layan street nathan road. terus ambik mtr ke admiral dan ambik exit B..naik citybus route 629 ke ocean park…etrance fee hkd280 termasuk bus tix dari admiral ke op.

10:00 entrance gate open main sampai muntahhh

5:00 penat letih bermain dan berjalan time to go the peak pulak…naik bus return ke admiral station

3:35 sedang di kaunter tram untuk naik ke the peak…tiket hkd65 dan sangat teruja nak view hong kong dari atas…sampai dalam masa 15 min sahaja..perut pun lapar…mengisi perut dgn snickers n mineral water hkd22

4:30 layan trail lugard road jauh gila..kat sini aku stay sehingga malam sebab nak shoot antara landscape paling indah di hongkong…hampir cover 95% kawasan sekitar…time berjalan tu sakit lutut tapi berbaloi dapat view kota hong kong…tergamam dibuatnya. sambung melepak di the peak jam 7:30 malam sementara menunggu symphony of light jam 8:00…ketika di the peak aku berkenalan dengan 1 keluarga cina bersama sorang anak dari wangsa maju…mereka dah 3 hari di hk dan bari saja balik dari macau selama 2 hari di sana…tak kisah sebab trip sampai 7 hari semuanya tak macam aku 5 hari saja lagipun missed flight lagi.

8:45 turun ke bawah menaiki tram…berjalan sepanjang stesen tram menuju ke terminal ferry…naik ferry ke tsim tsa tsui sambil shoot nightscape hong kong island..terus jalan sehingga ke arena of stars…penat dah kaki masuk stesen mrt east jalan kaki hingga isquare

11:00..sampai chung king mansion..singgah kedai turkish untuk makan. nasi putih dengan kari ayam 3 ketul tak terkata banyaknya..hkd65.

Kos : ocean park etrance fee hkd280…the peak tram dan sky terrace package hkd65…snickers dan mineral water hkd22…dinner hkd65

DAY 4 (TUESDAY 13th nov 2012)
Prepare nak ke macau…

8:30 turun ke tempat dinner smlm sarapan roti canai + teh tarik..hkd35. Gerak ke china ferry terminal melalui kowloon park…dalam masa yang sama aku rasa berjalan paling laju namun orang hk lagi laju memotong aku..hairann.

10:00 selesai beli tiket hkd151 dan urusan imegresen cotaijet to macau outer harbour ferry terminal ready to depart.

11:00 satu hari berpusing di grand lisboa sbb dari terminal naik shuttle bus ke situ..sampai ja sgt impress dengan casino kat situ..then ronda sekitar wynn dan science museum..taman macau dan kembli ke lisboa..lepas tu ke senado square berjalan lagi.

4:00 ke the venetian, the canal n hard rock macau..sempat aku beli tshirt macau hkd299..shoot scape mlm then masuk ke venetian entrance.

7:00 ke bus depot naik shuttle ke fery terminal..kalau tadi cotaijet kalini turbojet…depart time 8:00 sampai kowloon jam 9.

9:30 berjalan kaki ke mrt terus ke ladies market sempat beli fridge magnet untuk kenangan.

11:00 return to hostel by mrt then mkn nasi briyani ayam hkd45

kos : breakfast roti canai & teh tarik hkd35…cotaijet ferry hk-macau hkd151…hrc tshirt hkd299…turbojet macau-hk hkd179..magnet fridge hkd30…dinner nasi beriyani hkd45

"antara bangunan kebangaan orang macau & china...the grand lisboa pusat perjudian terbesar macau"

“antara bangunan kebangaan orang macau & china…the grand lisboa pusat perjudian terbesar macau”

'sculpture yang sungguh unik termasuk stainless steel dan juga gelas hijau'

‘sculpture yang sungguh unik termasuk stainless steel dan juga gelas hijau’

'facade grand lisboa casino'

‘facade grand lisboa casino’

Aku...berdiri dihadapan st. paul ruin...salah satu gereja peninggalan portugal di Macau.

Aku…berdiri dihadapan st. paul ruin…salah satu gereja peninggalan portugal di Macau.

DAY 5 (WEDNESDAY 14th nov 2012)
8:00 wakeup n packing

10:30 breakfast kat tmpt biasa..capati pulak dgn tea…hkd45

11:00 ronda area museum dan naik wan chai ferry ke hong kong island…naik tram ke causeway bay dan patah balik ke central…perjalanan yg best..hkd2.30/ride x 2.

1:20 naik ferry ke tsim tsa tsui. hkd3.60/ride x 2.

2:00 naik bas A21 dkt ckm ke airport..babai hk..will missed this city..Flight delay dari 4:45 ke 7:15…shopping disneyland scaft gift untuk aryisha hkd229

6:00 masuk ke gate 46 for departure…pengalaman solo backpack yg tak dilupakan.

‘view dari menara Ocean Park…jika ada masa ingin berada di sini lebih lama..scenery yang bestt!’

‘ini aku…menyaksikan keindahan landscape Macau’

‘city of dreams…shot malam di Macau’

‘the venetian Macau…view dari street market’

"the grand canal"

‘the grand canal’

…bersambung

h1

Kembara…Travelog menjadi minat yang mendalam.

May 25, 2012

Assalamualaikum….

Pertama kali harini aku cuba untuk memasukkan entry baru berkenaan perjalanan terkumpul hidup aku yang lalu dan yang akan datang. Umpama penulisan diary bertulis yang pernah seketika dulu aku buat di dalam buku kecil ketika sekolah, entry ini aku mulakan dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim. segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Maha mencipta dan Maha di atas segala-galanya.

Aku sebenarnya suka mengembara, mengambil foto, menghayati alam namun tidak pernah dalam hidup terfikir ingin berkongsi dengan sesiapa melalui blog atau sumber lain sebenarnya. Boleh dikatakan sejak tahun 1995 aku mula mengenal internet sehingga sekarang tidak terlintas untuk berbuat begitu. Namun semenjak setahun dua ini berbekalkan sedikit ilmu dalam fotografi minat untuk membina blog sendiri mula bercambah. Berbagai-bagai sumber inspirasi diperoleh di internet dan blog-blog online.

Gambar kenangan ketika backpack ke Langkawi tahun 1998.

Aku mula mengembara tak kira samada secara solo, bersama keluarga dan juga rakan-rakan bermula tahun 1998 (umur 20 tahun) ketika mula menjejahkan kaki di menara gading UITM Shah Alam. Ketika cuti semester aku mengembara (kick start) sebagai backpackers ke Langkawi bersama 2 orang sahabat bilik yang lain selama 4 hari. Semuanya melalui jalan darat dari Shah Alam ke Kuala Perlis. Dan seterusnya menaiki bot ke Langkawi.

Kami berkhemah di Pantai Chenang selama 3 malam berbekalkan makanan ringan termasuk sardin, meggi, keropok dan makanan lain. Semuanya dimasak sendiri. Ini pengalaman pertama aku sebagai pengembara. Walaupun hanya ke Langkawi namun pengalaman hidup begini memang tidak dilupakan sampai ke akhir hayat aku.

Sehingga tahun-tahun seterusnya aku mula menjejakkan menjelajah seluruh pelosok semenanjung Malaysia antaranya Mersing, Johor. selepas itu Kota Bharu, Kelantan. Dan banyak lagi yang aku rasa hampir lupa untuk disenaraikan.

Jadi bermula harini, InsyaAllah dengan kuasaNya aku akan cuba untuk mecatatkan travelog aku ini untuk tatapan diri sendiri dan juga mungkin akan menjadi rujukan rakan-rakan yang lain dimasa akan datang.

Salam,

HAPD

Dynafit Tromsø Skyrace

Pure skyrunning above the Arctic Circle

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

A Travel, Culture & Design Blogazine

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Through My Lens

... look, focus, click.! Some of my travel experiences, photography, fitness motivation, amusing life experience & food

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world

M.Khalid Ibrahim

soul . heart

IAN CORLESS

Photographer specialising in the world of Mountain, Ultra, Trail and Skyrunning.