Posts Tagged ‘dive lodge’

h1

Travel masa lalu…-Tioman, Panuba Inn

February 13, 2013

Salam,

Kali ini aku ingin menceritakan berkenaan perjalanan travel aku selama ini yang masih belum dipublish atau diceritakan samada melalui wordpress atau lain-lain blog. jadi untuk entri ni aku pilih dulu Panuba inn, Pulau Tioman, Malaysia.

Untuk permulaan, travel 2 hari 2 malam bermula tengah malam dari K.L memasuki plus highway ke Air Hitam Johor seterusnya ke Mersing melalui jalan lama Kluang-Kahang-Jemaluang pada malam hari 1hb. 4 2011 dan tiba di jeti mersing sekitar jam 5 pagi.

Seperti biasa target aku kali ini setelah diselidik di internet aku memilih Panuba Inn sebagai tempat tujuan dan dari awal sudah pun menempah bilik tanpa sebarang bayaran deposit pun…mudah kan kalau macam ni?.. 🙂

Hampir dua jam menaiki feri ke destinasi dengan tambang RM70 pergi balik aku sampai di jeti Panuba dan satu ja impresi aku ketika itu…..hijauuunya air laut ituuu! rasa macam nak terjun teruss takyah salin baju bagai. apapun sabar kerana aku ada 2 hari kat sini jadi bergegas ke kaunter untuk checkin bilik dengan bayaran Rm85 sahaja semalam di bilik D-Belimbing dengan double bed berserta balkoni melangit view ke pantai…

Waktu berikutnya apa lagi kalau bukan bersnorkling berejam-rejam sekitar pantai Panuba yang bagi aku sangat privasi serta tak sesak dengan pengunjung…seronok meredah kesana-kemari menyaksikan karang serta ikan-ikan kecil serta besar didasar laut. nak tengok banyak ikan silalah snorkle sehingga ke jeti tu dan pasti anda akan jumpa segerombolan ikan besar yang pada satu ketika aku pula ketakutan nak pergi dekat….Yang aku tahu snorkle snorkle dan snorkle sampai hitam habis kulit yang dah sedia maklum sedikit hitam ni…Sampai esok pagi hingga ke tengahari pun aktiviti snorkle sahaja yang aku buat.. 🙂

Rasanya tak perlu bercerita panjang saksikanlah sendiri gambar-gambar yang sempat aku snap tempoh hari untuk tatapan mana tahu kalian berkeinginan sangat nak mencuba..tak rugi pun menikmati alam!

sebelum tu ini aku shortlist kan bajet untuk reference pada hampa yang berminat nak ke sini…

-travel by car kl-mersing via air hitam : tol rm32.40 + rm50 minyak
-feri bluewater express : rm70 return
-panuba inn per night : rm85 + breakfast & lunch
-snorkling gogles : rm15 sehari
-travel mersing-karak-kl : rm50 minyak + rm16.90 tol gambang-karak-kl
-misc : rm50

TOTAL : RM369.00…amacam bajet tak?

HAPD

"Breathtaking view dari balkoni"

“Breathtaking view dari balkoni”

“Jeti Panuba Inn”

"Diving Course antara yang menarik perhatian peminat scuba di sini...Bali Hai Divers"

“Diving Course antara yang menarik perhatian peminat scuba di sini…Bali Hai Divers”

"Diver baru balik diving"

“Diver baru balik diving”

"Panuba Inn private beach"

“Panuba Inn private beach”

"view dari balkoni yang pasti mengujakan"

“view dari balkoni yang pasti mengujakan”

"Antara view yang menarik di Panuba"

“Antara view yang menarik di Panuba”

"Menikmati..."

“Menikmati…”

"Ready to Dive"

“Ready to Dive”

"Untuk ke sini aku perlu menyusuri trail hutan hampir 500m dari Panuba Inn"

“Untuk ke sini aku perlu menyusuri trail hutan hampir 500m dari Panuba Inn”

"Monkey Beach...sangat sesuai untuk yang mementingkan privasi"

“Monkey Beach…sangat sesuai untuk yang mementingkan privasi”

"Segerombolan ikan"

“Segerombolan ikan”

Advertisements
h1

Pertama kali…Travelog selepas -Part 3

June 9, 2012

sambungan dari part 2…

Salam,

Hari ke-2 di Pulau Mabul, seawal jam 5;30 pagi aku sudah bangun. Bersolat subuh serta dengan bersegera meneliti jendela untuk melihat keindahan awal pagi. Memang dijangkakan suasana nyaman berangin serta kelihatan mentari pagi menyinarkan cahayanya. Aku bersama seorang lagi saudaraku sempat bergambar di hadapan chalet kami sebelum bersedia untuk menjelajah kawasan pulau.

“Tiada kata dapat menggambarkan ketenangan ini”

“Uncle Chang’s Dive and Lodge”

“Live band yang sedang membuat soundcheck, band yang sangat bagus”

Sebagai seorang fotografer amatur dalam bidang fotografi peluang begini memang tak dilepaskan. Peralatan digalas ke jeti perkampungan dan hasilnya memuaskan aku. Dari jeti sehingga masuk ke perkampungan orang tempatan menyaksikan pelbagai aktiviti kanak-kanak bermain, membaiki rumah, kanak-kanak berjudi & ibu-ibu memasak dan mencuci. Aku rakamkan satu demi satu walau dengam masa yang semakin terhad kenangan sebegini tak akan dilepaskan.

“Anak ini berkeliaran menjual seekor ikan hasil tangkapan”

“Meminta gambar mereka diambil”

Meredah di dalam kawasan kampung adalah yang paling menarik minat aku terutama menyaksikan kanak-kanak kecil bermain tidak berpakaian…terkenang akan zaman kecil ku dulu. Malah ada diantara mereka tanpa segan silu memberi senyuman ketika perilaku mereka dirakamkan. Bagi para ibu-ibu kelibat aku tak dihiraukan langsung malah hanya tersenyum dengan kehadiran aku.

“Sumber air dari dalam tanah, lihatlah kesungguhan mereka”

Hampir 2 jam menjelajah tiba masanya untuk kembali ke chalet untuk bersarapan dan bersedia untuk meninggalkan bumi Mabul. Tepat jam 11 pagi bot aku dah bersedia berlepas ke jeti semporna. Sempat juga merakam aktiviti berjual beli ketam & ikan oleh orang-orang kampung bersama penginap UCDL. Mereka membeli dengan harga yang murah dan meminta UCDL untuk memasak  dan mengenakan sedikit bayaran. Memang berpuas hati bila melihat hasil tangkapan yang segar dan masih hidup kemudian dimasak.

“Menjual hasil tangkapan dengan harga yang murah”

Walaupun sudah sampai di jeti Semporna namun perjalanan aku masih jauh. Perjalanan menuju ke Bongawan, Papar dari Semporna dianggarkan masih berbaki sejauh 620km melalui jalan darat dan jangkaan aku memang tepat. Memandu selama 13 jam melalui bandar Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Tuaran, Kota Konabalu, Papar dan Bongawan memang memenatkan namun aku gembira dengan semua ini. Kata orang jauh perjalanan luas pengalaman.

“Laluan Memandu Semporna-Bongawan”

Di Bongawan, aku tinggal beberapa hari sebelum berangkat ke Kuala Lumpur setelah menghabiskan cuti seminggu bersama keluarga sebelah isteri di sana. Banyak juga pengalaman lain yang mungkin akan dikongsikan sementara di kampung antaranya menyaksikan Monyet Proboscis dan jelajah Perkampungan Terapung Tanjung Aru & ke Pulau Mamutik serta Street Photog sekitar Kota Kinabalu.

Salam,

HAPD

h1

Pertama kali…Travelog selepas -Part 2

June 7, 2012

sambungan dari Part 1…

Salam,

Mabul, sebahagian dari puluhan pulau yang menjadi syurga peminat scuba dan snorkeling. Perjalanan aku ke sini singgah di bandar Tawau bandar paling hujung pelusuk Sabah. Bermalam di hotel bajet dan keesokannya selepas solat subuh aku menghampiri jendela hotel mendapati bandar ini baru sahaja dihujani hujan namun sudah renyai.

“Syurga makanan bagi kucing-kucing”

Berbekalkan DSLR ditangan aku menjengah tanpa haluan sekitar pekan Tawau hanya berjalan kaki. Mencari sesuatu yang boleh aku rakamkan sebagai kenangan pulang ke KL. Konsep fotografi jalanan aku amalkan dengan menangkap apa sahaja di haluan sehingga aku tiba di sebuah bangunan besar tertulis Pasar Besar Tawau & Pasar Ikan Tawau. Aku pasti ini tempat yang paling sesuai untuk merakam kesibukan awal pagi penduduk sekitar Tawau hari ini. Bahagian yang menjadi perhatian aku adalah jeti menurunkan ikan di Pasar Ikan Tawau. Sangat mengujakan sehingga aku terlupa hampir 2 jam berada di situ bergambar aktiviti bot berlabuh serta berbual dengan pelbagai golongan dari pemborong, kelasi bot, awak-awak bot dan peniaga kecil yang menjual air minuman & kuih. Kebanyakan hasil adalah dari kawasan Pulau Mabul kata mereka kerana kawasan sekitar pulau yang memang dipenuhi dengan ikan pelbagai jenis termasuk jerung hammerhead. Sangat mengujakan aku. Selepas itu, sempat juga aku meronda kawasan sekitar Pasar Gantung, pasar yang menjual pakaian-pakaian murah untuk dibeli buat kenangan.

“Awak-Awak bersama hasil tangkapan”

“Peniaga kecil sekitar Pasar Ikan Tawau”

“Awak-awak bot memunggah hasil tangkapan”

“Penangkap udang”

Aktiviti seterusnya berkemas, checkout & berangkat ke Semporna setelah hampir memasuki 12 tengah hari memandangkan aku perlu checkin namelist untuk ke Mabul di Uncle Chang’s Dive Lodge. Jika diikutkan itinerary adalah menaiki bot pada pukul 7:30 pagi. Memandangkan aku ingin merasai pengalaman berada di Tawau hasrat terpaksa ditunda ke pukul 3:30 ptg. Perjalanan selama 1 jam sampai di pelabuhan Semporna dengan keadaan cuaca yang amat baik. Aku bersama keluarga yang lain terus ke kaunter Dragon Inn Floating Hotel untuk checkin manakala aku sendiri bersama seorang lagi saudara bersiap mengisi borang perjalanan ke Mabul. Ingin dinasihatkan jika rakan-rakan yang ingin ke Pulau Mabul sila dapatkan bot seawal pagi kerana masa yang terluang nanti akan lebih banyak di pulau dan ini akan memaksimakan pengalaman kita ketika berada di sana nanti.

“Aku…perjalanan menuju Mabul”

“Lunjuranku seadanya ingin menikmati dunia”

 

Aku menaiki bot selama 1 jam ke Pulau Mabul. Pulau yang menjadi idaman aku ketika dulu namun baru kali ini berkesempatan. Checkin di UCDL dan ketika berlabuh jam menunjukkan hampir 6 petang. Matahari pun hampir kekuningan menandakan sunset hampir tiba dan memang menjadi kesukaan dan target aku untuk shoot foto landscape dan perlu sampai ke pulau sebelum gelap. Sempat juga beberapa keping walaupun ketika itu perut lapar dan waktu hi-tea pun dah hampir tamat.

Ketika jam menunjukkan 7 malam pintu bilik aku diketuk “dinner time, dinner time”. tanpa berlengah bersegera menjamu hidangan buffet UCDL dengan agak lapar sekali. Sempat berbual dengan beberapa tetamu lain menceritakan pengalaman hari pertama masing-masing berada di Pulau Mabul. Dengan yakin aku katakan memori ini memang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Walaupun baru 3 jam berada di sini hati sudah mula bertaut dengan keadaan air laut yang sangat jernih, penduduk & suasana di Pulau Mabul ini. SubhanAllah.

Lewat malam, kami dihiburkan dengan persembahan live band dari UCDL sendiri, sebahagian dari mereka adalah pekerja disitu dan tak hairanlah pada waktu siang mereka sibuk dengan memandu bot, memunggah kelengkapan menyelam dan sebagainya. Setibanya malam mereka terkenal dengan persembahan live yang sangat memukau. Lagu-lagu tempatan Sabah antaranya Jambatan Tamparuli, Anak Kampung memang sangat popular…kesemua penginap di UCDL sangat enjoy pada malam itu termasuk aku sendiri yang sempat beriang gembira bersama…haha.

bersambung…

Salam

HAPD

*gambar akan aku update kemudian.

Attila Ovari

Loving Life and Inspiring Others

it's all about the vertical

the race is made on the ups and won on the downs

Tromsø Skyrace

soul skyrunning between the sea and the sky

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

The Nomad Notes

Adventure and Travel Blog

It Started in Oxford

Lifestyle posts from a Brit in Georgia

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

TRAVEL.CULTURE.LIFESTYLE

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

Rojakfeet

by Marshnaz

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Ultra168

The ultra running community

Through My Lens

... look, focus, click.!

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

Hiking Photography

Beautiful photos of hiking and other outdoor adventures.

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world