Posts Tagged ‘Trekking’

h1

Photos – Gunung Tahan, Ada masa untukmu.

June 17, 2015

Salam,

Nak share koleksi photo jelajah Gunung Tahan & Air Terjun 4 Steps Febuari lalu yang dah sekian lama tertangguh…sebab banyak sangat nak uploadnya…aku jadi keras sikit nak up, so kali ni berjaya juga akhirnya…Ramadhan bermula esok dan kesempatan ini aku nak ucap Selamat Berpuasa semoga ibadah kita diterima sehabis-habisnya…amin.

“Welcome to the best day of my life”-o.w.n

OWN_3130

OWN_3238

OWN_3236

OWN_3233

OWN_3231

OWN_3225

OWN_3205

OWN_3212

OWN_3184

OWN_3073

OWN_3071

OWN_3069

OWN_3068

OWN_3067

OWN_3066

OWN_3065

OWN_3060

OWN_3058

OWN_3056

OWN_3054

OWN_3053

OWN_3052

OWN_3049

OWN_3048

OWN_3047

OWN_3046

OWN_3044

OWN_3043

OWN_3042

OWN_3039

OWN_3037

OWN_3035

OWN_3034

OWN_3032

OWN_3029

OWN_3028

OWN_3026

OWN_3025

OWN_3020

OWN_3019

OWN_3017

OWN_3016

OWN_3013

OWN_3012

OWN_3009

OWN_3008

OWN_3007

OWN_3004

OWN_3002

OWN_2999

OWN_2995

OWN_2992

OWN_2990

OWN_2989

OWN_2988

OWN_2974

OWN_2973

OWN_2970

OWN_2967

OWN_2963

OWN_2960

OWN_2959

OWN_2958

OWN_2957

OWN_2955

OWN_2954

OWN_2953

OWN_2951

OWN_2950

OWN_2947 OWN_2944 OWN_2942

OWN_2940

OWN_2938

OWN_2937

OWN_2936

OWN_2935

OWN_2933

OWN_2932

OWN_2928

OWN_2926

OWN_2925

OWN_2922

OWN_2921

OWN_2916

OWN_2915

OWN_2913

OWN_2911

OWN_2909

OWN_2908

OWN_2906

OWN_2903

OWN_2902

OWN_2900

OWN_2898

OWN_2895

OWN_2893

OWN_2891

OWN_2889

OWN_2888

OWN_2883

OWN_2879

OWN_2875

OWN_2873

OWN_2867

OWN_2857

OWN_2854

OWN_2850

OWN_2849

OWN_2846

OWN_2841

OWN_2839

OWN_2814

OWN_2776

OWN_2774

OWN_2772

OWN_2770

OWN_2769

OWN_2765

OWN_2759

OWN_2757

OWN_2756

OWN_2754

OWN_2752

OWN_2748

OWN_2746

OWN_2743

OWN_2738

OWN_2706

OWN_2698

OWN_2642

OWN_2622

OWN_2612

OWN_2533

OWN_2487

OWN_2470

OWN_2466

OWN_2463

OWN_2462

OWN_2459

OWN_2444

OWN_2430

OWN_2426

OWN_2425

OWN_2423

OWN_2380

OWN_2328

OWN_2242

OWN_2217

OWN_2214

OWN_2213

OWN_2207

OWN_2203

OWN_2200

OWN_2198

OWN_2197

OWN_2190

OWN_2169

OWN_2164

OWN_2116

OWN_2108

OWN_2105

OWN_2090

OWN_2037

OWN_2036

OWN_2030

OWN_2026

OWN_2025

OWN_2017

OWN_2006

OWN_2003

OWN_1997

OWN_1992

OWN_1986

OWN_1980

OWN_1976

OWN_1958

OWN_1946

OWN_1936

OWN_1935

OWN_1905

OWN_1872

OWN_1857

Advertisements
h1

Vlog – Gunung Tahan, Ada masa untukmu.

March 11, 2015

Salam,

Sebelum aku cerita bergambar mengenai siri adventure aku yang lain termasuk EBC yang belum habis-habis, aku attachkan di sini vlog ekspedisi 9 hari 5 malam menjelajah Puncak Tahan & menyusuri Sungai Tahan sehingga ke Air Terjun 4 Tingkat a.k.a 4 Steps Waterfall…Tak mudah & tak semudah disangka, bermacam halangan namun kami menempuhnya dengan sabar dan selamat sepanjang 9 hari tersebut…trip kelolaan Nature Explore diketuai Abang Sham & Kak Syida antara yang pertama & kini terciptalah memori baru buat kami…terima kasih jom kita layan vlog aku ni…

Info Trip :

“GUNUNG TAHAN & 4 STEPS WATERFALL”

-via Merapoh-Puncak Tahan-4 Steps Waterfall-Kuala Tahan [13-22hb. Febuari 2015]

-26 orang line up super power ultraman & ultragirl termasuk 2 guide
-9 hari 8 malam ekspedisi
-Jarak melebihi 110km
-Jam trek melebihi 72 jam
-Superb view
-Priceless experience
-Thousand of photos
Ekpedisi ‘of the year’ aku untuk tahun 2015, Jumpa kawan baru, pengalaman baru, pembelajaran baru dalam dunia pergunungan…terima kasih kawan-kawan yang memberikan dorongan.

Info & fakta pasal trip air terjun 4 steps:

1. tinggi melepasi 1000++meter dari aras laut…kalau dari kolam ke puncak anggaran aku ialah setinggi bangunan 30 tingkat.
2. perlu melintasi sungai bermacam kedalaman & arus sebanyak 42 kali pergi dan balik tidak termasuk dari kem teku ke kuala tahan sebanyak 8 kali.
3. dari kem teku dan balik semula mengambil masa 3 hari.
4. pesta pacat satu badan tidak termasuk tempat sulit.
5. terkena kepala air semasa on the way crossing terakhir turun ke camp site, sebelah malam o.t pulak tu.
6. semasa turun & o.t 5 orang terakhir iaitu, abg sham, azam, big, uncle bear & lisa mengalami detik cemas off track disebabkan paras air sungai tinggi.
7. camp site rebah disebabkan hujan hari kedua….untuk rekod tiada hujan sepanjang 9 hari trek kecuali semasa turun dari 4 steps.
8. kami adalah group pertama dalam rekod trek naik ke 4 steps dari merapoh-puncak tahan-4 steps-kuala tahan.
9. trip ke 4 steps adalah kategori rintis sebab trek lama sedikit lost disebabkan tumbuhan baru & balak tumbang selain hakisan.
10. boleh dikategorikan sebagai the lost world of tahan & purely animal kingdom kerana setiap 1-2 ratus meter akan ada tapak & najis gajah on trek.
11. ini yang tak boleh blah…’kami sudah ke 4 steps, anda bila lagii?’

 

h1

Nepal…Renewing my soul.

November 29, 2014

Salam,

Mengeluh panjang sebelum aku start menulis…tarik nafas dan hembus kembali seketika sunyi, kerana sedang ada ketenangan dan harmoni dalam diri diwaktu ni. mood nak bercerita, berkongsi dengan semua termasuk dengan diri aku sendiri.

Aku trip plan ke EBC ni adalah setahun yang lalu selepas aku balik dari trek Annapurna Base Camp, Ogos 2013. Rindu sangat nak berkelana di sekeliling gunung-ganang snowcapped ni. Tak puas dengan kesejukkan malam, tak puas melenguhkan kaki, menyakitkan bahu menggalas beban…Rasa ingin tahu menerobos dalam diri, berkeinginan sangat untuk repeat kali kedua sebab setiap waktu dan ketika, aku rasa semacam gunung tu asyik memangil-manggil seakan ada satu suara halus terngiang-ngiang ditelinga dan minda…iskhh macam serram pulak kan?…dasyat pulak. Bila kau cakap pasal keindahan ni susah nak ditranslatekan dengan kata-kata atau tulisan tapi sedikit sebanyak aku dapat rasakan hampa semua faham apa yang aku cuba terangkan…buruk baik cara tulisan aku tak peduli, asal sampai…paham ka dak ni? maaf aku orang Kedah so kena terima bahasa rojak akulah.

First day booking tiket, once confirmed return flight KL-KTM-KL aku tak terbayang apa-apa pun lagi sebab masih jauh trip aku berbulan-bulan lamanya. Cara orang tak berduit trip memang macam tu dapat tiket murah awal-awal, lepas tu belakang kira apa nak jadi. Kau plan la macam mana pun sampai la kau punya savings…nak tau time bila aku gabra adalah sebulan sebelum tu. Mula la mengimbas kenangan trip sebelum tu, google gambar, google route, google map, cari .KML file untuk save dalam suunto, cari isu-isu terkini di Nepal dan sebagainya. Maka pilihan route trekking aku tak lain adalah Annapurna Circuit…apa Annapurna lagi? macam tak best saja haritu dah Annapurna kalini pun Annapurna…typical. Ok tak apa try pula bayangkan EBC?…terus pikir gila lah EBC tu mahal kut flight KTM-LUKLA return seriban lebih kau tahu…Ok skip lagi try Manaslu..Manaslu pulak banyak hal sebab restrict region kalau nak masuk kena guna guide paling sikit sorang kena partner.

Sama kes macam Langtang, pun kena guna guide ko takleh nak serbu sorang-sorang…apa cerita? aku nak buat sorang iaitu trek solo takmau hired apa-apa tak kira guide atau porter dah nama pun apply Green Card..untuk info trekking kat Nepal kena ada salah satu kad iaitu Green & Blue..Green tu untuk indiependent trekker manakala Blue untuk grouping trekker yang datang samada sorang dengan guide ataupun dengan kengkawan bersama guide…lagi satu harga kedua kad tu tak sama, Green card lagi mahal, double harga Blue…Ok tak apa, sebab dah rules macam tu kena la ikut, kau siapa nak bangkang kan.

Seminggu lagi trip aku dah gabra, trek mana nak redah pun masih belum ada final decision, so dengan ikhtiar mencari duit lebih untuk tix mountain fly aku telah nampak tercapai bayang-bayang EBC telah kelihatan di mana dah start request kenalan di Kathmandu juga seorang guide iaitu Saligram Aryal untuk booking ticket KTM-LUKLA return aku dengan segera.

And here i go again…EBC aku datang!

OWN_7957

OWN_7983

OWN_7987

OWN_7992

OWN_7995

OWN_8033

OWN_8043

OWN_8060

OWN_8085

OWN_8099

OWN_8109

OWN_8114

OWN_8119

OWN_8136

OWN_8298

OWN_8338

OWN_8343

OWN_8352

OWN_8360

OWN_8394

OWN_8400

OWN_8404

OWN_8405

OWN_8441

OWN_8446

OWN_8448

OWN_8462

OWN_8464

OWN_8467

OWN_8477

OWN_8483

OWN_8501

OWN_8515

OWN_8516

OWN_8518

OWN_8532

OWN_8537

OWN_8538

OWN_8539

OWN_8541

OWN_8543

OWN_8544

OWN_8545

OWN_8550

OWN_8553

OWN_8597

OWN_8631

OWN_8633

OWN_8639

OWN_8738

OWN_8739

OWN_8776

OWN_8786

OWN_8787

OWN_8864

OWN_8904

OWN_8914

OWN_9017

OWN_9024

OWN_9028

OWN_9139

OWN_9146

OWN_9154

OWN_9162

OWN_9165

OWN_9178

OWN_9240

OWN_9243

OWN_9254

OWN_9317

OWN_9578

OWN_9589

OWN_9592

OWN_9739

OWN_9533

h1

VLOG ANNAPURNA BASE CAMP 2013 -PART 1

June 10, 2014

Full version Part 1 vlog aku yang dah lama up di youtube tapi terlupa untuk share di blog…layan dulu kalau yang masih belum sementara aku menyiapkan catatan perjalanan trekking ke Gunung Mahameru, puncak tertinggi Tanah Jawa.

 

h1

VLOG – ANNAPURNA BASE CAMP 2013 -PART 1 Teaser

March 13, 2014

Salam,

Baru berkesempatan minggu lepas menyiapkan vlog part 1 untuk versi video…kalau ada kekurangan harap dimaafi…(*edited : sebenarnya ini adalah teaser)

h1

Solo trek Annapurna Base Camp, Nepal -Day 2

March 13, 2014

Salam,

11-12 August 2013

Kalini part 2, siri solo trekking trip aku masih terngiang-ngiang walau sudah menjangkau 5 bulan lebih. hampa mungkin tak tahu perasaan aku macam mana kalau tak rasa sendiri pengalaman macam aku ni, tanyalah siapa pun pasti jawapan yang diberi “RINDU” ingin kembali ke pergunungan himalaya tu. ok kita sambung apa cerita aku dihari ke-3 tu.

Plan harini Ahad aku nak ke NTB (Nepal Toursim Board) untuk apply permit TIMS dan ACAP. nak tau apa itu TIMS dan ACAP boleh la check dekat post previous aku sebelum ni ‘Persediaan Dan Tips Trekking ke ABC’. Kos untuk kedua-dua permit ni setiap satu bernilai 2000rps. Apa yang best nak ke NTB aku kena berjalan kaki sebab aku tak plan pun nak naik cab atau apa saja public transport sebab nak explore setiap pelusuk Kathmandu. Dari Madhuban ke NTB lebih kurang 2km so boleh tengok macam-macam sepanjang Thamel Road tu. Lorong-lorong kecil ada saja urusan perniagaan dijalankan sebab orang Nepal rajin berniaga. Antaranya timun yang dibelah 4 kemudian dijual serta diletakkan asam ka apa ntah aku pun tatau kemudian kunyah macam tu ja kat tepi jalan tu, buat sarapan mungkin. Kalau di KL jual betik atau tembikai kan? itupun ketika lunch.

Ada juga aku nampak buah kelapa atau isi kelapa keras tu dijual untuk dikunyah sampai la ke kedai handphone yang canggih-canggih semua tengah kalut nak bukak bisnes maklumlah awal pagi aku keluar dari hostel. Untuk makluman Kathmandu adalah hari bekerja pada Ahad.

Kalau di Kathmandu digalakkan kenkawan semua pakai topeng muka sebab keadaan berhabuk yang agak kritikal sebab kalau tak pakai akan menyebabkan sesak nafas. Aku nak selamba jugak try tak pakai tapi tak mampu menahan gejolak habuk di dalam hidung..lepas apply permit tu baru la aku gi beli…lagi satu sebab kita tak biasa padahal org nepal kebanyakkan rileks saja tak pakai. Sepanjang laluan ke NTB tangan tak berhenti asyik menekan shutter kamera merakam kenangan untuk dibawa pulang sepanjang dua minggu ni.

Di NTB terdapat dua kaunter satu di sebelah kiri dan satu lagi di dalam bangunan NTB tu sendiri…pertama kali kena isi form dan submit berserta bayaran. Sebelum tu ketika aku sampai, kaunter belum dibuka so tunggu la sekejap sementara hendak jam 10. Permohonan semua senang dan tak rumit aku tak ambik masa lama nak dapat permit TIMS & ACAP tu tak sampai setengah jam. Maka secara sah aku layak untuk trek ke Annapurna Base Camp. perasaan ketika tu?? Rasa macam time tu jugak nak start trekking tapi tidak, sebab aku ada sehari lagi nak kena tempuh perjalanan bas ke Pokhara esoknya selama 6 jam. fuhh letih.

Plan seterusnya aku nak meronda Durbar Square nak tengok bagunan sejarah historical UNESCO yang dijaga rapi. Yang silapnya aku masuk ikut main entrance padahal banyak entrance situ boleh digunakan untuk mengelak dikenakan bayaran 750rps @ rm25. tak apalah mungkin pengalaman pertama tak sangka lak nak rugi rm25 disebabkan nak explore kat Durbar tu saja…dah sep banyak nanti untuk trek 9 hari seperti plan aku tu. itu lagi penting perbelanjaannya. Kat sini memang banyak aku snap gambaq sebab tertarik dengan building dan peel orang-orang Nepal…suka melepak berjam-jam lamanya kat area sini mungkin disebabkan tarikan pelancong, macam kita kat KLCC tu la suka tengok ragam pelancong luar datang tengok gelagat. kann??.

Habis meronda, melihat dan menangkap kenangan aku balik ke hostel untuk rest dan mandi..perut lapar yang aku beli hanyalah epal & pisang untuk lunch. Kat tempat orang macam ni lah kena catu sikit makan mewah disebabkan status halal…kalau nak travel kena hadap benda ni semua selagi boleh skip kita skip jangan mengada-ngada dan redha dengan apa yang ada. untuk lunch harini aku topap yang tu jer alhamdulillah aku kenyang dan steady tak mengeluh. Walaupun aku tahu ada kedai halal tapi belum tiba masanya aku nak pergi sebab harga yang agak boleh tahan kalau aku nak cuba..mampu dibayar tapi aku rasa tak perlu.

Sebelum keluar ke Swayambunath (monkey temple) sebelah petang aku sempat singgah di kaunter bertanyakan tiket bas ke Pokhara dan front desk hostel dengan ramahnya memperkenalkan aku kepada dua syarikat bus yang reliable untuk aku beli…aku pilih yang murah saja tak banyak hal dan mereka juga offer untuk hantar aku esok ke stesen bas dengan percuma. harga sehala Kathmandu-Pokhara adalah USD16 bersamaan RM60 lebih kurang.

Di Kathmandu, Ogos adalah musim monsoon dan tak mustahil pepagi yang cerah tetiba petang boleh menjadi mendung…so dalam mendung dan hampir hujan aku menapak ke Swayambunath dicelah lorong-lorong Thamel Road sambil merakam memori. Aku sempat sampai dan melangkah menaiki tangga-tangga ke Swayambunath sebanyak 365 langkah…ohh boleh tahan tapi bagus juga sebagai persediaan trekking, tapi ini tak seberapa itupun dah penat..hihihi bayangkanlah ketika bermula trek nanti semoga dipermudahkan. Lama juga aku melepak dan melayan view Kathmandu selain hujan mula turun dan dalam masa yang sama melihat kelaku monyet-monyet bermain.

Seharian berjalan kaki ke sana kemari aku dah rasa seperti mengenali selok belok jalan sekitar kathmandu…manakan tidak asyik tengok peta saja melihat kemana lorong ni dan lorong tu pergi. Jadi dah lali sekejap saja dah boleh guide orang lepas ni haha. Aku pun dah penat so kembali ke hostel dan ambik keputusan untuk rest dan menumpukan perhatian pada route trekking pada Map yang aku beli masa di Durbar Square. Trekking Map boleh dibeli pada harga rm15 di merata-rata kedai sekitar Kathmandu. Sangat penting untuk baca dan paham route yang akan kita lalu nanti so aku beli dan study.

Hari kedua, so nak checkout standby trip ke pokhara.. bangun seawal jam 4 pagi fuhh rasa macam awai padahal dah subuh..semalam tidoq lewat jugak sebab melayan t.v sambil online wifi hostel. solat kemudian packing semua balik barang sebab nak arrange sekali dengan equipment yang baru aku beli tu. masa kat front desk aku berjumpa dengan dua orang trekker dari Indonesia..sempat berbual mereka nak trek sekitar Annapurna circuit kot aku pun lupa dah. masih lagi samar ke mana hala tuju mereka..nak travel ke Pokhara sama dengan aku so hostel van hantar kami ke stesen bas. Flight pun sama dengan aku dari via K.L.

Dalam bus aku layan Pearl Jam ditelinga seharian sambil excited nak menghadap apa yang aku akan  tengok sepanjang 6 jam ni. Duduk kat tingkap senang aku nak view dan tak sampai sejam trip mendaki-daki gunung dalam bas ala-ala Deadliest Road tu nepalese sebelah aku buat hal muntah pulak..eh eh aku yang patut muntah bukan dia sebab aku rasa dia memang dah well known dengan condition naik bas kat Nepal ni..sib baik masa tu aku pakai mask so apa-apa hal bau tak meresap ke tekak aku…Tapi budak tu sangat friendly lah sempat berbual-bual sikit hal cumanya dia tak paham sangat english so aku guna bahasa orang bisu saja guna tangan. Part of adventures la katakan..

On the way ke Pokhara dah dua kali ada kejadian trafik jamm, lori rosak jadi laluan amat susah nak lepas semua berbut nak masuk satu lorong termasuk lori, bas, kereta dan van..so kesudahannya sangkut ala-ala deadliest road pakat maki sesama driver apa ntah yang dijerit pun aku tatau terpinga-pinga sudah.

Dah dekat 3 jam aku dalam bas disajikan pemandangan menarik lembah gunung dan padi bukit…subhanAllah cantik sangat tak dapat digambarkan…jam 10:30 bas berhenti untuk lunch kat tepi sungai yg besar..aku order nasi goreng 100rps yang dah 3 hari aku tak jumpa…layan sedap tak tengok ke lain dah. lepas makan hantam jambu batu kecik pula manis-manis gitu rasanya dan pisang 4 biji 40rps..jambu 50rps setengah kilo aku beli.

Setelah 6 jam trip sekali lagi berhenti makan dan aku masih kenyang so tak perlu nak perabis 200rps lagi untuk makan…selagi boleh jimat aku akan jimat masih awal untuk berbelanja…melintasi Damauli buatkan aku teringat suasana seperti 20 tahun hidup di kampung dulu. Air sungai yang jernih melintasi bendang-bendang dan memori di Nepal betul-betul masih kekal asli macam yang pernah aku rasa. Sungguh natural dan asli.

7 jam perjalanan adalah cukup bagi aku, dan aku sampai di Pokhara dengan selamat, agak letih disebabkan kesukaran untuk tidoq sebab aku nak nikmati sepenuhnya perjalanan aku selama di Nepal ni. Aku terus dapatkan teksi untuk ke Travel Inn yang aku dah booked semasa di K.L. Memang aku rekomen kat korang kalau nak ke sini juga recommended dari lonelyplanet..disebabkan aku booked bermula esok aku walkin saja ke hotel untuk request cancellation dan minta transfer booking bilik yang baru untuk harini. memandangkan single punya dah tak ada so aku setuju double room dengan tambahan 290rps. Owner pun sangat baik dan sentiasa membantu keperluan aku. Dapatkan kunci terus naik ke bilik di tingkat 2 dengan badan masih terasa lenguh mujurlah ada pembantu tolong aku angkatkan bag 45L tu…terasa mewah jugak la melihat keadaan bilik dengan bayaran hampir 40 ringgit tu..macam nak tidur terus tapi apa gunanya travel kalau asyik nak rest selagi mampu melangkah mencari pengalaman di Pokhara tu. Aku mandi dan solat dahulu barulah terasa segar lalu dicapai slr turun meronda tasik Phew Lake yang popular di Pokhara ni…cuaca pun agak mendung biasalah sebelah petang di Nepal memang musim hujan.

First expectation pasal Phew Lake adalah not bad…jenjalan ditebing sambil aku berbual dengan penjual jagung bakaq dan kerana itu aku rasakan sungguh ohsem sebabnya dorang ni memang peramah, belum apa-apa baru cakap dari Malaysia dorang thumbsup up cakap orang Malaysia bagus-bagus..bangga la kejap. Namanya aku lupa tapi aku tak lupa order satu untuk aku. Panas-panas memang sedap bang, lepastu dengan cuaca nyaman lagi sapa tak ngaku memang silap la…macam-macam jugak aku bual lepas tu ada lagi sorang datang perkenalkan dirinya orang Tibet campur Nepal. Dia terus terang katanya menjual jade untuk gelang dan rantai dan dia tak paksa aku untuk beli…boleh tengok dan memang cantik pun serta bukan itu tujuan aku ke sini..so aku menolak dengan elok.

Kat Phewa Lake aku shot memacam ragam tourist dok sibuk keluar masuk sampan nak ke pulau lebih kurang 400 meter sana tu. kat situ sebenarnya ada satu temple namanya Tal Barahi. Selain tempat beribadat orang Nepal juga menjadi tarikan pelancong asing..dan aku tak berminat nak ke sana naik perahu warna-warni tu…cukup lah melepak di tepi sebagai pemerhati gelagat.

Hari pun dah nak malam sejak aku sampai pertama kali ke Pokhara tadi jam 3 petang..sekarang ni masih di Phewa Lake dan aku shoot apa saja di depan mata…seketika itu juga aku terperasan kelihatan puncak Annapurna South dan Macchapuchre.. kagum sungguh rasanya sebab ini adalah pertama kali dengan mata sendiri melihat gunung-ganang snowcapped. Tak berkelip dibuatnya melihat lapisan salji meliputi puncak..orang kedah cakap peghak buih!…hahaha. sejak jam 3 petang sehinggalah hampir 7 petang memang tidak kelihatan disebabkan mendung jadi ini aku kategorikan sebagai bertuah sebabnya esok hari pertama aku ingin memulakan langkah solo trekking ke Annapurna Base Camp (ABC)..InsyaAllah.

Sebelum balik ke hostel aku berlegar-legar sekitar kedai-kedai di Pokhara melihat sambil menjamu mata barangan outdoor…oh kalaulah aku kaya boleh ku beli segalanya kat sini, murah dan kualiti antara yang terbaik..apapun di Thamel Road hari pertama tu aku dah beli semua cuma yang belum ada adalah glove. Aku tak lupa untuk keluarkan duit rps6000 untuk perbelanjaan 6-7 malam yang telah aku kira untuk teahouse dan makan nanti sepanjang trek…so duit ini aku asingkan untuk kegunaan yang sepatutnya. Juga aku beli beberapa keperluan lain seperti oreo & snickers rps90 dan glove tadi rps500. Aku juga membeli 3 biji epal untuk makan malam dan perlu diingat hari pertama di Pokhara aku tak jumpa satu pun kedai halal sedangkan aku tahu ada satu kedai tapi tak jumpa pulak kan..

Kat hostel aku buat study route trek untuk kali terakhir dan juga bajet yang aku ada ketika ini. Semuanya dah diasingkan mengikut kegunaan serta jajan-janan pun dah siap di bungkus. Yang tinggal hanyalah tawakkal kepada Allah supaya perjalanan aku selamat naik dan turun. Sempat juga aku online dan berhubung dengan wife di K.L serta bertanya kabar diorang. Aku cas powerbank serta handphone memandangkan ketika trek setiap cas elektrik akan dikenakan bayaran..jimat adalah perkara yang perlu. Persediaan yang betul adalah menidakkan kesukaran dikemudian hari. Jam 12 mata pun dah layu keletihan seharian dari KTM-Pokhara serta meronda sekitar Phew Lake. Masa untuk tidur dan rest esok perjalan bermula.

bersambung Part 3..

Salam,

ImageImageImageImage

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

h1

Solo trek Annapurna Base Camp, Nepal -Day 1

September 10, 2013

Salam, 8-10 August 2013 Hari yang dinanti dah tiba, bermulanya penantian 10 bulan aku sejak membeli tiket flight ke Kathmandu…Annapurna Base Camp tunggu aku datang. Orang sibuk-sibuk persediaan hari raya aku persediaan nak ke ABC naik gunung nak tengok indahnya ciptaan…oh tak mengapa lagipun hari raya ke-3 baru flight depart jadi hari raya pertama aku beraya saja di K.L solat hari raya pun dekat dengan surau dirumah itupun penuh dan meriah…Harini aku menghabiskan masa bersama anak-anak dan isteri serta melawat kubur arwah ibu di Taman Selaseh Batu Cave…oleh kerana trip aku bermula hari raya ke-3 jadi sempatlah kami berhari raya bersama di KL ni…terima kasih buat mereka kerana pada awalnya aku suruh dorang balik ke kg. sebelum hari raya lagi tetapi mengambil keputusan untuk pulang pada hari raya ke-2…Selepas ke airport aku singgah di Sportdirect Subang Jaya untuk melihat sedikit keperluan yang dirasakan perlu mengikut list yang dah aku buat…beli 1-2 barang termasuk bag karrimor day pack satu then balik rumah. Masa nak packing macam-macam serabut timbul sebab masih ada list yang belum dibeli..jadi kalau aku pack ikut suka hati takut nanti ada yang terlebih dan takut juga ada yang terkurang…setelah diteliti dan keputusan akhir dibuat maka siaplah aku pack termasuk gajet-gajet termasuk slr aku dan yang lain seperti dry food yang aku bawak sebagai bekal…acewah dry food padahal rendang daging…kahkahkah

Oleh kerana flight aku pada jam 7:45pagi pada 10-August maka hari raya ke-2 aku harus terus bergerak ke lcct. sekitar jam 9 malam aku ke lrt Setiawangsa menuju ke KL Sentral dan seterusnya menaiki bus ke lcct…tengah malam aku tiba di lcct dan sementara menunggu kaunter luggage checkin dibuka, seperti biasa kalau backpacking ni apalagi nak dibuat kalau di airport kan…mesti tidur dulu lah sebab masih ada 4-5 jam untuk masuk ke departure hall tu…jam 4 aku terjaga dan terus ke checkin kaunter, kat situ aku tengok ramai muka-muka nepalese tengah checkin luggage besar-besar punya nak dibandingkan aku…balik kampung cuti 2-3 bulan la tu standard bagi nepalese ataupun bangladesh…kerja 2-3 tahun balik kampung 2-3 bulan… Selesai checkin, imigresen dan sekuriti, aku masuk ke balai berlepas, tepat jam 7:45 flight depart, seat aku memang di depan sekali dan aku dah beli dekat dengan tingkap sebelah kanan mana tahu nak dapatkan view everest sekiranya sampai di Kathmandu nanti…alhamdulillah walau sikit mendung everest tetap kelihatan puncaknya cumanya slr aku paling jauh pun 50mm sahaja so tak seperti yang dijangka sangatlah viewnya…Subhanallah ini kali pertama aku melihat puncak Everest didepan mata yang pada aku tak pernah ku angankan sebelum ini kini menjadi kenyataan dalam sekelip mata…tak henti-henti aku memandang di luar tingkap bagaikan rusa masuk kampung…

'menulis sedikit log'

‘menulis sedikit log’

'pertama kali melihat everest...aku terpinga-pinga'

‘pertama kali melihat everest…aku terpinga-pinga’

'view dari tingkap airasia X D7'

‘view dari tingkap airasia X D7’

'lagi view menghijau kathmandu ketika flight approaching airport'

‘lagi view menghijau kathmandu ketika flight approaching airport’

'menghijau, aku sukakan suasana begini'

‘menghijau, aku sukakan suasana begini’

Dan sekarang…aku di Tribhuvan International Airport (KTM) Kathmanduu memijak buminya buat pertama kali, menyedut udara nyaman setelah pintu flight dibuka…terima kasih tuhan perjalanan aku sampai dengan selamat…bermulalah siri adventure aku di sini. Sebelum tu aku kena menghadap imigresen nepal dulu dan apa yang hampa agak?…dia tegur aku punya janggut nice katanya dalam bahasa nepal ‘bokedari’..lagi satu bila dia tengok passport aku dari Malaysia dia tanya dari mana kat Malaysia…aik ada problem kah?…bukan, katanya dia suka dan nak pi satu hari nanti ke Malaysia…ohh macam tu aku pulak sedikit cuak sebab banyak sangat tanya awalnya…selesai cop aku ke tempat luggage tetapi perit sikit menunggu punya la lama dekat sejam nak dapat bag yang kecik tu pun…yang banyak keluar luggage besar-besar tu dulu…sabar jer lah. sekali lagi bag aku di scan untuk keluar ke balai ketibaan, so dalam melangkah tu ada ternampak money changer, jadi aku tukar dulu rm1000 bersamaan 29000rupees…simpan dan pecahkan beberapa bahagian sumbat dalam bag, poket dan wallet aku keluar mencari teksi yang memang aku dah agak tambang ke Thamel antara 300-500rupees. aku lupa yang masa booking hotel Madhuban ada buat request free pickup dari pihak hotel so aku terus ambik teksi dengan charge yang aku offer kat driver tu 400rupees…setelah mengikut driver tu aku ternampak lagi signboard nama aku besar terpampang dipegang oleh seorang nepalese…rupanya dari hotel Madhuban memang dia datang untuk pickup aku…so aku cakap sorry je la kat driver sorang lagi…huhuhu mulanya ingat dah untung free pickup last last kena getah gak pandai mintak tip so disebabkan aku tak ada duit kecik aku serah la jugak rm10 = 290rupees untuk si driver tu…ok la sep 100rupees dari awal tadi.

'ncell mengalukan kedatangan aku'

‘ncell mengalukan kedatangan aku’

'madhuban guest house roof top'

‘madhuban guest house roof top’

'dari jendela tempat bermalam hari pertama aku di madhuban'

‘dari jendela tempat bermalam hari pertama aku di madhuban’

'view dari rooftop'

‘view dari rooftop’

Terus aku dibawa ke Madhuban dan dalam perjalanan aku dapat expect yang macam-macam lagi perkara menarik akan aku saksikan dalam tempoh dua minggu aku kat sini..tak sabar sangat rasanya nak explore Kathmandu…perjalanan dari airport hanya mengambil masa 20 minit dan dalam waktu tu aku melihat keunikan daylife orang-orang nepal apa yang mereka buat. ada yang berniaga ada yang ke sana kemari dan ada yang melepak melihat kelakuan masing-masing…kebanyakkan berniaga seperti buah-buahan dan pakaian-pakaian keperluan harian. Dah sampai hotel terus badan automatik jadi letih…chehhh nak travel tapi letih kau bukan selalu macam ni setahun sekali dua kali belum tentu…so aku ambik masa ambik angin hembus dalam-dalam keluarkan barang keperluan nak mandi apa semua dulu. dalam pada itu aku kena belek dulu map sempoi yang aku print masa kat k.l…ikutkan tak boleh pakai langsung memang kena beli yang besar gedabak punya tu barulah luas pemandangan…so selepas 2 jam aku kat bilik, mandi dan makan biskut melapik perut aku keluar membawa slr aku meronda sekitar thamel. turun saja bawah dah wow-wow sana sini melihat kedai-kedai barangan outdoor dan kain-kain bewarna warni kat situ..apalagi snap mesti mau snap.

Dalam keasyikkan melangkah melihat kedai outdoor sekitar thamel aku disapa oleh seorang nepalese, bertanyakan aku dengan jawapan dari malaysia dengan selamba dia mengikut aku sambil berbual-bual menanyakan aku ingin ke mana dan berapa lama di kathmandu…mulanya aku macam malas nak layan sebab aku tak selesa kalau orang dok banyak tanya ni terutama bila tengah sedap-sedap sight seing…melalui pembacaan aku sebelum ke nepal aku dapat tahu yang orang nepal memang peramah dan dengan cara itu mereka beramah mesra dengan tourist…aku cuba untuk berbual dan dalam masa yang sama menanyakan kedai yang murah untuk dapatkan equipment untuk trekking…tanpa membuang masa dia menunjukkan aku sebuah kedai so dari situ aku mula mengenal dan beramah mesra dengan orang-orang nepal…dia memang kenal pun dengan peniaga-peniaga sekitar thamel dan memang kalau tiada kerja dia akan jalan-jalan di situ sambil memberikan panduan kepada tourist yang datang.

Terjebak aku membeli barangan termasuk trekking pole, boot merrel, trouser lightweight mammut, thermal shirt, thermal jacket & sleeping bag -5 degrees the north face, rain jacket dan juga snow cap untuk tahan sejuk ketika di abc nanti…free owner kedai kasi 2 pasang stoking the north face untuk aku…total barangan hampir rm500 jugak la dan memang dah dalam bajet aku tu. ikutkan nak bawah rm400 tapi terpaksa juga beli boot merrel tu sebab aku tak bawak cascadia brooks aku tu…tak apa lah asalkan berguna dan memang terbukti selesa.

Dah berejam aku kat kedai outdoor tu so hari pun dah nak malam aku lapar semua dah ada ni…bergegas balik ke hotel sebab nak tido sebelum bersedia untuk memulakan sesi menguruskan permit trekking kat NTB esok hari…harini cukuplah dulu apa yang aku buat dan berhabis duit…

bersambung Part 2..

Salam,

Attila Ovari

Loving Life and Inspiring Others

it's all about the vertical

the race is made on the ups and won on the downs

Tromsø Skyrace

soul skyrunning between the sea and the sky

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

The Nomad Notes

Adventure and Travel Blog

It Started in Oxford

Lifestyle posts from a Brit in Georgia

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

TRAVEL.CULTURE.LIFESTYLE

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

Rojakfeet

by Marshnaz

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Ultra168

The ultra running community

Through My Lens

... look, focus, click.!

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

Hiking Photography

Beautiful photos of hiking and other outdoor adventures.

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world