h1

Persediaan & Tips Trekking Annapurna Sanctuary a.k.a ABC

July 27, 2013

Salam,

Tinggal 15 hari lagi trip solo ke Nepal akan tiba…persediaan dokumen perjalanan serta hal berkaitan sedikit demi sedikit berjalan lancar sepertimana yang aku rancang, rasa berdebar dan risau pun ada nak ke Nepal ni, dah la secara solo dah tu pulak nak pergi trekking lagi tu…bukan calang-calang tempat Annapurna Base Camp…fiiiuuuuh!

Bulan August adalah musim monsoon di Nepal dan ketika ini kebanyakkan trekkers agak kurang kerana mengikut kebiasaan peak season adalah antara november-december dan jugak mac-may yang mana waktu ini kawasan sekitar tempat trekking samada ABC, Lantang, ataupun EBC mempunyai langit yang sangat cerah dan kebiruan..dah nasib aku dapat tiket murah AA diwaktu monsoon apapun masih boleh trek cuma ianya bergantung pada nasib dan aku pernah tengok video dari youtube ada juga orang yang trek diwaktu monsoon dan view tidak menghampakan…jadi apa salahnya aku mencuba cuma persediaan trek ketika hujan sangat penting jugak tu..

Untuk setiap travel aku ke mana saja semua aku lakukan sendiri bak kata orang putih, I am independent traveler…padahal bukan nya ada duit sangat nak berpakej-pakej jadi tourist dan aku bukan dalam golongan tu…dengan cara ini lah aku nak jimat kan duit selagi boleh…antara bahan rujukan aku termasuklah bacaan dari blog dan jugak dari buku lonely planet…itupun download saja .pdf format tak mampu nak beli buku original yang beratus harga tu. maklumat dari lonely planet memang memuaskan hati aku bermula dari sampai airport sehinggalah cadangan aktiviti-aktiviti mengikut kemahuan kita. Semuanya aku kena buat sendiri dari A sampai Z…penat pun ada best pun ada.

Study lonely planet Nepal punya magazine, download pdf dari internet jimat $$$

Study lonely planet Nepal punya magazine, download pdf dari internet jimat $$$

Ok, kat sini aku nak terangkan sikit keperluan wajib sebelum korang atau sesapa yang folo blog aku yang berkeinginan sangat nak ke Nepal atas urusan trekking atau backpacking…ya lah kat Nepal apa lagi yang paling best selain trekking kan?…nak shopping kain-kain dan barang-barang outdoor pun banyak…tapak UNESCO pun berlambak-ambak ada cerita tersendiri macam durbar square, monkey temple and so on…kalau nak tahu korang google lah apa best kat Nepal tu…Syurga juga bagi peminat photoghrapher seluruh dunia termasuk landscape serta keunikan di setiap bandar utama Nepal seperti Kathmandu dan juga Pokhara.

Perkara pertama yang korang perlu ada adalah entry visa ke Nepal…apply saja di embassy Nepal kat Wisma MCA Jalan Ampang. Dibuka setiap hari waktu pejabat 9:30-4:30…sebelum tu nak memudahkan sila download form dari website dan isi beserta sekeping gambar ukuran pasport, salinan passport dan yuran sebanyak RM95.00 untuk visa selama 15 hari…kalau nak stay lagi lama kena bayar lebih lagi la mengikut jadual seperti didalam website embassy http://nepalembassy.com.my/en/index.html. Aku apply 2 minggu lepas, hantar di kaunter 1 dan collection di kaunter dua…settle dua hari saja sebelah pagi hantar dan untuk collection, esok dah  boleh ambik tapi harus diingat sebelah petang sahaja antara 2:30-4:30ptg…

Address Suite 13A.01, 13th A Floor, Wisma MCA,
163 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Office Tel No. 03-2164 5934
03-2164 9653
Fax No. 03-2164 8659
Email info@nepalembassy.com.my or khotange@gmail.com
Working Hour 09:00am to 05:00pm, Monday – Friday
01:00pm to 02:00pm (Lunch Break)
Document Submission 09:30am to 12:30pm
Document Collection 02:30pm to 04:30pm

Nepal embassy di wisma MCA

Nepal embassy di wisma MCA

Visa approved

Visa approved

Perkara kedua yang perlu korang ambik berat adalah travel insurance…dulu masa ke Hong Kong aku tak beli pun sebabnya aku tak ambik port sangat isu-isu kesihatan selain hal berkaitan kelewatan penerbangan atau jatuh sakit dan sebagainya…almaklumlah Hong Kong agak sedikit ke depan nak dibandingkan dengan Nepal tu. Kebersihan agak merisaukan di Nepal terutama bab makanan yang perlu diambil perhatian…jadi untuk ke Nepal aku dah beli travel insurans dari Etiqa Maybank dengan bayaran RM90 meliputi coverage selama 2 minggu aku di sana…risau jugak takut jadi apa-apa nanti solo pulak tu tadak siapa nak peduli nanti…semuanya aku apply online via maybank2u.com tak sampai 5 minit selesai.

Beli Insurans

Beli Insurans

Penginapan juga penting dah aku dah pun booked beberapa hotel murah dan bajet dan memang tak dinafikan penginapan di Kathmandu dan Pokhara memang murah sangat dibandingkan tempat-tempat negara lain yang korang pernah pergi…selagi boleh jimat kita akan jimat asalkan dapat lelapkan mata serta berehat pun dah cukup. aku rekomenkan pada korang yang nak book boleh ke booking.com, hostelworld dan juga agoda…ketiga-tiga site ni memang dah mencukupi untuk korang gugel search mencari tempat penginapan berbaloi dan murah serta mempunyai review yang boleh dirujuk…nak memudahkan pastikan tempat penginapan berdekatan dengan kawasan pelancong serta mempunyai access dengan public transport samada dari airport atau ke bandar-bandar sekitar nepal…aku pilih sekitar thamel road dan mmg banyak hotel dikawasan tersebut. rate teksi pun tidak mahal dari airport dalam lingkungan 10-20 ringgit sehala..kalau pandai nego lagi murah lagi bagus.

Antara list persediaan lain yang dah aku marked dan beli adalah memory card Sandisk Extreme 32GB untuk SLR aku tu…walaupun dah ada 16GB masih tak mencukupi dan memang perlu untuk tujuan backup ataupun overflow…besar kemungkinsn video pun akan banyak nanti.

Untuk peralatan trekking InsyAllah tak perlu banyak pun, cukuplah tshirt dryfit, long pants, kasut trek, sleeping bag, down jacket, thermal shirt, stocking fast dry, head lamp, polarized sunglasses…equipment ni semua akan aku beli nanti di Kathmandu kerana kat sana barang-barang trek murah gila nak banding dengan yang dijual kat negara kita ni…apapun bergantung kepada gred jugak dan boleh dikatakan quality yang amat memuaskan.

Perubatan atau aid kit juga tak boleh dilupakan dan itu memang termasuk dalam list compulsory korang yang kena ada untuk trek di Nepal…antara yang penting termasuk water purification tablet, panadol, minyak panas, ubat luka, minyak kapak dan yang berkaitan. Lagi penting dari tu adalah pil AMS (accute mountain sickness) dan ianya sangat bahaya…pil ni kena beli kat Nepal sebabnya kat Malaysia kita jarang dijual.

Harus diingat, nak trek di Nepal pun kena ada permit dan permit ni ada dua iaitu TIMS & ACAP, TIMS adalah Trekkers Information Management System manakala ACAP adalah Annapurna Conservation Are Project yang perlu kita bayar jika ingin trekking di Nepal…kalau tak bayar tak boleh masuk ke kawasan trek kerana disetiap pintu masuk trail head terdapat pegawai yang akan menjaga dan menahan para trekker serta memeriksa dokumen sebelum membenarkan meneruskan perjalanan. lagipun ini untuk memudahkan mereka mengesan sekiranya berlaku kejadian para trekker tidak melaporkan diri mengikut jadual dan disyaki dalam bahaya…senang mereka mengadakan misi mencari dan menyelamat. permit ni boleh apply nanti di Nepal Tourism Board di Kathmandu ataupun melalui Trekking Agencies yang berdaftar sekitar Kathmandu dan Pokhara.

image
image

Peralatan lain yang perlu dan sangat sesuai yang korng ada adalah GPS, aku gunakan jam Suunto Ambit untuk membantu aku jika sesat nanti dan trek laluan trekking aku juga telah aku imnport ke dalam jam Suunto ni untuk membantu navigation aku nanti sekiranya tersesat selain aku akan buat log untuk trekking 9-10 hari ni..

gps route yang aku set dalam Suunto Ambit

gps route yang aku set dalam Suunto Ambit

Ok lah setakat ini dulu beberapa tips dan perancangan yang telah aku buat untuk persediaan aku ke Annapurna, Nepal…diharap semuanya berjalan dengan lancar nanti.

Salam,

HAPD

Advertisements

One comment

  1. […] TIMS dan ACAP. nak tau apa itu TIMS dan ACAP boleh la check dekat post previous aku sebelum ni ‘Persediaan Dan Tips Trekking ke ABC’. Kos untuk kedua-dua permit ni setiap satu bernilai 2000rps. Apa yang best nak ke NTB aku kena […]

    Like



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Attila Ovari

Loving Life and Inspiring Others

it's all about the vertical

the race is made on the ups and won on the downs

Tromsø Skyrace

soul skyrunning between the sea and the sky

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

The Nomad Notes

Adventure and Travel Blog

It Started in Oxford

Lifestyle posts from a Brit in Georgia

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

TRAVEL.CULTURE.LIFESTYLE

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

Rojakfeet

by Marshnaz

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Ultra168

The ultra running community

Through My Lens

... look, focus, click.!

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

Hiking Photography

Beautiful photos of hiking and other outdoor adventures.

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world

%d bloggers like this: