Archive for the ‘Running’ Category

h1

kuhairulanuar’s 1:26 h Trail running Move

August 3, 2013

kuhairulanuar’s 1:26 h Trail running Move.

kuhairulanuar's 1:26 h Trail running Move

h1

Febuari hingga ke Julai 2013…pemalas update!

July 2, 2013

Salam,

….tak tahu macam mana nak mula dan recycle balik event, aktiviti & race selama 5 bulan ni, selama yang aku tahu pengalaman baru sangat banyak dan manis untuk diingati dan untuk update blog ni bukan perkara yang mudah untuk aku…malass dan malass…malu sungguh orang nak blog dia nak blog, orang nak vlog dia nak vlog. apapun seriously aku memang suka berblogging dan sepanjang 5 bulan ni sentiasa aku ingat bila nak login dan update.

Nahhh, harini dah jadi sejarah aku kembali login and please welcome me back!…antara log yang akan aku buat termasuk race Brooks Half Marathon, Makna’s Founders Run & Mount Berembun Challenge pada bulan March. KL 10K Rodrace & Xterra Malaysia on April, paling best untuk 5 bulan tu adalah Trekking Mount Kinabalu dan KL Tower Run pada bulan May, manakala June juga penuh dengan aktiviti running terutama trail running termasuk, Mount Jerai International Challenge, Mount Stong International Challenge serta Standard Chartered KL Marathon(organizer postponed ke 1 September disebabkan jerebu melanda KL sejak 3 minggu yang lalu sehingga diiystihar darurat dibeberapa kawasan selatan semenanjung).

Sehingga harini aku tengah prepare beberapa hal berkaitan trip besar solo aku selepas raya nanti. trip kedua selepas Hong Kong november tahun lalu dan kini sekali lagi ‘away from home’ untuk aktiviti trek ke Nepal. so far preparation agak tersusun dan aku dah draft trekking route dan paling penting permulaan mendapatkan visa di kedutaan Nepal Jalan Ampang. Doakan aku….

…gambar di bawah adalah event trekking Gunung Kinabalu awal May yang lalu.

'at top of highest south east asia mountain'

‘at top of highest south east asia mountain’

'memulakan trek dari mensilau'

‘memulakan trek dari mensilau’

'trekking buddy dari ORA'

‘trekking buddy dari ORA’

'sillouhete dari laban rata'

‘sillouhete dari laban rata’

'milky way, subhanAllah'

‘milky way, subhanAllah’

'view alexandra peak @4003m '

‘view alexandra peak @4003m ‘

'view st. johns peak @4091m '

‘view st. johns peak @4091m ‘

'view south peak @3922m '

‘view south peak @3922m ‘

h1

MPIB Run 2013…Kejayaan sulung.

January 10, 2013

Salam,

Seperti sedia maklum Ahad lepas (6hb Januari 2013) aku memulakan tahun baru dengan aktiviti race 12km yang dianjurkan oleh Multi Purpose Insurance. Ini adalah kali pertama larian kompetitif dan sangat membanggakan bagi aku apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 200 ke atas iaitu di tangga ke-195 dari 1224 peserta. Catatan masa tidak rasmi MPIB adalah 01:10:08.07 dan menurut GPS apps runtastic pro aku pula dalam lingkungan 01:10:16 tak jauh beza dari rekod yang dicatatkan oleh B-tag namun jarak di runtastic adalah sejauh 11.65km yakni kurang sejauh 350m…

Persediaan sebulan dengan training setiap seminggu sekali membuahkan hasil walaupun tak berjaya menang..dan target aku hanyalah ingin menamatkan larian dalam masa 1 jam 15 minit seperti mana latihan yang biasa aku lakukan. Dengan keputusan ini tidak akan mematahkan semangat malah menjadikan aku lebih bermotivasi untuk mengharungi larian akan datang iaitu Melawati 10k Run, Makna’s Founder 12k Run & Brooks Half Marathon 21k Februari dan Mac nanti.

'runtastic pro apps result'

‘runtastic pro apps result’

Berikut beberapa gambar yang sempat aku snap di hari race tersebut.

'bip number'

‘bip number’

'bip number'

‘bip number’

'costume pun nak bawak berlari...sebenarnya ini adalah marriage proposal dari salah sorang peserta'

‘costume pun nak bawak berlari…sebenarnya ini adalah marriage proposal dari salah sorang peserta’

'sebelum race bermula'

‘sebelum race bermula’

'perlepasan kategori wanita'

‘perlepasan kategori wanita’

'berjaya menamatkan larian'

‘berjaya menamatkan larian’

'medal 12k finisher'

‘medal 12k finisher’

'baru menamatkan perlumbaan...bangga sekejap'

‘baru menamatkan perlumbaan…bangga sekejap’

'dihadapan stage'

‘dihadapan stage’

Sehingga berjumpa lagi di race akan datang!.

Salam,

HAPD

h1

2:00pagi…Di Tahun Baru #2013

January 1, 2013

Salam,

Tak terlintas nak menyambung mengadakan entry tahun baru 2013, tapi ada sesuatu sejak dari petang semalam bermain-main dan berlinang di dalam kotak pikiran aku. Jikalau begitu tu jom preview sikit apa aktiviti yang aku nak buat dalam tahun 2013 ni…

'langtang valley - foto oleh Google'

‘langtang valley – foto oleh Google’

Durbar Square - foto oleh Souvik Prometure

Durbar Square – foto oleh Souvik Prometure

Pertama sekali ada impian yang mungkin akan aku laksanakan tahun ni termasuklah trip solo ke Nepal(Entry Nepal terdahulu). Jika agak keberatan dan bagi mengelakkan kesukaran ketika trek, aku akan cari trekking partner sekurang-kurangnya seorang tak kisah siapa dia samada dari trekkingpartners.com ataupun dari kenalan rapat atau sesiapa saja yang berminat…Tiket pun dah confirmed cuma bila dan waktunya biarlah aku rahsiakan dulu dan yang pasti kenyataan insyAllah tetap akan menjadi kenyatan dengan izinNya.

Banyak perkara yang perlu aku buat sebelum ekspedisi ke Nepal bermula dari ketibaan di Kathmandu sehinggalah ke salah satu target trek iaitu Annapurna ataupun Langtang valley..keputusan akan dibuat dalam tempoh terdekat selepas melihat dan mengkaji kesesuaian dan ketahanan fizikal aku untuk meredah National Park Nepal ni. Latihan setiap minggu amat penting kerana ini bukan tempat untuk bermain-main semata-mata, banyak yang perlu dikaji termasuk fizikal & mental, trekking suit, tea house, makanan halal, transport, permit dan sebagainya.

Semoga perjalanan aku selamat pergi dan pulang nanti serta perancangan permulaan ini berjalan lancar…amin

'larian yang akan aku sertai march nanti'

‘larian yang akan aku sertai march nanti’

'larian kompetitif aku'

‘larian kompetitif aku’

'melawati 10k run'

‘melawati 10k run’

Seterusnya aktiviti 2013…ujung minggu ni bulan Januari aku akan join MPIB Run, race pertama aku dalam acara larian. ada entry berkenaan MPIB RUN #2013 (Entry MPIB terdahulu). Bagi bulan Febuari pula aku akan join MELAWATI 10K RUN #2013, pada 3hb nanti serta BROOKS HALF MARATHON #2013 pada 3hb Mac pula. Nampak gayanya tahun 2013 akan membawa cabaran besar dalam acara larian dan setiap bulan pasti ada race yang aku sertai.

Graphic by : Kevin Lunsong

Graphic by : Kevin Lunsong

Selain dari itu tak lupa juga…jeng jeng jeng…EKSPEDISI Gunung Kinabalu (Entry Ekspidisi Kinabalu) yang akan aku tawan May nanti. Lambat lagi tapi aku tetap excited nak bump ekspedisi ini selagi tak tiba masanya…dah lama plan mestilah aku terlebih sudah..hehe.

Ok lahh, untuk permulaan #2013 diharapkan aku tidak merasa jemu dan diberi kekuatan untuk senantiasa meng-update blog kecilku ini untuk rujukan masa akan datang walaupun masih dalam mode Beta…yakni belum didedahkan secara rasmi kepada sahabat dan taulan. Tunggu tiba masanya pasti aku akan share blog tak seberapa ni…sekian dulu

Salam,

HAPD

h1

My First Run…MPIB 2013

December 10, 2012
'larian kompetitif aku'

‘larian kompetitif pertama aku’

Salam,

MPIB atau Multipurpose Insurans Berhad menganjurkannya buat kali kedua kalau tak silap aku..yang pertama tahun lepas dan oleh kerana penyertaan sungguh memberangsangkan maka MPIB telah menjadikan acara ini berjalan setiap tahun atau kata mudah, acara tahunan mereka.

Sekarang ramai sungguh acara-acara running di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur bermacam-macam program sukan larian berlangsung…kalau nak tengok jadual tahunan boleh tengok kat pautan di Sports.My dan kalau nak tahu details berkenaan pendaftaran, kategori, yuran, dan lain-lain terus ke pautan MPIB RUN 2013…dan untuk makluman oleh kerana penyertaan telah mencapai 4850 orang maka pendaftaran  telah pun ditutup 16 November lalu…confirm sesak la trek tu nanti.

'registration closed'

‘registration closed’

Yang aku nak ceritakan kat sini bukan pasal MPIB run ni sangat tapi sebaliknya macam mana aku boleh join larian ni sebagai peserta….dulu aku kat sekolah memang seorang runner terutama kategori merentas desa..kalau aku join merentas desa sekolah tu mesti larian aku dapat top 5. tapi masa tu mana la aku tau ada bakat nak lari jauh-jauh ni. just join sebab semua satu sekolah kena lari..lepas lari dapat result habis  macam tu saja…sampai masuk u pun memang aku selalu lari dan jogging walaupun sebulan sekali tapi tetap ada namun tak pernah aku join pertandingan larian langsung…sampai dah kerja beranak umur 30-an sekali pun tak pernah…jadi MPIB RUN adalah larian kompetitif pertama aku setelah berumur 34 tahun…pathetic kan hahaha.

Dipendekkan cerita dalam tempoh 4-5 tahun kebelakangan ini aku selalu trail ke bukit-bukit sekitar kuala lumpur dan kawasan sekitar. dalam waktu tu aku banyak online dan googling sehingga satu ketika trail walk adalah menjadi kebiasaan bagi aku sehingga aku terjumpa satu page trail running yang lebih ekstrim yang aku rasa lagi best kalau aku try…nak tahu siapa?  Killian Jornet Burgada dari team Solomon Running. kini dia dah jadi idola aku dan bukan bermaksud aku nak jadi macam dia…cumanya aku dah mula suka sangat aktiviti running terutama trail running, sky running, sky marathon dan sebagainya…sebab dengan cara ini aku boleh berpeluh dan menikmati alam dari kawasan tanah tinggi terutama bergunung-ganang…dan dari situ jugak aku dah mula  berjogging seminggu 2 kali hanya untuk merasai kembali perasaan berlari yang bagi aku sangat best dan sukar untuk diterangkan.

'kinabalu climbathon - are you tough?'

‘mt. kinabalu international climbathon – are you tough enough?’

Jika diikutkan trail running kat malaysia ni masih kekurangan sumber terutama trek yang bersesuaian namun sudah ada beberapa tournament bertaraf antarabangsa yang juga disertai oleh Killian dan menjuarai tournament seperti Sky Runner World Series baru-baru ini di Kinabalu International Climbathon 2012 serta yang akan datang lebih ekstrim iaitu Sabah Adventure Challenge 2013 dan jika berjaya menamatkan mengikut ketetapan masa 100km dalam tempoh 30 jam akan layak menyertai North Face Ultra Trail Mount Blanc 2014….100km tuuu..kalau aku memang susah nak layak la 12km pun masih terhegeh-hegeh nak habis…huhu

Jadi sebagai permulaan aku telah sah mendaftar MPIB RUN 2013 pada 4 November yang lalu di mana jadual tournament adalah pada 6 Januari 2013…12km tuuu agak-agak lepas tak qualification 1 jam 30 minit tu??….Aku sahut!

Order No : 332012012110404183J
Transaction ID : T3183564100
Transaction Date : 4-Nov-2012 12:36:37 PM
Transaction Amount : MYR 48.00
Payment Type : Maybank2u
Product Description : A – Men Open 12km / 14 – 100 / 12KM

Tunggu update selepas tournament tu nanti ok…

Salam,

HAPD

Dynafit Tromsø Skyrace

Pure skyrunning above the Arctic Circle

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

A Travel, Culture & Design Blogazine

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Through My Lens

... look, focus, click.! Some of my travel experiences, photography, fitness motivation, amusing life experience & food

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world

M.Khalid Ibrahim

soul . heart

IAN CORLESS

Photographer specialising in the world of Mountain, Ultra, Trail and Skyrunning.