Posts Tagged ‘Patong’

h1

Travel masa lalu.. – Patong, Phuket

July 6, 2012

Salam,

Jumaat yang indah selepas berminggu-minggu Kuala Lumpur diselubungi jerubu. Sebagai salah seorang peminat landscape photography, aku terpaksa menerima hakikat ketika ini tiada apa yang boleh dilakukan untuk keluar mencari hasil. Namun masa terluang ini aku cuba untuk menggamit kembali memori travel ke Phuket, Thailand febuari yang lalu.

Travel yg telah dirancang 4-5 bulan sebelum itu dan berjaya mendapatkan tiket AA yang sangat promo. Maka Febuari adalah tarikh yg sesuai untuk aku ke sana bersama keluarga sendiri, isteri dan anak-anak. Semua persediaan dilakukan sendiri online termasuk dari facebook, google earth, tripadvisor, booking.com dan juga blog-blog peribadi yang dijumpai untuk rujukan. Akhirnya pemilihan telah dibuat dan Patong adalah menjadi destinasi utama penginapan memandangkan reputasinya sebagai pusat pelancongan Phuket terutama Pantai Patong, pusat membeli belah di Jungceylon, pusat hiburan malam di Bangla Road dan makanan halal sekitar Masjid Patong.

Jaringan wayar telekomunikasi & elektrik antara tarikan di phuket.

Water Fountain dipusat membeli belah Jungceylon

Keunikan lantern

Aku tiba di Patong pada 7  febuari 2012 jam 8:40pm waktu tempatan melalui flight AK 828 dan berjaya mendapatkan sebuah van membawa seisi keluarga ke penginapan @White Patong yang ditempah melalui booking.com. Lokasi yang begitu strategik dan memudahkan memang telah dirancang ketika sebelum sampai ke sini. Apapun seharian ini lebih banyak berehat buat yang lain dan perkara pertama aku buat adalah bersendirian berjalan kaki menjelajah pelusuk patong untuk melihat-lihat sebarang keunikan sebelum keesokkan harinya. Sungguh meriah ketika waktu mencecah jam 12 tengah malam dengan bunyi bising lagu-lagu dari kelab dan juga pelancong asing yang mabuk. Bagi aku menyaksikan gelagat mereka sudah cukup membuatkan aku teruja dengan keunikan Patong.

Salah satu booth makanan ringan menarik di Bangla Road.

Hari kedua selepas sarapan paling utama aku buat adalah mendapatkan motosikal sewa berharga 250Bath sehari. Memang aku galakkan bagi rakan-rakan yang berkeinginan untuk sepenuhnya menjelajah Patong untuk sightseeing ataupun shopping. Menjelajah ke O-Top Market, pelbagai barang dan hiasan terdapat di sini termasuk tshirt, keychain, barangan kayu berukir, barangan kaca dan macam-macam lagi. Destinasi seterusnya Hard Rock Cafe hanya berhadapan O-Top Market dan aku membeli tshirt putih HRC untuk kenangan. Antara destinasi lainnya adalah seperti Masjid Patong, Pantai Patong sambil bersiar-siar jalan kaki dan melihat kedai-kedai cenderamata sepanjang pantai sejauh 2.6km dengan berjalan kaki.

Aku…bersama motosikal sewa untuk menjelajah Patong.

Hard Rock Cafe, salah satu destinasi kemestian

View yang sangat menarik di Khai Nok Island

Hari ketiga paling dinantikan kerana aku telah membeli pakej untuk ke Island Tour termasuk Khai Nok Island, Maya Beach, Phi-Phi Island. Pakej sehari termasuk sarapan pagi dan makan tengah hari tidak seharusnya dilepaskan jika berkunjung ke Phuket berharga 1400Bath seorang. Aktiviti pagi itu adalah menaiki van dari hotel penginapan selama 1 jam ke Rassada Harbour. Berlepas dari jeti menaiki feri menuju Khai Nok Island yang mengambil masa 20 minit, tiba di sana pula perlu menaiki bot kecil transit untuk ke pulau. Impresi aku ketika itu ialah terpegun dengan air yang sangat jernih dan kami diberitahu hanya mempunyai masa 1 jam untuk bersantai dan bergambar kenangan memandangkan perjalanan seterusnya adalah ke Maya Beach.

Crystal clear…sungguh jernih dan mengujakan sesiapa yang pernah ke sini

Salah satu keunikan di Khai Nok Island

Keunikan batu bukit sekitar Maya Beach

Divee…moment paling best

Athif, masanya bermain pantai di Phi Phi dipergunakan sepenuhnya.

Maya Beach, indahnya tak terkata….air yang kehijauan, jernih bagaikan kristal menarik minat sehinggakan di dalam kepalaku hanya mampu mengagungkan kekuasaan Allah s.w.t atas ciptaanNya. Lagi sekali bot kecil digunakan untuk transit ke pantai dan kami jugak diberitahu hanya mempunyai masa 45 minit untuk berada di sana. Peluang tak dilepaskan untuk bergambar dan berjalan sepanjang pantai menyaksikan gelagat pelbagai pelancong termasuk berjemur dan sebagainya. Nyata masing-masing mempunyai pengalaman yang sangat indah berada di sini. Destinasi terakhir adalah Phi-Phi Island yang tidak jauh dari Maya Beach. Hanya mengambil masa 15 minit dan ini merupakan destinasi terakhir itinerary untuk Island Tour. Tak banyak aktiviti dapat dijalankan di sini hanya sempat membiarkan anak-anak bermain di pantai dan menggunakan masa sepenuhnya bergambar kenangan.

Lampu Hiasan yang sempat aku beli ketika di Patong.

Entrace facade kompleks membeli belah Jungceylon

Water fountain dibahagian central Jungceylon…lebih menarik jika dilihat pada sebelah malam

Hari ketiga terakhir dipenuhkan dengan beriadah sekitar Jungceylon dan menjelajah sekitar kawasan hotel untuk membeli belah kali terakhir sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Jika diikutkan banyak kenangan dan aktiviti menarik ketika malam termasuk masakan tomyam dan juga pancake pisang yang sangat enak. Juga tidak dilupakan pita kebab yang sangat besar berharga 100Bath dan pasti mengenyangkan perut. Hingga berjumpa lagi untuk entry akan datang iaitu impian travel solo ke Hong Kong November nanti. InsyaAllah.

Salam,

HAPD

Advertisements
Attila Ovari

Loving Life and Inspiring Others

it's all about the vertical

the race is made on the ups and won on the downs

Tromsø Skyrace

soul skyrunning between the sea and the sky

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

The Nomad Notes

Adventure and Travel Blog

It Started in Oxford

Lifestyle posts from a Brit in Georgia

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

TRAVEL.CULTURE.LIFESTYLE

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

Rojakfeet

by Marshnaz

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Ultra168

The ultra running community

Through My Lens

... look, focus, click.!

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

Hiking Photography

Beautiful photos of hiking and other outdoor adventures.

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world