Posts Tagged ‘Sabah’

h1

Travelogue Photo – Desa Dairy Farm, Kundasang.

September 6, 2012

‘kepak ayam terbaik di pekan kundasang, acara wajib jika melawat ke sini’ ❤

‘perahan susu menggunakan machine…pantas dan cepat’
‘lembu berehat sementara menunggu giliran acara perahan susu beramai-ramai’
‘lagi selftpotrait… 😀
‘Jump Photo ke dalam kandang lembu, nasib lah tak ada najis kat situ’ 🙂

‘Dihadapan Entrance Gate Serta Kaunter Tiket’

Advertisements
h1

My Story – Jelajah Takkan Henti…Tenom

September 1, 2012

‘kepala keretapi dari beaufort-halogilat’

Salam,

Hampir jam 5:45 pagi harini baru ada masa terluang dan mood untuk menulis entry seterusnya. Itupun berkenaan cuti hari raya yang lepas. Kali ni aku nak bercerita pengalaman ketika travel di Sabah iaitu menaiki “enjin”(nama panggilan orang tempatan). trip train legenda ini adalah dari Beaufort ke Tenom via Bongawan-Membakut-Beaufort-Saliwangan Baru-Halogilat-Rayoh-Pangi-Tenom.

‘agak adventure jika dapat duduk di atas kepala train tu…aku tak berkesempatan :|’

‘stesen/terminal beaufort’

‘seawal jam 6 pagi ramai sedia menunggu membeli tiket’

‘aku – self potrait kali pertama menjelajah beaufort-tenom’

‘lelap seketika sementara train tiba destinasi’

Bongawan ke Beaufort tu tak thrill sangat sebab train baru so sama jugak naik kat k.l ni macam komuter, lrt & klia ekspress semua tu. Hari Khamis, 23 Ogos aku tak ada perancangan lain dan dari awal pagi aku dah bersedia ke terminal di Pekan Bongawan. hampir jam 9:20 pagi baru train sampai tidak mengikut jadual jam 9 seperti tertera di jadual ketibaan. Apa yang menarik pegawai terminal mengatakan train ke Tenom dari Beaufort hanya 2 kali satu hari iaitu 7:30 pagi dan 1:30 petang vice versa.

‘stesen akhir di Tenom’

‘ruang gerabak bertempat duduk…ada gerabak mempunya kerusi seperti bench sahaja selebihnya duduk bersila’

🙂

‘masih berkeadaan baik dan sangat kuat’

‘sungai padas ketika arus bertambah kuat kerana air dari empangan dilepaskan…dalam perjalanan pulang sahaja dapat menikmati suasana begini’

‘keretapi tolak yang sangat efektif bagi penduduk’

‘ada tersentak di dalam hati ketika melihat mereka…bersama 4 orang anak kecil menaiki train untuk berjual ikan’

hurmm…kalau macam tu macam mana aku nak balik ke Beaufort dalam masa 1 hari sudah tentu kena stay overnight di Tenom kan??…perah otak lagi untuk return nanti macam mana dan dia juga mengatakan ada bas dari Tenom ke Keningau dan Kimanis seterusya ke Kota Kinabalu. Jadi aku terpaksa turun di Kimanis jika ingin kembali ke Bongawan….Makanya di situ dah ada penyelesaian dan aku meneruskan perjalanan.

Panjang pulak rasanya nak bercerita pengalaman aku ni….so better buat point saja berkenaan trip jelajah Tenom ni untuk memudahkan.

  • 9:50 tiba di Beaufort sambil check tiket ke Tenom dan membeli dengan harga rm2.75 sehala. Bertolak jam 1:30 petang so aku masih ada masa untuk berkeliaran dahulu di pekan Beaufort sambil street shooting.
  • 10:00-12:00 membuang masa di Beaufort, sambil melihat kerenah penduduk tempatan serta sempat minum & makan di Zulfia Curry House.
  • 12:30 solat Zohor di Masjid Daerah Beaufort
  • 1:30 menaiki train dan tepat bergerak menuju Tenom
  • dalam perjalanan pelbagai aksi sempat dirakam untuk koleksi peribadi
  • train berhenti-henti menurunkan penduduk kampung dan ada yang naik menuju ke Tenom
  • 2:45 part paling lucu dalam sejarah aku menaiki train…ketika ini train sampai di Pangohilat iaitu separuh perjalanan sebelum sampai ke Tenom…ketika sampai aku kehairanan tetiba ramai orang sedang menunggu di terminal dan yang paling pelik ramai juga yang berpusu-pusu turun dan aku tak pasti apa yang berlaku..dalam sekelip mata terminal kosong  dan di hujung train kelihatan kepala train meluncur menukar rail dan bergerak ke belakang gerabak. aku segera pasti yang aku telah melakukan kesilapan dengan tidak menukar gerabak seterusnya. Untuk makluman, penukaran train ini memang tidak dimaklum oleh pegawai train atau tertulis di mana-mana terminal jadi bagi sesiapa rakan yang nak mencuba train ini suatu hari nanti pastikan menukar gerabak anda supaya kejadian berpatah balik aku tidak berlaku kepada anda semua.
  • 4:00 sampai ke terminal di beaufort….2 jam setengah aku di dalam train ketika itu menyesali apa yang berlaku…apapun ada hikmah apa yang terjadi. so aku redha dan aku harap dapat kembali lagi meneruskan perjalanan ke Tenom.
  • 5:00 meneruskan perjalanan ke Bongawan dan sampai di rumah jam 6 petang.

Ketika malam aku memikirkan waktu yang sesuai untuk kembali ke Tenom dan terus aku nekad 2 hari selepas itu iaitu hari Sabtu tetapi kali ini menaiki kereta selepas subuh ke Beaufort untuk mendapatkan train ke Tenom. Apa yang best menaiki train seawal jam 7:30 pagi ianya lebih sesak dengan pelancong untuk aktiviti rafting sekitar sungai padas.

Perjalanan yang  menyegarkan dan sepanjang perjalanan pelbagai aksi dirakam terutama penduduk yang berpusu-pusu membawa hasil hutan untuk dijual antaranya getah sekerap dan anak pokok serta ikan-ikan sungai yang ditangkap sepanjang sungai padas. Tak dilupa bau kedurau(skunk tak silap aku) yang sangat busuk memecah suasana perjalanan aku ke Tenom.

Tiada apa aktiviti yang dapat di buat di Tenom cuma aku sempat berpusing-pusing melihat kawasan sekitar sebelum memasuki KFC untuk mengisi perut yang lapar…Urusan seperti biasa di mana-mana pekan lain di Sabah ni dan tidak mengambil masa yang lama untuk kembali ke terminal Tenom untuk kembali ke Beaufort.

Apa yang aku ingin dan mencuba di sini adalah pengalaman menaiki train yang begitu usang dan memang ianya bukan untuk tujuan pelancongan semata-mata tetapi lebih kepada menghubungkan penduduk di sepanjang sungai pada ke Beaufort mahupun Tenom itu sendiri. Apapun aku sangat berpuas hati trip kali ini walaupun terpaksa 2 kali dan bergerak solo sahaja menyusuri perjalanan 3 jam ke Tenom ni.

Tips untuk rakan-rakan yang nak mencuba menaiki Train ke Tenom dan dalam sehari.

1. dapatkan train seawal jam 7:30 pagi dan pulang dari tenom jam 1:30 petang. sehari hanya 2 kali train.

2. dapatkan tiket dan masuk awal sejurus gate dibuka untuk mendapatkan seat. sangat limited dan kebiasaanya berdiri sahaja sehingga ke Pangohilat.

3. harga tiket rm2.75 sahaja sehala.

4. dapatkan seat sebelah kanan ke Tenom dan seat kiri ke Beaufort sebabnya view sungai padas lagi best dari view dinding gunung ganang sepanjang perjalanan tu. 🙂

5. nak lagi best duduk sahaja dekat tangga dapat rasa lebih thrill dan adventure perjalanan 3 jam tu.

6. nak best berbual lah dengan orang tempatan kerana ada cerita yang lagi best akan dorang katakan selain dari mata kita yang melihat. (berbual dengan makcik tinggal di rayoh dan dia tanya aku dari rancangan t.v mana dengan kamera ambil gambar semua ni).

7. pastikan merakam aksi penduduk tempatan menaiki keretapi tolak buatan sendiri yang diharamkan tapi masih digunakan sampai sekarang.

8. kalau berani mintak dengan driver train tu nak duduk atas bumbung kepala keretapi tu untuk lagi best…aku tak sempat sedikit ralat.. 😦

Sekian sehingga berjumpa di entry akan datang termasuk trip aku ke Kundasang melawat Tenusu Desa yang sejuk tu…macam kat New Zealand lak rasanya..best!

Salam,

HAPD

h1

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2013 – Berani atau Tidak!

August 1, 2012

Graphic by : Kevin Lunsong

Salam,

Memandangkan trip ke Nepal masih dalam pertimbangan maka perhatian aku telah ter-arah kepada satu lagi trip solo (tak solo jugak sebab join group org luar, so tadak geng pandai-pandai lah nanti buat kawan) ke negeri Sabah dengan hasrat menawan Gunung Kinabalu pada May 2013 nanti.

Semua sumber diperolehi online terutama blog-blog & facebook. Banyak group dan team-team outdoor mengadakan perancangan mendaki tahun depan dimana mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 60++ orang. Aku tak terlepas untuk join lagipun plan ni dah lama aku hajati sejak setahun yang lalu. Jadi deposit pun dah dibuat dan insyaAllah May 2013 akan ku tawan Gunung Kinabalu.

Salam,

HAPD

Attila Ovari

Loving Life and Inspiring Others

it's all about the vertical

the race is made on the ups and won on the downs

Tromsø Skyrace

soul skyrunning between the sea and the sky

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

The Nomad Notes

Adventure and Travel Blog

It Started in Oxford

Lifestyle posts from a Brit in Georgia

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

TRAVEL.CULTURE.LIFESTYLE

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

Rojakfeet

by Marshnaz

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Ultra168

The ultra running community

Through My Lens

... look, focus, click.!

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

Hiking Photography

Beautiful photos of hiking and other outdoor adventures.

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world