h1

Travel masa lalu.. – Hatyai, Thailand.

September 9, 2012

Salam,

Hari ini Syawal yang ke-22, aktiviti hujung minggu aku diisi dengan menulis blog berkenaan travel yang lalu dan kali ini aku pilih trip ke Hatyai menyambut tahun baru 2011.

Trip bersama rakan-rakan HKC LK (Hijaukuning.com Lembah Klang) disusun bermula pada malam 30 Disember dari kuala lumpur.  Perjalanan sejauh 1066 kilometer pergi dan balik dirancang bagi menyambut tahun baru dengan cara yang berlainan iaitu di negara luar selain Malaysia tercinta. Aku dan keluarga bertolak tengah malam dan tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam sekitar jam 8:00 pagi dan ketika itu rakan lain masih lagi di Alor Setar memandangkan mereka lebih awal 2-3 hari pulang ke kampung bercuti.

Setelah kesemua tiba iaitu hampir 15 orang kesemuanya kami bersegera menuju ke kompleks imigresen & kastam untuk pengesahan dokumen. Menaiki van yang boleh memuatkan 12 orang kami berpecah menggunakan 2 biji kenderaan itu untuk keselesaan dan luggage. Perjalanan ke Hatyai mengambil masa 1 jam setengah dari BKH dan tiba di Kosit hotel untuk malam tahun baru kami iaitu berdekatan dengan pusat bandar di mana perayaan tahun baru akan di adakan.

Aktiviti pertama tentulah mandi dan bersedia untuk makan iaitu kedai yang menjadi tumpuan jika ke Hatyai iaitu Nest Home yang menyediakan tomyam ala Thai yang terbaik dan harus dilawati jika ke sini. Setelah perut kenyang lalu bersedia untuk menerjah sekitar hatyai dan ketika ini hujan turun dengan lebat namun kami lebih banyak meng-ekplorasi sekitar kawasan shoplot untuk meninjau dan shopping kompleks. Untuk makluman, jalan-jalan utama sekitar Hatyai ditutup dan kami bebas melakukan apa saja terutama berjalan di tengah-tengah jalan raya dan bergambar. memang sangat best ketika itu dengan keadaan cuaca yang semakin pulih dan mendung.

Jadual sehari kami memang penuh dengan meronda sekita Hatyai dan antara tempat yang kami lawati adalah seperti di Central dan banyak lagi kawasan sekitar. Kebanyakkan habis masa dengan bergambar dan bergambar hahaha…

Sebelah malam kebanyakan kaum lelaki mengambil kesempatan untuk bersegera ke lokasi perayaan sambutan tahun baru. Manakala kaum ibu hanya berehat di hotel akibat keletihan perjalanan dari BKH serta menghabiskan masa berpusing ke di sekitar bandar. Aku walau keletihan  ku lupakan sementara untuk tidak terlepas peluang pertama kali melihat cara orang Thai menyambutnya.

Memang menarik memandangkan di Thailand, perayaan bergini amat sinonim dengan pertunjukkan bunga api dan mereka tidak di haramkan untuk beramai-ramai bermain  mercun dan sebagainya. Bunyi letupan di mana-mana dan antara yang paling best adalah tibanya detik 12:00 malam. Yang peliknya selepas 15-20 minit keadaan menjadi lengang dan aku merasakan kemeriahan yang dari mula seawal jam 6 petang tu nampaknya sudah berakhir. Rupanya ketika itulah mereka betul-betul berpesta dan kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel selepas beberapa ketika menyaksikan gelagat orang ramai.

Keesokan hari perjalanan diteruskan ke pasar terapung dengan menaiki tut-tut mengambil masa 45 minit untuk tiba. konsep perniagaan traditional yang sangat menarik. lama juga kami di sini untuk menikmati makanan dan juadah yang dijual termasuk air kelapa di dalam cawan buluh panjang. Terdapat jugak makanan eksotik seperti belalang, ulat dan cengkerik goreng dan aku hanya melihat sedikit pun tak berani nak merasa…huhuh.

Aktiviti kami selepas itu adalah melawat Hatyai Ice Dome yang juga tidak jauh dari bandar Hatyai, tempat yang mesti dilawati menyediakan pelbagai aktiviti menarik terutama Lantern Festival 2011 di sebelah malam yang bersebelahan sahaja dengan Hatyai Ice Dome. Tiket harga masuk pun sudah aku lupa memandangkan sudah hampir 2 tahun kami ke Hatyai…Kami menghabiskan masa malam kami di sini termasuk meredah mengelilingi tasik yang dihiasi cahaya lampu yang sangat cantik. Setelah penat apa lagi misi mencari lagi kedai-kedai tomyam terbaik dan kali ni kami pilih restoran Chekkar sebagai destinasi pilihan. Menu pertama yang di order adalah tomyam seafood.

Baki satu malam menetap di rumah abang kepada kawan kami dan di situ sudah dapat jimat satu malam bayaran untuk hotel penginapan. Beliau sendiri mencadangkan untuk tinggal sahaja di sana sebelum pagi nanti terus berangkat pulang. Travel ke Hatyai merupakan kali kedua bagi kami memandangkan sebelum ini kami pernah ke sini untuk beberapa siri lawatan perlawanan persahabatan bolasepak antara HKC LK dan juga kelab dari Hatyai. Memang sangat menghiburkan dan menarik jika ke Hatyai terutama bagi yang meminati hiburan malam dan paling best pusat urut @ massage yang sangat banyak serta popular di hatyai.

Sebelah pagi kami bersiap untuk pulang dan perjalanan kali ini lebih kurang 2 jam sebelum tiba di BKH. Singgah di Danok iaitu pekan berhampiran dengan BKH untuk sekali lagi menikmati Tomyam terbaik masakan Thailand. bagi yang tidak tahan pedas memang pasti tak akan dapat makan tomyam sebegini. terbaekkk!….

‘dari k.l ke hatyai melalui jalan darat’

"ketika di sempadan bukit kayu hitam"

“ketika di sempadan bukit kayu hitam”

"menunggu cop pengesahan passport"

“menunggu cop pengesahan passport”

"nest home, destinasi tomyam pertama kami di pekan hatyai...terbaik"

“nest home, destinasi tomyam pertama kami di pekan hatyai…terbaik”

"water lily di kaki lima jalan hatyai"

“water lily di kaki lima jalan hatyai”

'decorative shop lot sekitar hatyai"

‘decorative shop lot sekitar hatyai”

"nest home tomyam terbaik hatyai"

“nest home tomyam terbaik hatyai”

"kelaku anak aku si aryisha"

“kelaku anak aku si aryisha”

"aryisha tak sabar nak merasa tomyam"

“aryisha tak sabar nak merasa tomyam”

"kawan-kawan trip...sempoi depa ni semua"

“kawan-kawan trip…sempoi depa ni semua”

"lagi water lily"

“lagi water lily”

"musim tahun baru jalan-jalan utama hatyai ditutup untuk sambutan ambang tengah malam nanti..jadi kami berpesta"

“musim tahun baru jalan-jalan utama hatyai ditutup untuk sambutan ambang tengah malam nanti..jadi kami berpesta”

"acara lompat adalah wajib bila ramai-ramai ni"

“acara lompat adalah wajib bila ramai-ramai ni”

"dari kecik sampai besar semua size ada...bayar dan bakar"

“dari kecik sampai besar semua size ada…bayar dan bakar”

"sambutan ambang tahun baru di hatyai"

“sambutan ambang tahun baru di hatyai”

bunga api merata-rata"

bunga api merata-rata”

'melawat kawasan pasar terapung"

‘melawat kawasan pasar terapung”

ikan laga atau ikan karin siam..orang kedah cakap macam tu"

ikan laga atau ikan karin siam..orang kedah cakap macam tu”

"makanan bergoreng rangup eksotik..berani try la"

“makanan bergoreng rangup eksotik..berani try la”

"uniknya pasar terapun gklong hae"

“uniknya pasar terapun gklong hae”

"lagi unik"

“lagi unik”

'air minuman dalam buluh dan pasu tanah liat"

‘air minuman dalam buluh dan pasu tanah liat”

"aku..mencuba air kelapa dalam buluh...biasa ja tadak rasa sedap pun...cuma feel tu lain"

“aku..mencuba air kelapa dalam buluh…biasa ja tadak rasa sedap pun…cuma feel tu lain”

"sekitar pasar terapung klong hae"

“sekitar pasar terapung klong hae”

"salah satu stall barangan hiasan"

“salah satu stall barangan hiasan”

"bergambar kenangan dihadapan gong rasaksa"

“bergambar kenangan dihadapan gong rasaksa”

"kesejukan yang teramat sejuk di ice dome hatyai"

“kesejukan yang teramat sejuk di ice dome hatyai”

"dinner terakhir sebelum esok pagi pulang"

“dinner terakhir sebelum esok pagi pulang”

"athif bermain selepas dinner dan keletihan seharian berjalan"

“athif bermain selepas dinner dan keletihan seharian berjalan”

"lunch terakhir kami di norlaila tomyam pekan danok berhampiran sempadan BKH..terbaik lagi"

“lunch terakhir kami di norlaila tomyam pekan danok berhampiran sempadan BKH..terbaik lagi”

Sekian sehingga jumpa lagi di entry akan datang…

Salam,

HAPD

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Attila Ovari

Loving Life and Inspiring Others

it's all about the vertical

the race is made on the ups and won on the downs

Tromsø Skyrace

soul skyrunning between the sea and the sky

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

The Nomad Notes

Adventure and Travel Blog

It Started in Oxford

Lifestyle posts from a Brit in Georgia

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

TRAVEL.CULTURE.LIFESTYLE

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

Rojakfeet

by Marshnaz

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Ultra168

The ultra running community

Through My Lens

... look, focus, click.!

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

Hiking Photography

Beautiful photos of hiking and other outdoor adventures.

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world

%d bloggers like this: