Posts Tagged ‘Mountain View’

h1

Solo trek Annapurna Base Camp, Nepal -Day 2

March 13, 2014

Salam,

11-12 August 2013

Kalini part 2, siri solo trekking trip aku masih terngiang-ngiang walau sudah menjangkau 5 bulan lebih. hampa mungkin tak tahu perasaan aku macam mana kalau tak rasa sendiri pengalaman macam aku ni, tanyalah siapa pun pasti jawapan yang diberi “RINDU” ingin kembali ke pergunungan himalaya tu. ok kita sambung apa cerita aku dihari ke-3 tu.

Plan harini Ahad aku nak ke NTB (Nepal Toursim Board) untuk apply permit TIMS dan ACAP. nak tau apa itu TIMS dan ACAP boleh la check dekat post previous aku sebelum ni ‘Persediaan Dan Tips Trekking ke ABC’. Kos untuk kedua-dua permit ni setiap satu bernilai 2000rps. Apa yang best nak ke NTB aku kena berjalan kaki sebab aku tak plan pun nak naik cab atau apa saja public transport sebab nak explore setiap pelusuk Kathmandu. Dari Madhuban ke NTB lebih kurang 2km so boleh tengok macam-macam sepanjang Thamel Road tu. Lorong-lorong kecil ada saja urusan perniagaan dijalankan sebab orang Nepal rajin berniaga. Antaranya timun yang dibelah 4 kemudian dijual serta diletakkan asam ka apa ntah aku pun tatau kemudian kunyah macam tu ja kat tepi jalan tu, buat sarapan mungkin. Kalau di KL jual betik atau tembikai kan? itupun ketika lunch.

Ada juga aku nampak buah kelapa atau isi kelapa keras tu dijual untuk dikunyah sampai la ke kedai handphone yang canggih-canggih semua tengah kalut nak bukak bisnes maklumlah awal pagi aku keluar dari hostel. Untuk makluman Kathmandu adalah hari bekerja pada Ahad.

Kalau di Kathmandu digalakkan kenkawan semua pakai topeng muka sebab keadaan berhabuk yang agak kritikal sebab kalau tak pakai akan menyebabkan sesak nafas. Aku nak selamba jugak try tak pakai tapi tak mampu menahan gejolak habuk di dalam hidung..lepas apply permit tu baru la aku gi beli…lagi satu sebab kita tak biasa padahal org nepal kebanyakkan rileks saja tak pakai. Sepanjang laluan ke NTB tangan tak berhenti asyik menekan shutter kamera merakam kenangan untuk dibawa pulang sepanjang dua minggu ni.

Di NTB terdapat dua kaunter satu di sebelah kiri dan satu lagi di dalam bangunan NTB tu sendiri…pertama kali kena isi form dan submit berserta bayaran. Sebelum tu ketika aku sampai, kaunter belum dibuka so tunggu la sekejap sementara hendak jam 10. Permohonan semua senang dan tak rumit aku tak ambik masa lama nak dapat permit TIMS & ACAP tu tak sampai setengah jam. Maka secara sah aku layak untuk trek ke Annapurna Base Camp. perasaan ketika tu?? Rasa macam time tu jugak nak start trekking tapi tidak, sebab aku ada sehari lagi nak kena tempuh perjalanan bas ke Pokhara esoknya selama 6 jam. fuhh letih.

Plan seterusnya aku nak meronda Durbar Square nak tengok bagunan sejarah historical UNESCO yang dijaga rapi. Yang silapnya aku masuk ikut main entrance padahal banyak entrance situ boleh digunakan untuk mengelak dikenakan bayaran 750rps @ rm25. tak apalah mungkin pengalaman pertama tak sangka lak nak rugi rm25 disebabkan nak explore kat Durbar tu saja…dah sep banyak nanti untuk trek 9 hari seperti plan aku tu. itu lagi penting perbelanjaannya. Kat sini memang banyak aku snap gambaq sebab tertarik dengan building dan peel orang-orang Nepal…suka melepak berjam-jam lamanya kat area sini mungkin disebabkan tarikan pelancong, macam kita kat KLCC tu la suka tengok ragam pelancong luar datang tengok gelagat. kann??.

Habis meronda, melihat dan menangkap kenangan aku balik ke hostel untuk rest dan mandi..perut lapar yang aku beli hanyalah epal & pisang untuk lunch. Kat tempat orang macam ni lah kena catu sikit makan mewah disebabkan status halal…kalau nak travel kena hadap benda ni semua selagi boleh skip kita skip jangan mengada-ngada dan redha dengan apa yang ada. untuk lunch harini aku topap yang tu jer alhamdulillah aku kenyang dan steady tak mengeluh. Walaupun aku tahu ada kedai halal tapi belum tiba masanya aku nak pergi sebab harga yang agak boleh tahan kalau aku nak cuba..mampu dibayar tapi aku rasa tak perlu.

Sebelum keluar ke Swayambunath (monkey temple) sebelah petang aku sempat singgah di kaunter bertanyakan tiket bas ke Pokhara dan front desk hostel dengan ramahnya memperkenalkan aku kepada dua syarikat bus yang reliable untuk aku beli…aku pilih yang murah saja tak banyak hal dan mereka juga offer untuk hantar aku esok ke stesen bas dengan percuma. harga sehala Kathmandu-Pokhara adalah USD16 bersamaan RM60 lebih kurang.

Di Kathmandu, Ogos adalah musim monsoon dan tak mustahil pepagi yang cerah tetiba petang boleh menjadi mendung…so dalam mendung dan hampir hujan aku menapak ke Swayambunath dicelah lorong-lorong Thamel Road sambil merakam memori. Aku sempat sampai dan melangkah menaiki tangga-tangga ke Swayambunath sebanyak 365 langkah…ohh boleh tahan tapi bagus juga sebagai persediaan trekking, tapi ini tak seberapa itupun dah penat..hihihi bayangkanlah ketika bermula trek nanti semoga dipermudahkan. Lama juga aku melepak dan melayan view Kathmandu selain hujan mula turun dan dalam masa yang sama melihat kelaku monyet-monyet bermain.

Seharian berjalan kaki ke sana kemari aku dah rasa seperti mengenali selok belok jalan sekitar kathmandu…manakan tidak asyik tengok peta saja melihat kemana lorong ni dan lorong tu pergi. Jadi dah lali sekejap saja dah boleh guide orang lepas ni haha. Aku pun dah penat so kembali ke hostel dan ambik keputusan untuk rest dan menumpukan perhatian pada route trekking pada Map yang aku beli masa di Durbar Square. Trekking Map boleh dibeli pada harga rm15 di merata-rata kedai sekitar Kathmandu. Sangat penting untuk baca dan paham route yang akan kita lalu nanti so aku beli dan study.

Hari kedua, so nak checkout standby trip ke pokhara.. bangun seawal jam 4 pagi fuhh rasa macam awai padahal dah subuh..semalam tidoq lewat jugak sebab melayan t.v sambil online wifi hostel. solat kemudian packing semua balik barang sebab nak arrange sekali dengan equipment yang baru aku beli tu. masa kat front desk aku berjumpa dengan dua orang trekker dari Indonesia..sempat berbual mereka nak trek sekitar Annapurna circuit kot aku pun lupa dah. masih lagi samar ke mana hala tuju mereka..nak travel ke Pokhara sama dengan aku so hostel van hantar kami ke stesen bas. Flight pun sama dengan aku dari via K.L.

Dalam bus aku layan Pearl Jam ditelinga seharian sambil excited nak menghadap apa yang aku akan  tengok sepanjang 6 jam ni. Duduk kat tingkap senang aku nak view dan tak sampai sejam trip mendaki-daki gunung dalam bas ala-ala Deadliest Road tu nepalese sebelah aku buat hal muntah pulak..eh eh aku yang patut muntah bukan dia sebab aku rasa dia memang dah well known dengan condition naik bas kat Nepal ni..sib baik masa tu aku pakai mask so apa-apa hal bau tak meresap ke tekak aku…Tapi budak tu sangat friendly lah sempat berbual-bual sikit hal cumanya dia tak paham sangat english so aku guna bahasa orang bisu saja guna tangan. Part of adventures la katakan..

On the way ke Pokhara dah dua kali ada kejadian trafik jamm, lori rosak jadi laluan amat susah nak lepas semua berbut nak masuk satu lorong termasuk lori, bas, kereta dan van..so kesudahannya sangkut ala-ala deadliest road pakat maki sesama driver apa ntah yang dijerit pun aku tatau terpinga-pinga sudah.

Dah dekat 3 jam aku dalam bas disajikan pemandangan menarik lembah gunung dan padi bukit…subhanAllah cantik sangat tak dapat digambarkan…jam 10:30 bas berhenti untuk lunch kat tepi sungai yg besar..aku order nasi goreng 100rps yang dah 3 hari aku tak jumpa…layan sedap tak tengok ke lain dah. lepas makan hantam jambu batu kecik pula manis-manis gitu rasanya dan pisang 4 biji 40rps..jambu 50rps setengah kilo aku beli.

Setelah 6 jam trip sekali lagi berhenti makan dan aku masih kenyang so tak perlu nak perabis 200rps lagi untuk makan…selagi boleh jimat aku akan jimat masih awal untuk berbelanja…melintasi Damauli buatkan aku teringat suasana seperti 20 tahun hidup di kampung dulu. Air sungai yang jernih melintasi bendang-bendang dan memori di Nepal betul-betul masih kekal asli macam yang pernah aku rasa. Sungguh natural dan asli.

7 jam perjalanan adalah cukup bagi aku, dan aku sampai di Pokhara dengan selamat, agak letih disebabkan kesukaran untuk tidoq sebab aku nak nikmati sepenuhnya perjalanan aku selama di Nepal ni. Aku terus dapatkan teksi untuk ke Travel Inn yang aku dah booked semasa di K.L. Memang aku rekomen kat korang kalau nak ke sini juga recommended dari lonelyplanet..disebabkan aku booked bermula esok aku walkin saja ke hotel untuk request cancellation dan minta transfer booking bilik yang baru untuk harini. memandangkan single punya dah tak ada so aku setuju double room dengan tambahan 290rps. Owner pun sangat baik dan sentiasa membantu keperluan aku. Dapatkan kunci terus naik ke bilik di tingkat 2 dengan badan masih terasa lenguh mujurlah ada pembantu tolong aku angkatkan bag 45L tu…terasa mewah jugak la melihat keadaan bilik dengan bayaran hampir 40 ringgit tu..macam nak tidur terus tapi apa gunanya travel kalau asyik nak rest selagi mampu melangkah mencari pengalaman di Pokhara tu. Aku mandi dan solat dahulu barulah terasa segar lalu dicapai slr turun meronda tasik Phew Lake yang popular di Pokhara ni…cuaca pun agak mendung biasalah sebelah petang di Nepal memang musim hujan.

First expectation pasal Phew Lake adalah not bad…jenjalan ditebing sambil aku berbual dengan penjual jagung bakaq dan kerana itu aku rasakan sungguh ohsem sebabnya dorang ni memang peramah, belum apa-apa baru cakap dari Malaysia dorang thumbsup up cakap orang Malaysia bagus-bagus..bangga la kejap. Namanya aku lupa tapi aku tak lupa order satu untuk aku. Panas-panas memang sedap bang, lepastu dengan cuaca nyaman lagi sapa tak ngaku memang silap la…macam-macam jugak aku bual lepas tu ada lagi sorang datang perkenalkan dirinya orang Tibet campur Nepal. Dia terus terang katanya menjual jade untuk gelang dan rantai dan dia tak paksa aku untuk beli…boleh tengok dan memang cantik pun serta bukan itu tujuan aku ke sini..so aku menolak dengan elok.

Kat Phewa Lake aku shot memacam ragam tourist dok sibuk keluar masuk sampan nak ke pulau lebih kurang 400 meter sana tu. kat situ sebenarnya ada satu temple namanya Tal Barahi. Selain tempat beribadat orang Nepal juga menjadi tarikan pelancong asing..dan aku tak berminat nak ke sana naik perahu warna-warni tu…cukup lah melepak di tepi sebagai pemerhati gelagat.

Hari pun dah nak malam sejak aku sampai pertama kali ke Pokhara tadi jam 3 petang..sekarang ni masih di Phewa Lake dan aku shoot apa saja di depan mata…seketika itu juga aku terperasan kelihatan puncak Annapurna South dan Macchapuchre.. kagum sungguh rasanya sebab ini adalah pertama kali dengan mata sendiri melihat gunung-ganang snowcapped. Tak berkelip dibuatnya melihat lapisan salji meliputi puncak..orang kedah cakap peghak buih!…hahaha. sejak jam 3 petang sehinggalah hampir 7 petang memang tidak kelihatan disebabkan mendung jadi ini aku kategorikan sebagai bertuah sebabnya esok hari pertama aku ingin memulakan langkah solo trekking ke Annapurna Base Camp (ABC)..InsyaAllah.

Sebelum balik ke hostel aku berlegar-legar sekitar kedai-kedai di Pokhara melihat sambil menjamu mata barangan outdoor…oh kalaulah aku kaya boleh ku beli segalanya kat sini, murah dan kualiti antara yang terbaik..apapun di Thamel Road hari pertama tu aku dah beli semua cuma yang belum ada adalah glove. Aku tak lupa untuk keluarkan duit rps6000 untuk perbelanjaan 6-7 malam yang telah aku kira untuk teahouse dan makan nanti sepanjang trek…so duit ini aku asingkan untuk kegunaan yang sepatutnya. Juga aku beli beberapa keperluan lain seperti oreo & snickers rps90 dan glove tadi rps500. Aku juga membeli 3 biji epal untuk makan malam dan perlu diingat hari pertama di Pokhara aku tak jumpa satu pun kedai halal sedangkan aku tahu ada satu kedai tapi tak jumpa pulak kan..

Kat hostel aku buat study route trek untuk kali terakhir dan juga bajet yang aku ada ketika ini. Semuanya dah diasingkan mengikut kegunaan serta jajan-janan pun dah siap di bungkus. Yang tinggal hanyalah tawakkal kepada Allah supaya perjalanan aku selamat naik dan turun. Sempat juga aku online dan berhubung dengan wife di K.L serta bertanya kabar diorang. Aku cas powerbank serta handphone memandangkan ketika trek setiap cas elektrik akan dikenakan bayaran..jimat adalah perkara yang perlu. Persediaan yang betul adalah menidakkan kesukaran dikemudian hari. Jam 12 mata pun dah layu keletihan seharian dari KTM-Pokhara serta meronda sekitar Phew Lake. Masa untuk tidur dan rest esok perjalan bermula.

bersambung Part 3..

Salam,

ImageImageImageImage

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Dynafit Tromsø Skyrace

Pure skyrunning above the Arctic Circle

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

A Travel, Culture & Design Blogazine

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Through My Lens

... look, focus, click.! Some of my travel experiences, photography, fitness motivation, amusing life experience & food

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world

M.Khalid Ibrahim

soul . heart

IAN CORLESS

Photographer specialising in the world of Mountain, Ultra, Trail and Skyrunning.