h1

Solo trek Annapurna Base Camp, Nepal -Day 1

September 10, 2013

Salam, 8-10 August 2013 Hari yang dinanti dah tiba, bermulanya penantian 10 bulan aku sejak membeli tiket flight ke Kathmandu…Annapurna Base Camp tunggu aku datang. Orang sibuk-sibuk persediaan hari raya aku persediaan nak ke ABC naik gunung nak tengok indahnya ciptaan…oh tak mengapa lagipun hari raya ke-3 baru flight depart jadi hari raya pertama aku beraya saja di K.L solat hari raya pun dekat dengan surau dirumah itupun penuh dan meriah…Harini aku menghabiskan masa bersama anak-anak dan isteri serta melawat kubur arwah ibu di Taman Selaseh Batu Cave…oleh kerana trip aku bermula hari raya ke-3 jadi sempatlah kami berhari raya bersama di KL ni…terima kasih buat mereka kerana pada awalnya aku suruh dorang balik ke kg. sebelum hari raya lagi tetapi mengambil keputusan untuk pulang pada hari raya ke-2…Selepas ke airport aku singgah di Sportdirect Subang Jaya untuk melihat sedikit keperluan yang dirasakan perlu mengikut list yang dah aku buat…beli 1-2 barang termasuk bag karrimor day pack satu then balik rumah. Masa nak packing macam-macam serabut timbul sebab masih ada list yang belum dibeli..jadi kalau aku pack ikut suka hati takut nanti ada yang terlebih dan takut juga ada yang terkurang…setelah diteliti dan keputusan akhir dibuat maka siaplah aku pack termasuk gajet-gajet termasuk slr aku dan yang lain seperti dry food yang aku bawak sebagai bekal…acewah dry food padahal rendang daging…kahkahkah

Oleh kerana flight aku pada jam 7:45pagi pada 10-August maka hari raya ke-2 aku harus terus bergerak ke lcct. sekitar jam 9 malam aku ke lrt Setiawangsa menuju ke KL Sentral dan seterusnya menaiki bus ke lcct…tengah malam aku tiba di lcct dan sementara menunggu kaunter luggage checkin dibuka, seperti biasa kalau backpacking ni apalagi nak dibuat kalau di airport kan…mesti tidur dulu lah sebab masih ada 4-5 jam untuk masuk ke departure hall tu…jam 4 aku terjaga dan terus ke checkin kaunter, kat situ aku tengok ramai muka-muka nepalese tengah checkin luggage besar-besar punya nak dibandingkan aku…balik kampung cuti 2-3 bulan la tu standard bagi nepalese ataupun bangladesh…kerja 2-3 tahun balik kampung 2-3 bulan… Selesai checkin, imigresen dan sekuriti, aku masuk ke balai berlepas, tepat jam 7:45 flight depart, seat aku memang di depan sekali dan aku dah beli dekat dengan tingkap sebelah kanan mana tahu nak dapatkan view everest sekiranya sampai di Kathmandu nanti…alhamdulillah walau sikit mendung everest tetap kelihatan puncaknya cumanya slr aku paling jauh pun 50mm sahaja so tak seperti yang dijangka sangatlah viewnya…Subhanallah ini kali pertama aku melihat puncak Everest didepan mata yang pada aku tak pernah ku angankan sebelum ini kini menjadi kenyataan dalam sekelip mata…tak henti-henti aku memandang di luar tingkap bagaikan rusa masuk kampung…

'menulis sedikit log'

‘menulis sedikit log’

'pertama kali melihat everest...aku terpinga-pinga'

‘pertama kali melihat everest…aku terpinga-pinga’

'view dari tingkap airasia X D7'

‘view dari tingkap airasia X D7’

'lagi view menghijau kathmandu ketika flight approaching airport'

‘lagi view menghijau kathmandu ketika flight approaching airport’

'menghijau, aku sukakan suasana begini'

‘menghijau, aku sukakan suasana begini’

Dan sekarang…aku di Tribhuvan International Airport (KTM) Kathmanduu memijak buminya buat pertama kali, menyedut udara nyaman setelah pintu flight dibuka…terima kasih tuhan perjalanan aku sampai dengan selamat…bermulalah siri adventure aku di sini. Sebelum tu aku kena menghadap imigresen nepal dulu dan apa yang hampa agak?…dia tegur aku punya janggut nice katanya dalam bahasa nepal ‘bokedari’..lagi satu bila dia tengok passport aku dari Malaysia dia tanya dari mana kat Malaysia…aik ada problem kah?…bukan, katanya dia suka dan nak pi satu hari nanti ke Malaysia…ohh macam tu aku pulak sedikit cuak sebab banyak sangat tanya awalnya…selesai cop aku ke tempat luggage tetapi perit sikit menunggu punya la lama dekat sejam nak dapat bag yang kecik tu pun…yang banyak keluar luggage besar-besar tu dulu…sabar jer lah. sekali lagi bag aku di scan untuk keluar ke balai ketibaan, so dalam melangkah tu ada ternampak money changer, jadi aku tukar dulu rm1000 bersamaan 29000rupees…simpan dan pecahkan beberapa bahagian sumbat dalam bag, poket dan wallet aku keluar mencari teksi yang memang aku dah agak tambang ke Thamel antara 300-500rupees. aku lupa yang masa booking hotel Madhuban ada buat request free pickup dari pihak hotel so aku terus ambik teksi dengan charge yang aku offer kat driver tu 400rupees…setelah mengikut driver tu aku ternampak lagi signboard nama aku besar terpampang dipegang oleh seorang nepalese…rupanya dari hotel Madhuban memang dia datang untuk pickup aku…so aku cakap sorry je la kat driver sorang lagi…huhuhu mulanya ingat dah untung free pickup last last kena getah gak pandai mintak tip so disebabkan aku tak ada duit kecik aku serah la jugak rm10 = 290rupees untuk si driver tu…ok la sep 100rupees dari awal tadi.

'ncell mengalukan kedatangan aku'

‘ncell mengalukan kedatangan aku’

'madhuban guest house roof top'

‘madhuban guest house roof top’

'dari jendela tempat bermalam hari pertama aku di madhuban'

‘dari jendela tempat bermalam hari pertama aku di madhuban’

'view dari rooftop'

‘view dari rooftop’

Terus aku dibawa ke Madhuban dan dalam perjalanan aku dapat expect yang macam-macam lagi perkara menarik akan aku saksikan dalam tempoh dua minggu aku kat sini..tak sabar sangat rasanya nak explore Kathmandu…perjalanan dari airport hanya mengambil masa 20 minit dan dalam waktu tu aku melihat keunikan daylife orang-orang nepal apa yang mereka buat. ada yang berniaga ada yang ke sana kemari dan ada yang melepak melihat kelakuan masing-masing…kebanyakkan berniaga seperti buah-buahan dan pakaian-pakaian keperluan harian. Dah sampai hotel terus badan automatik jadi letih…chehhh nak travel tapi letih kau bukan selalu macam ni setahun sekali dua kali belum tentu…so aku ambik masa ambik angin hembus dalam-dalam keluarkan barang keperluan nak mandi apa semua dulu. dalam pada itu aku kena belek dulu map sempoi yang aku print masa kat k.l…ikutkan tak boleh pakai langsung memang kena beli yang besar gedabak punya tu barulah luas pemandangan…so selepas 2 jam aku kat bilik, mandi dan makan biskut melapik perut aku keluar membawa slr aku meronda sekitar thamel. turun saja bawah dah wow-wow sana sini melihat kedai-kedai barangan outdoor dan kain-kain bewarna warni kat situ..apalagi snap mesti mau snap.

Dalam keasyikkan melangkah melihat kedai outdoor sekitar thamel aku disapa oleh seorang nepalese, bertanyakan aku dengan jawapan dari malaysia dengan selamba dia mengikut aku sambil berbual-bual menanyakan aku ingin ke mana dan berapa lama di kathmandu…mulanya aku macam malas nak layan sebab aku tak selesa kalau orang dok banyak tanya ni terutama bila tengah sedap-sedap sight seing…melalui pembacaan aku sebelum ke nepal aku dapat tahu yang orang nepal memang peramah dan dengan cara itu mereka beramah mesra dengan tourist…aku cuba untuk berbual dan dalam masa yang sama menanyakan kedai yang murah untuk dapatkan equipment untuk trekking…tanpa membuang masa dia menunjukkan aku sebuah kedai so dari situ aku mula mengenal dan beramah mesra dengan orang-orang nepal…dia memang kenal pun dengan peniaga-peniaga sekitar thamel dan memang kalau tiada kerja dia akan jalan-jalan di situ sambil memberikan panduan kepada tourist yang datang.

Terjebak aku membeli barangan termasuk trekking pole, boot merrel, trouser lightweight mammut, thermal shirt, thermal jacket & sleeping bag -5 degrees the north face, rain jacket dan juga snow cap untuk tahan sejuk ketika di abc nanti…free owner kedai kasi 2 pasang stoking the north face untuk aku…total barangan hampir rm500 jugak la dan memang dah dalam bajet aku tu. ikutkan nak bawah rm400 tapi terpaksa juga beli boot merrel tu sebab aku tak bawak cascadia brooks aku tu…tak apa lah asalkan berguna dan memang terbukti selesa.

Dah berejam aku kat kedai outdoor tu so hari pun dah nak malam aku lapar semua dah ada ni…bergegas balik ke hotel sebab nak tido sebelum bersedia untuk memulakan sesi menguruskan permit trekking kat NTB esok hari…harini cukuplah dulu apa yang aku buat dan berhabis duit…

bersambung Part 2..

Salam,

Advertisements

4 comments

  1. Mana cerita lagi? saya mau baca ni dan plan my trip pulak

    Like


    • @Halimatun,

      Baru nak update sorry yer depend on kerajinan jugak…InsyAllah akan diupdate dari semasa ke semasa sebab manual log yang saya buat pendek so nak kena refresh balik memori dan tambah cerita..sabar ya 🙂

      Like


  2. tu la, aku pun br nk bace next post… btw aku mmg plan nk ke sini buln 12… boleh x bg perbelanjaan kasar untuk ke langtang valley…

    Like


    • salam faiq,

      lantang valley ni lebih kurang sama ja rasanya perbelanjaan seperti ke abc, cumanya kalau di abc kita boleh buat secara solo tetapi di lantang kita kena hired guide, permit conservation & trekking sama ja tak sampai rm150.

      kalau secara roughly ground cost termasuk tea house, makan, dan keperluan lain termasuk barang trekking saya syorkan dalam rm2500

      Like



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Attila Ovari

Loving Life and Inspiring Others

it's all about the vertical

the race is made on the ups and won on the downs

Tromsø Skyrace

soul skyrunning between the sea and the sky

Checking In.

Posts from our worldwide adventure!

The Nomad Notes

Adventure and Travel Blog

It Started in Oxford

Lifestyle posts from a Brit in Georgia

TRAVELLING THE WORLD SOLO

The ultimate guide for independent travellers seeking inspiration, advice and adventures beyond their wildest dreams

STREETTROTTER

TRAVEL.CULTURE.LIFESTYLE

Aku Tentang Segalanya

Welcome To My Blog .:

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

Catatan Seorang Gembeler

Saat tak ada batas antara tulisan dan pengalaman

Adventure Travel Blog

Savor the Himalayas of Nepal: Outdoor Recreations and more

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

Rojakfeet

by Marshnaz

U.S.

News, Headlines, Stories, Video from Around the Nation

Kuhairulanuar...travel, photography & design

"photographer|designer|blogger|backpacker|climber|traveller|runner"

Ultra168

The ultra running community

Through My Lens

... look, focus, click.!

altrunomics

altruism meets economics

330 days around the world

Caro and Jacques travel stories around the world

Hiking Photography

Beautiful photos of hiking and other outdoor adventures.

The life journey

Kembara Kehidupan

Hidup Suatu Pendakian

Hidup ini suatu pendakian... Ada kala kita di puncak, ada kala kita di lurah, dalam menuju ke puncak tertinggi

Frosty's Footsteps

Step by step on mountain trails around the world

%d bloggers like this: